Salam...sayang..
aku guna...lagu nasyid ni untuk ringtone hp aku....
sejuk ja dengar doa ni...(tah lagu nasyid sapa nyanyi tak tau...hehehe)
"Tuhan...
usah bebankan kami, dengan bebanan yang berat..
seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami...
Tuhan....
jangan diturunkan kami, yang tidak kami terdaya..."
kemudian aku guna lagu hikmah untuk messege ringtone...
"Subhanallah, walhamdulillah...astaqfirullah, Allah huakbar..
subhanallah walhamdulillah... astaqfirullah, hasbiyalllah...
Subhanallah....walhamdulillah..."
terkadang pabila ada mesej masuk ...aku lambatkan menekan kerana aku nak dengar lagu tu dan aku mengikutnya pelan2...aku suka kalau datang mesej...hehehe, kerana aku dapat dengar lagu tu...dan lagu tu mengajak aku untuk terus berzikir kepada Allah..rindu kasih sayang....alhamdulillah..
tetapi sejak dua menja ni..awk kurang dah...memesej aku...mungkin kerana kesibukan awak..atau kadang awak dalam kegulauan..atau mungkin awak dapat pencarian baru, atau mungkin awak dalam ujian baru, atau mungkin awak dalam keadaan rajuk, atau mungkin awak tak sedar lagi...hanya dunia awak yang suci...
Ya...tak apa la..dalam hidup kita ni penuh dengan cubaan..sememangnya kita ni hidup di dunia. Kita tahu dunia itu adalah pentas ujian...kita ni adalah pelakonnya. Ya semua adalah pelakon yang sedang mengikut skrip yang telah ditentukan Allah...watak2 kita semua ada berbeza..dan cubaan jua adalah berbeza mengikut kesanggupan dan potensi masing2. Wahai Allah..ilhamkan aku untuk membuat kebaikan...jadikan hati aku ni redha dengan segala cubaan ini..singkapkanlah hikmah2Mu di sebalik semua itu..berikan aku kekayaan hati..agar hati aku ni lapang dan tidak merasa susah dan sempir mengenai hal-hal kecil dan rajinlah aku solat sunat. kerana ustaz kata kalau sorang hamba solat sunat 2 rakaat, itu lebih baik dari dunia dan segala isinya di sisi Allah...
ya..semoga kita semua menjadi hamba Allah ....yang taat dan patuh kepada Allah..semoga sakinah, barokah dan rahmat akan meliputi kehidupan kita semua..amin.
~salama kasih sayang..
0630;09012010
................................
nota kasih:
rindu itu tak pernah berhenti, rindu itu tak pernah surut, rindu itu tak pernah serik, rindu itu tak pernah terhakis...rindu itu tak pernah habis...
umpama air sungai terus mengalir...setiap detik. Lihat mentari itu..
sentiasa memberikan cintanya kepada bumi. Lalu alam jadi seri...dan riang hati di siang dan malam hari. Itulah dia rahmat kasih Ilahi. yang sentiasa melimpahi.
No comments:
Post a Comment