sayang..
hari ini masuklah ke minggu ke tiga kami berpraktikumnya...hehehe.
sesampainya kami turun dari kete cikgu L mai...jom-jom..kita gi jemput dr. La doktor mana pulak..awat dr nak maika...(ingatka dr yang mengajar kami). bukan, doktor pergigian untuk ceramah pengurusan diri...kata cikgu L lagi...Oo....gitu....ingat ka dr azniza ka...hehehe.
Lalu kami pun pila..nengok2 ceramah pengurusan dirinya....hehehe. Dok sat perut kruk krak...kruk krak..kerocong perut dah bunyi. Dari tadi tak makan lagi...baliks sekolah terus mai kat sekolah ni...kelam kabut..huk hab..huk hab...tak dan nak renti rehat....tut..tut mai sini..kena gi mantau ceramah pulak...
Beberapa miniti kemudian aku ajak kawan aku gi kantin yang agak jauh dari dewan asrama sekolah tu...kami berdua gi makan dulu..isi perut..pas makan kami pun nak pergi ke dewan ceramah smula...tapi di beritahui oleh salah seorang guru bahwa ceramah dah abis...hehehe..
Pas tu kami pun duduklah kat bilik kaunseling tu..rehat kejap.terasa badan lenguh2..dan letih..sari suntuk tak rehat lagi...asyik berjalan je..Kemudian datang dua orang tetamu. Pelajar pompuan..ya nak jumpa cikgu L ka..kataku. Tak nak jumpa cikgu la...katanya..
Oh ya..mai...mai..la ..jangan segan atau malu2...mai la...duduk..sini...kata ku.
hehehe...ya..kamu ni tingkatan bapa..? tingkatan 1 A 10... jawab.nya.
oh ya...tak apa,.agaknya apa yang boleh cikgu bantu....
"cikgu dia datang bulan.." katanya malu2..
"Oh ya.." jadi kamu tak pernah datang haid lagi sebelum ni..em..jadi kamu tak ada pad.? tanyaku.
ya..katanya..
"Oh tak apa..usah takut..perkara biasalah bagi anak remaja seperti kamu ni..normal la tu..nah ambil di gi pakai ya..aku bagi pad yang aku bawa bekai...hehehe. Cikgu tunggu kat luar.. jap gi datang kat cikgu..ya"
Selepas itu pelajar tu datang ku pegang bahunya suruh dia duduk di sebelahku...ku lihat muka semakin jernih tak muram suram cam tadi...
Em...ehehee..usah takut..dah pakai dah..selesa tak..? tak selesa katanya..ya lah nanti bila dah biasa ok la...
ya..bila dah datang haid gini..bermakna kamu dah cukup umur atau baligh. Bermaksud kamu dah sempurna untuk menjadi seorang ibu..boleh mengandung dah...hehehe.
tahu tak apa pantang semasa kamu macam ni..." tanya ku.
"tak tahu" katanya..
"Apabila kamu datang haid...kamu tak leh solat..tak leh puasa, tak leh pegang al quran..sebenarnya Allah beri kita kelonggaran untuk tidak solat.. kan pabila kita datang haid..badan kita mengalami perubahan hormon. Ada orang dia sakit...dan merasa pening..muntah dan sebagainya. Kamu tak sakit syukurlah pada Allah itu kelebihan untuk awak" kataku...angguk2 dia tanda setuju...hehehe.
Lagipun kataku...bila kamu dah datang haid ni..bermaksud kamu dah "baligh".tahu tak.. bila kamu dah baligh..kena jaga tingkahlaku..tak boleh buat perkara yang buruk yang dilarang oleh agama kerana dosa telah tertanggung diatas diri sendiri...kalau dahulu ibubapa yang menanggung dosa kita sebelum baligh...emmm...jadi kita telah dipertanggungjwaban atas apa yang kita lakukan...ingat tu..
ok la..nanti kalau esuk-esuk kamu ada lagi yang nak tanya atau ingin tahu apa2 boleh datang jumpa cikgu...emmm...ya insyaAllah.boleh aja." kataku..
Hehehe...hai...pengalaman pertama haid..adalah pengamalan paling indah dan ada yang paling menakutkan mungkin...!!!. esuk aku akan sembang lagi dengan dengannya...semoga cek faham apa yang cikgu maksudkan...hehehe.
salam kasih
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment