sore ini...
sayu dan sebak itu datang lagi...
terpaksaku persilakan masuk dan duduk..sedang aku cuba menulis,
mengapa hatiku ini terasa sayu yang menyilu..
mengapa air jernih itu mengalir di pipi lagi..
bukankah aku telah berjanji untuk tidak menangisi lagi..
bukanlah aku meminta untuk melupa...
mengapa ya...
amat sukar sekali sebak itu mahu pergi..
mengapa kadangkala ia singgah lagi..lalu tebing hatiku tak mampu bertahan,
mengapa sebak itu amat sakit...dan aku sering kalah dalam perjuangan..
mengapa ya...
wahai Allah...
Engkaulah yang maha mengetahui apakah ada kebaikan dalam urusanku ini,
kurniakan aku yang terbaik dan permudahkan urusan hidupku..
Wahai Allah Engkau tenangkan hati hamba2Mu yang bergelora seumpama Kau tenangkan air laut di waktu pagi..dan Engkau kembalikan segala apa yang hilang kepada hamba2 Mu yang berdoa, agar tenang jiwa2 mereka..Engkau rapatkan perhubungan hamba2 yang mengasihi, kerana cinta kasih itu yang telah Engkau tanamkan ke dalam hati-hati adalah anugerahMu bukan pemilihan dan kekuasaan kami, satukanlah hati2 yang menyayangi agar bertemu rindu cinta kasih insan2 yang mulia di muka bumi..sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa terhadap sesuatu maka khabulkanlah permohonanku..amin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment