Rindu cinta kasih sayang.. 
empat perkataan biasa,
tetapi punya maksud mendalam.
Sukar untuk ditafsir,
sukar untuk diluahkan,
sukar untuk dibuang,
Disimpan diri keresahan keseorangan,
diluahkan diri dianggap gila bayang
dibuang diri tak pernah kesampaian.
Rindu cinta kasih sayang,
tak pernah surut tak pernah kurang,
ia anugerah Allah buat insan.
~salam kasih sayang.
22102009
..................
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment