Takdir Allah..
ia indah belaka,
walau sebagaimana rupa,
walau sebagaimana datangnya
semuanya berhikmah.
Takdirmu susah,
takdirmu bahagia,
sedang kita di dalamnya,
hanya Allah mahu mengajar kita.
hanya padaNya kita berserah.
Sungguh...
Allah mahu kita mengenaliNya,
Allah mahu kita mengakui,
Dialah TUHAN yang layak di sembah.
hanya DIA yang berkuasa.
Kau dan aku..
jika kita beriman,
pasti di sana ada pertolongan,
jangan berputus asa,
rukuq dan sujudlah kepada Allah.
Aku dan kau,
usah ada prasangka buta,
prasangka itu permainan syaitan,
memakan amal umpama api dalam sekam.
marilah kita bermaafan.
~kasih sayang.
..............................................
nota kasih:
aku berkata kadang apa yang kita harap dan kita minta kita dapat ia jua takdir Allah...tetapi ada jua kadang-kadang kita tidak minta tetapi ia datang itu jua takdir Allah Taala. lalu redhalah apa jua yang ada apa jua yang datang kerana kita ini sungguh insan yang tak berkuasa, hidup kita, nyawa ini, script hidup kita telah ditentukan Allah hanya kita sekarang menjalaninya mengikut rentetan episod yang telah disediakan...
semoga kita semua bersyukur dan redha apa saja dalam hidup ini...
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment