sayang...
jangan kau tanya
siapa kasih itu,
dia adalah aku,
tentang rinduku,
tentang sayangku,
masa laluku.
sayang..
jangan kau marah,
kerana kasih itu,
dia lebih dahulu,
dia lebih malu,
dia lebih tahu,
tentang aku.
sayang..
jangan kau sedih,
tentang aku,
biarkanlah aku
dalam duniaku,
dengan jiwaku,
kasihmu.
-kasih-
120209
dari puncak kasihsayang
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment