topbella

Thursday, June 2, 2011

CINTA AKU DAN KAMU


Madah kasih sayang..

~" Tatkala hati berbisik, Allah tahu. Allah mendengar. Maka hari ini Allah telah memberikannya. masih ada cinta yang merekah, titisan airmata yang hampir kering terubat sudah. Cerita dahulu yang umpama mimpi timbul kembali dalam realiti. Hari itu aku seolah-olah sang puteri dalam drama nur kasih. Oh alangkah indahnya hidup tatkala cinta bersambut...hanya yang dapat diucapkan ialah alhamdulillah..terima kasih ya Allah menghantarkan aku cinta kasih..".~ salam cinta

~ Tatkala CINTA itu mengetuk pintu, aku masih mengantuk. Aku tidak pasti benarkah kamu CINTA AKU lalu aku tidak mahu. Aku menyuruh kamu pergi tanpa memikirkan tentang perasaan CINTA KAMU. Kamu pergi bersama airmata kasihmu, kamu tenggelam dalam lara duniamu. aku tidak tahu. Maafkan aku KASIH SAYANG kerana aku jahil dan buntu ketika itu...maafkanlah aku CINTA kerana kita menjalani TAKDIR ALLAH yang hebat seiring perjalanan masa. Ia sungguh sakit tetapi berhikmah, ya...kerana DUKA DAHULU adanya CINTA HARI INI yang sungguh membahagiakan. " ~salam cinta.

"~Allah tidak memberikan CINTA itu pada AKU 26 tahun yang lalu, kerana aku sendiri yang memintanya begitu. Tetapi DIA memberikan CINTA itu pada KAMU, Lalu kamu menderita kerana ketiadaan CINTA AKU. Kini Allah memberikan aku merasai sisa-sisa CINTA KAMU. Baru 26 hari aku sudah separuh gila kerana ketiadaan CINTA itu. Sungguh CINTA ITU sakit lagi perit. CINTA itu adalah API yang menyala panasnya sampai ke senja.. CINTA ITU adalah LAUT yang sentiasa bergelora, terkadang tenang terkadang bertaufan..... CINTA ITU adalah gunung salji terkadang sejuk lagi cantik. Airmata adalah cermin CINTA itu. Ia sentiasa menyuluh di mana saja CINTA ITU berada. Haruskah aku tenggelam dalam CINTA ITU yang kelak akan membawa aku ke liang lahat sebelum aku mati yang sebenar? ~ salam cinta

~ apalah guna kata-kata manis andai ia tidak dipraktik. " ~salam cinta.

~ "Ungkapan kasih sayang,
Kata-kata kasih tiada nilainya andai tidak diikuti dengan bukti sayangnya, kata-kata sayang tiada maknanya andai tidak diiringi dengan bukti kasihnya dan kasih sayang tiada nilainya andai tidak diiringi dengan cinta kasihnya." ~salam cinta.

Wahai Allah...
Jangan Engkau biarkan aku menyintai orang yang tidak menyintai aku, sungguh terasa amat perit sekali, kerana tiada nilai kasih sayangku di matanya. Kurniakan aku cinta orang yang benar2 menyintai aku...insyaAllah aku akan membalas cintanya itu sepenuh ragaku. Alangkah nikmatnya andai kita saling sayang menyayangi, kasih mengasihi dan cinta menyintai. Ya...umpama ADAM dan HAWA di dalam syurga...hehehe..indah bukan? Sungguh tiadalah nikmat di dunia yang dapat menandingi nikmat cinta di sana." ~salam cinta.

~salam kasih sayang..
02.06.2011
..........................
Nota kasih:
Madah2 di atas adalah ilusi penulis warkah kasih sahaja tidak mengenai sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Andai ia mengguris hati atau memupuk prasangka buta sesungguhnya ia tidak disengaja..maaf jua yang dipinta. semoga kita semua dalam kebaikan...berlumba2 kepada keampunan Allah dalam tiap perjalanan kehidupan. Sungguh nikmatnya hidup ini andai hati suci, jiwa raga bersih, senyuman sentiasa dibibir...alangkah cantik wajah hati kasih terpancar diwajah sehari-hari.. amin


No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN