kadang...
hilang mentari kita,
dunia gelap gelita,
hilang arah,
sunyi sepi resah gelisah,
di sana ada hikmah.
kadang...
hadir rembulan
sejuk cahayanya,
kejadiannya berfasa-fasa,
cerah jua malam kita,
pasti ia berhikmah.
kadang...
cubaan datang,
hilang bertimbangan,
menguji keimanan,
jangan terantuk lagi
buat kali kedua..
~kasih~
dari puncak kasih
24022009
....................
sayang..bulan tidak salah. ia hadir seiring ketentuan Allah. Pungguk jua tidak salah kerana ia memperlengkapkan watak yang sedia ada..Tak kan sempurna kalau pungguk tidak memuja bulannya. Takkan seri bulan tanpa bebintang sekelilingnya.....lalu dalam kerasionalan ini, sejahteralah semuanya, tenanglah jiwa2 yang meronta, semoga semoga Allah mengkhabulkan hajat2 hamba yang meminta dan segala permintaan yang masih tertunda dan semoga anda bertemu dengan kerinduan anda di luar sana...amin
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment