...............................
(Ulang) (2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan
Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
wooo..ooo
waaa…haa
Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu
aa….
hmmm….
woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..
Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud
~salam kasih..
nota kasih:
baik bangat senikata lagu ni..suka pulak saya...hehehe..ya semoga sayang sihat dan ceria2 selalu..sebenarnya bahagia itu dalam diri kita..dalam minda kita..dalam rasa kita..kalau kita berfikiran positif akan membuka pintu bahagia..kalau kita berprasangka baik..bahagia akan singgah.., kalau kita bersihkan hati dan jiwa..bahagia milik kita selamanya..cinta Allah bahagia akan sentiasa dirasa..kerana dalam susah ada bahagianya..dalam bahagia hendaklah ada syukurnya..dalam sedar ada kasih sayangnya..maka berilah dan nikmatilah kasih sayang..semoga hatikan tersenyum di mata dan jiwa..hehehe. insyaAllah.
Al Ustaz berkata, bahagia itu bukan suatu pencarian, tetapi bahagia itu suatu anugerah. Kerana di mana pun kita cari sukar untuk berjumpa bahagia, tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hati yang ikhlas, anugerah kepada hamba yang mahu rukuq dan bersujud..serta hati yang redha..
No comments:
Post a Comment