salam kasih sayang..
ingat...
Kamu sedang dicuba oleh Allah, tiap cubaan pasti ada hikmahnya. ~kasihsyg.
sayanggg...
"Begitu banyak sungai masuk ke dalam samudra, tetapi ketika ia masuk ke dalam samudra semua kekotoran hilang kerana dijernih oleh laut yang luas. Sesungguhnya., Dialah Allah Al Muiz..Yang Maha Membeningkan . Begitulah juga kita manusia, harus senantiasa membeningkan hati kita dari segala kekotoran yang ada dalam hati, iaitu sifat dengki, dendam dan benci. Jadikanlah hati kita laksana samudra yang luas. Apa saja kekotoran yang masuk ke dalamnya akan menjadi bening, jernih dan bersih lagi suci." masyaAllah..alhamdulillah.
sungguh..
Sayang..hidup itu seperti roda, terkadang ia di atas, terkadang ia di bawah, sentiasa berputar, dan terus berjalan. Solat, doa dan sabar harus bersama dengannya. Allah mendengar sekalian hamba memujiNya, BagiNya segala pujian...
wsalam..
.....................
Wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk melihat kebesaranMu.
wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk redha segala ketentuanMu,
wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk menikmati cubaanMu..
wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk senyum dalam rindu..
wahai Allah,
bukakanlah mata hati hamba,
untuk sabar menunggu.
amin ya Allah ya Tuhanku
...............................................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment