Catatan seorang kawan.
Hari ini aku melawat seorang guru,
sahabat suami aku.
dia kena bedah,
ada pabroit dalam rahimnya...
dan telah dibuang rahimnya itu.
dah dua minggu dia terlantar di situ..
sian dia....
Aku lihat darah pada kain lapik tidornya,
dia kata itu darah tangannya,
wayar yang cucuk tangannya tercabut.
kedua-dua tangannya lebam-lebam dek jarum-jarum yang di tusuk..
sian dia.....
Dia begitu peramah
dia cerita tentang penyakitnya
aku mengangguk-angguk kepala tanda setuju..
aku dengar dia bercerita...
aku tahu.
lebih baik menjadi pendengar yang baik kepada orang sakit,
sian dia...
aku kata..
jangan lupa baca doa NABI YUNUS dalam perut ikan..
"La ilaha illah anta, subha naka inni kuntu minadholimin."
bacalah banyak-banyak.
semoga Allah permudahkan segala urusan kita,
semoga kita tak rasa sakit sangat walaupun sakit teruk..
itulah rahmat kasih sayang Allah..
Sungguh berdasar pembacaan aku..
sungguh dengan keberkatan doa itu,,
insyaAllah kalau orang sakit... akan sembuh,
kalau orang itu dah sampai akhir hayatnya ...
dia akan pergi dengan cepat atau tenang.
InsyaAllah, Allah permudahkan jalannya menemui Allah,
Ya..dia senyum..
semoga dia ingat pesan aku..
semoga dia sabar..
sungguh sakit itu anugerah Allah jua,
terkadang dengan sakit Allah ingin mengangkat darjat kita,
terkadang dengan sakit menjadikan kita lebih dekat denganNya,
terkadang dengan sakit Allah ingin mencuci segala dosa-dosa kita,
Allah maha pengasih lagi penyayang..
Allah menguji sekadar kemampuan hambaNya,
Allah akan beri yang terbaik buat kita kerana Dia lebih mengetahui segalanya.
Ya semoga dia cepat sembuh..
semoga dia cepat pulang ke rumah..
semoga sihat semula..
amin.
ruhi abidin.
04112012
............................
nota kasih:
aku kata pada suami aku...sungguh andai saja orang itu sihat, punya semua kemudahan dalam hidup, tetapi masih lagi merungut, masih lagi marah-marah, masih lagi cakap lepas tidak mahu bersyukur dengan apa yang ada..Maka datang saja ke hospital, lihat betapa banyak orang yang sakit....
Sungguh kita ini sebenarnya lebih beruntung daripada mereka kerana kita sekarang sihat...alhamdulillah..
Sungguh Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar kita selalu melawat orang sakit, banyak pahala jika melawat orang sakit dan mengingati mati..
Wahai Allah,
kekalkan kesihatan yang baik pada kami untuk kami beribadat kepadaMu,
sungguh solat kita, ibadat kita, hidup dan mati kita adalah kerana Allah...sedarkah itu...???...ya insyaAllah itulah ikrar kita tiap hari..semoga kita bersyukur dengan nikmat kesihatan ini..
.insyaAllah...Allah huakbar...La ilaha illallah.. Muhammad Rasulullah.
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment