akupun tidak mengerti,
mengapa...
aku merindui bulan lagi,
entah,
akupun tidak faham,
mengapa...
aku menanti saban malam,
entah,
akupun tidak sedari,
mengapa...
aku mengharap kasih sayang lagi.
betul,
kawan aku kata,
cintailah PENCIPTA BULAN,
kerana Dia lebih Penyayang.
betul,
kawan aku kata,
bulan hanya hadir dikala malam,
tetapi PENCIPTA BULAN tidak pernah hilang.
betul,
aku semakin insaf kini,
kilaun bulan sebenarnya dari mentari,
kewujudan kefungsian adalah takdir Ilahi,
kini,
aku sudah sedar kembali,
cintai manusia.. manusia akan pergi,
cintai Allah ...cinta hakiki kekal abadi.
~kasih
dari puncak kasih sayang.
.................................
nota kasih:
terkadang... kenapa hati manusia sedih, kenapa hati rasa tidak tenang, kenapa hati tidak tenteram, cuba check apa amalan setiap hari, apakah amalan-amalan itu semakin mendekatkan diri kepada Allah atau semakin menjauh. Lalu jika amalan yang kita jalani setiap hari tidak mendekatkan diri kepada Allah jadi hati akan sedih, jiwa akan resah, minda akan runsing, ruh akan gelisah. Kerana apa, kerana hati itu milik Allah, jiwa itu rindukan Allah, minda itu anugerah Allah, ruh itu perlu selimut rahmat Allah...
Oleh itu hati jadi sedih. Jiwa tidak tenang, minda jadi kosong, ruh sering menangis. Tatkala cinta ruh berlari mengejar cintanya...rindu ruhi menitis saban malamnya, kasih ruhi ingin mendakap kasih Allah, bertemu dalam rindu cinta kasih Allah, di sana ada hati yang merintih, ada jiwa yang menyesal, ada minda yang berakal, ada lidah yang berzikir, ada tangan yang memohan keampunan, ada mata yang menangis. Sungguh tiada Tuhan yang ku sembah melain Allah, aku tak berdaya mengadakan segala hajat jika tanpa keizinan Allah...
Sungguh Allah mahu mengajarku bahawa DIALAH TUHAN YANG WAJIB DISEMBAH, DIALAH YANG MAHA BERKUASA, DIALAH YANG MAHA PENGASIH DAN DIALAH YANG MENGKHABULKAN SEGALA DOA.....DIALAH YANG MAHA MENGETAHUI DAN DIALAH YANG MENJAGA LANGIT DAN BUMI TANPA RASA SUSAH WALAU SEDIKIT. Cuma hati rasa susah, DIa mahu menguji, tatkala kita mengaku diri beriman sudah pasti kita perlu diuji...sejauhmana keimanan di hati. Semoga kasih ini tak akan berhenti untuk bertasbih membilang rindu dan cinta kasih kepada Allah saban hari. amin.
..........
salah silap harap di maafi..kasih hamba Allah yang daif...
No comments:
Post a Comment