
menunggumu penuh erti,
dalam tasbih kasih,
syukurku pada Allah,
memanjangkan usiaku lagi.
bagai mimpi hadirnya,
tetap ku syukuri..
15 Januari ini...
cukupku menadah tangan,
dalam realiti kasih redha,
syukurku pada Allah,
kerana kita sedang dicuba,
siapakah di antara kita
yang lebih mulia.
15 Januari telah pergi,
bersama kenangan manis,
walaupun gerhana mentari,
syukurku pada Allah,
pasti di sana ada hikmah,
bagai mimpi sang puteri,
tetap ku hargai.
~salam kasih.
...............................
nota kasih:
terima kasih sayang..walau sekadar ucapan salam dan "selamat ulang tahun", ia sudah memadai..Tatkala badan sihat...sihat penglihatan dan sihat pendengaran dan kekuatan, itu sudah mencukupi...alhamdulillah..semoga berkekalan nikmat yang dikecapi..dan semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah...semoga Allah memberkati kita semua..dalam tiap urusan hidup kita di dunia ini..amin.
No comments:
Post a Comment