salam kasih sayang.
dalam hayat ini,
apa yang kita cari,
segala nikmat Tuhan beri..
hayat, keluarga, kesihatan dan kemudahan hidup,
tiap hari..
dalam sepi nyendiri,
apa yang kita cari,
nikmat dunia semuanya hilang pergi,
sungguh hanya rahmat cinta kasih Ilahi,
yang kita dambai.
dalam kesempatan yang sedikit,
marilah kita kembali,
kepada fitrah insan ke alam ini,
hayat ini, ibadat dan mati,
adalah kerana Ilahi.
~tintakasih
03112012
...................................
nota kasih sayang.
Allah berfirman:
" Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya, " al fushshilat ayat 6
wahai Allah ....
bantulah kami untuk kekal berada di jalan yang lurusMu, dan tunjukilah kami, tiap urusan hidup kami di dunia, Bimbinglah kami untuk membuat amalan soleh dan solehah yang Engkau redhai, Hiduplah kami, bahagiakan kami, mudahkanlah, matikanlah kami dalam islam agama yang Engkau redhai...amin..
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment