topbella

Saturday, January 30, 2010

Bingkisan rindu


salam..sayang...
lagu ni..mahar cinta..devotees...

Andainya dapat engkau mendengarkan..
suara dihatiku melagukan rindu..
kiranya engkau bisa mentafsirkan..
setiap bait kata-kata yang terungkap...

Pasti dirimu dapat melihat..
ertinya kasih yang terpendam..
sekian lama di sudut hatiku..
hanyalah untukmu.... selamanya.

~salam kasih sayang.
......................................
nota kasih..
lagu nasyid..suka dengar lagu ni.....semoga hati dan jiwa semua sejahtera...damai sentiasa..amin

sumber:http://memorikasih.blogspot.com/

Thursday, January 28, 2010

Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta.
...............................

(Ulang) (2x)
Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan
Serta pedoman dikesesatan

Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali
Yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

wooo..ooo
waaa…haa

Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu

aa….
hmmm….

woo.. Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga

Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud

~salam kasih..
nota kasih:

baik bangat senikata lagu ni..suka pulak saya...hehehe..ya semoga sayang sihat dan ceria2 selalu..sebenarnya bahagia itu dalam diri kita..dalam minda kita..dalam rasa kita..kalau kita berfikiran positif akan membuka pintu bahagia..kalau kita berprasangka baik..bahagia akan singgah.., kalau kita bersihkan hati dan jiwa..bahagia milik kita selamanya..cinta Allah bahagia akan sentiasa dirasa..kerana dalam susah ada bahagianya..dalam bahagia hendaklah ada syukurnya..dalam sedar ada kasih sayangnya..maka berilah dan nikmatilah kasih sayang..semoga hatikan tersenyum di mata dan jiwa..hehehe. insyaAllah.

Al Ustaz berkata, bahagia itu bukan suatu pencarian, tetapi bahagia itu suatu anugerah. Kerana di mana pun kita cari sukar untuk berjumpa bahagia, tetapi ia adalah anugerah Allah kepada hati yang ikhlas, anugerah kepada hamba yang mahu rukuq dan bersujud..serta hati yang redha..

Tuesday, January 19, 2010

15 Januari 2010

15 Januari datang lagi,
menunggumu penuh erti,
dalam tasbih kasih,
syukurku pada Allah,
memanjangkan usiaku lagi.
bagai mimpi hadirnya,
tetap ku syukuri..

15 Januari ini...
cukupku menadah tangan,
dalam realiti kasih redha,
syukurku pada Allah,
kerana kita sedang dicuba,
siapakah di antara kita
yang lebih mulia.

15 Januari telah pergi,
bersama kenangan manis,
walaupun gerhana mentari,
syukurku pada Allah,
pasti di sana ada hikmah,
bagai mimpi sang puteri,
tetap ku hargai.

~salam kasih.
...............................
nota kasih:
terima kasih sayang..walau sekadar ucapan salam dan "selamat ulang tahun", ia sudah memadai..Tatkala badan sihat...sihat penglihatan dan sihat pendengaran dan kekuatan, itu sudah mencukupi...alhamdulillah..semoga berkekalan nikmat yang dikecapi..dan semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah...semoga Allah memberkati kita semua..dalam tiap urusan hidup kita di dunia ini..amin.

Sunday, January 10, 2010

Rindu kasih


Salam...sayang..
aku guna...lagu nasyid ni untuk ringtone hp aku....
sejuk ja dengar doa ni...(tah lagu nasyid sapa nyanyi tak tau...hehehe)

"Tuhan...
usah bebankan kami, dengan bebanan yang berat..
seperti yang pernah Kau berikan kepada umat yang terdahulu dari kami...
Tuhan....
jangan diturunkan kami, yang tidak kami terdaya..."
kemudian aku guna lagu hikmah untuk messege ringtone...

"Subhanallah, walhamdulillah...astaqfirullah, Allah huakbar..
subhanallah walhamdulillah... astaqfirullah, hasbiyalllah...
Subhanallah....walhamdulillah..."

terkadang pabila ada mesej masuk ...aku lambatkan menekan kerana aku nak dengar lagu tu dan aku mengikutnya pelan2...aku suka kalau datang mesej...hehehe, kerana aku dapat dengar lagu tu...dan lagu tu mengajak aku untuk terus berzikir kepada Allah..rindu kasih sayang....alhamdulillah..

tetapi sejak dua menja ni..awk kurang dah...memesej aku...mungkin kerana kesibukan awak..atau kadang awak dalam kegulauan..atau mungkin awak dapat pencarian baru, atau mungkin awak dalam ujian baru, atau mungkin awak dalam keadaan rajuk, atau mungkin awak tak sedar lagi...hanya dunia awak yang suci...

Ya...tak apa la..dalam hidup kita ni penuh dengan cubaan..sememangnya kita ni hidup di dunia. Kita tahu dunia itu adalah pentas ujian...kita ni adalah pelakonnya. Ya semua adalah pelakon yang sedang mengikut skrip yang telah ditentukan Allah...watak2 kita semua ada berbeza..dan cubaan jua adalah berbeza mengikut kesanggupan dan potensi masing2. Wahai Allah..ilhamkan aku untuk membuat kebaikan...jadikan hati aku ni redha dengan segala cubaan ini..singkapkanlah hikmah2Mu di sebalik semua itu..berikan aku kekayaan hati..agar hati aku ni lapang dan tidak merasa susah dan sempir mengenai hal-hal kecil dan rajinlah aku solat sunat. kerana ustaz kata kalau sorang hamba solat sunat 2 rakaat, itu lebih baik dari dunia dan segala isinya di sisi Allah...
ya..semoga kita semua menjadi hamba Allah ....yang taat dan patuh kepada Allah..semoga sakinah, barokah dan rahmat akan meliputi kehidupan kita semua..amin.

~salama kasih sayang..
0630;09012010
................................
nota kasih:
rindu itu tak pernah berhenti, rindu itu tak pernah surut, rindu itu tak pernah serik, rindu itu tak pernah terhakis...rindu itu tak pernah habis...
umpama air sungai terus mengalir...setiap detik. Lihat mentari itu..
sentiasa memberikan cintanya kepada bumi. Lalu alam jadi seri...dan riang hati di siang dan malam hari. Itulah dia rahmat kasih Ilahi. yang sentiasa melimpahi.

Monday, January 4, 2010

Rasa Jiwa

Ya Allah,
aku bersyukur padaMu,
kerana telah memberiku rasa ini,
rasa yang pabila ia datang,
airmataku akan mengalir,
rasa yang pabila aku terkenang,
terukir senyuman di bibir,
rasa yang pabila ia di ingatan,
bertambah-tambah aku ingat Tuhan..


Sungguh rasa itu,
bukan aku pinta,
bukan aku cipta,
bukan aku reka-reka,
ia datang tanpa aku undang,
ia takdir Allah yang penyayang,
suatu anugerah Allah,
menguji hamba...

Terima kasih wahai Allah,
demi matahari dan sinar cahaya pagi hari,
dan bulan apabila ia mengiringinya,
dan siang apabila ia terang benderang,
dan malam apabila menyelubunginya,
demi langit dan pembinaannya,
demi bumi dan hamparannya,
demi jiwa dan penyempurnaannya,
maka Allah mengilhamkan,
jalan yang membawa kepada kejahatan,
jalan yang membawa kepada ketakwaan,
sesungguhnya berjaya
...
orang-orang yang mensucikan jiwa,
dan hampalah orang yang mengotorinya.

Wahai Allah,
tunjuki kami jalan yang lurus,
jalan orang yang telah Kau berikan nikmat,
bukan jalan-jalan kemurkaan,
bukan jalan-jalan kesesatan..
ya... semoga kita..
sebagai hamba Allah redha
pasrah apa yang telah ditakdirkan Allah..
subhanallah dan alhamdulillah..
amin ya rabbal alamin..

~kasih sayang..

Nur keinsafan

Kadang-kadang
kesedihan datang..
adalah kerana kifarah dosa-dosa
yang telah kita dilakukan.
kesedihan demi kesedihan tak tertahan..
lalu kita mohon,
agar Allah leraikan kesedihan itu jauh-jauh..
tetapi kesedihan itu tetap ada
tidak mau pergi
mengapa....?

Terkadang
kita tertanya-tanya kenapa dan mengapa
kesedihan itu masih bermaharajalela...
mungkin kita lupa,
untuk meminta ampun terhadap segala dosa-dosa..
lalu kita sedar istiqfar demi istiqfar,
air mata keinsafan mengalir
dedaunan kesedihan pun luruh
nur kasih rahmat Allah menerangi hati,
fikiran kembali jernih,
ceria sudi menyapa,
itulah hikmahnya,
kasih kembali kepada Allah..

~kasih sayang.
......................
nota kasih:
~ salam sayang, salam kerinduan..
sebagai seorang hamba...mohonlah kepada Allah dengan sabar dan solat..semoga kasih tenang..amin.
~ya..sesekali hamparkan dahi dan hidungmu kepada lantai bersyukur..di situ ada kepuasan..
~ya..sesekali alirkan airmatamu dalam senyuman di sana ada keredhaan hati ..

Saturday, January 2, 2010

Sahabat

SAHABAT bukan macam papan skate, belum main gilap dah main pijak.
SAHABAT bukan macam bola sepak, belum dapat kejar dah dapat tendang.
SAHABAT bukan macam bulu tangkis, belum main pegang dah main pukul.
SAHABAT ibarat macam bola raqbi, belum dapat rebut dah dapat lindungi.
SAHABAT macam jari dan mata, luka di jari mata menangis, mata menangis jari sapu.
SAHABAT seumpama dua tangan saling bantu membantu saling berkongsi pemasalahan..
SAHABAT segala lukanya sembuh sendiri, tapi kalau hilangnya tiada ganti....

Salam kasih sayang dalam persahabatan...
~kasih sayang.
.....................
nota kasih:
Mesej di atas aku terima daripada seorang sahabatku yang tinggal di kelantan..sahabat msc kaunseling..sama berkampung untuk membuat tesis di uum sept lalu..hhehehe...Sungguh persahabatan yang berputik beberapa hari membuka lembaran kasih sayang yang indah. Daripadanya aku belajar tentang kehidupan sungguh kalau kita susah ada orang lain yang lebih susah daripada kita...dia telah bercerai dengan suaminya, ibu tunggal yang membesarkan 4 orang anak remaja. Segala kata2 hina ditelan dengan sabar...hai..sahabat..sabarnya kamu..semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan rahmatNya dalam kehidupanmu di dunia..amin.

Friday, January 1, 2010

Rembulan itu



sayang...
lihat rembulan itu..
ke mana ia menghilang..
walau tanpa cahaya lembut menyuluhi alam,

aku pasti kau ada..
mungkin kini di fasa-fasa awal,
semoga akan lahir anak bulan
penyeri alam....hehehe.

Sayang...
usah merajuk hiba,
sebelum kau memarahinya,
tanyalah dahulu pemasalahannya

ambillah ruang dan waktu,
jernihkan kekaburanmu,
kelak akan hadir jawapannya.
bahagia muncul semula..

Sayang..
janji Allah itu benar,
rembulan jua utusan Allah,
datang dan pergi ketetapanNya,

Jadikan sabar dan solat penenang hati,
rembulan kan tetap hadir,
selaras dengan fitrah azali,
kasih sayang abadi.

~salam kasih sayang.
01012010
dari puncak kasih sayang.

madah rasa..


salam..
~Cantiknya kasih sayang jika ada ketulusan,
indahnya kasih sayang jika insan bertakwa kepada Tuhan..
- kasih sayang

~ ilmu mampu menembus yang samar, menemukan sesuatu yang hilang,
dan menyingkap yang tersembunyi.

~ naluri dari jiwa manusia itu selalu ingin mengetahui sesuatu
yang baru dan ingin mengungkap sesuatu yang menarik.

~ Alangkah mulianya ilmu pengetahuan. Alangkah gembiranya jiwa
seseorang yang menguasainya. Alangkah segarnya dada orang yang penuh
dengannya, dan alangkah leganya perasaan orang yang menguasainya. - la tahzan

~ Kebodohan itu sangat membosankan dan menyedihkan. Sebabnya, ia
tidak pernah memunculkan hal baru yang lebih menarik dan segar, yang
kelmarin seperti hari ini, dan yang hari ini pun akan sama dengan yang akan
terjadi esok hari.

~Bila Anda ingin senantiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah
pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, niscaya semua kesedihan,
kepedihan dan kecemasan itu akan sirna.

~Kebodohan merupakan tanda kematian jiwa, terbunuhnya kehidupan
dan membusuknya umur.
{Sesungguhnya, Aku mengingatkan kepadamu supaya kamu tidak termasuk or-
ang-orang yang tidak berpengetahuan.} Surah Hud: 46

~Sebaliknya, ilmu adalah cahaya bagi hati nurani, kehidupan bagi ruh
dan bahan bakar bagi tabiat.

.......................
nota kasih:

{Dan, apakah orang yang mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan
kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di
tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada
dalam gelap gulita yang berkali-kali tidak dapat keluar daripadanya?}
(Surah Al-An'am: 122)

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN