Kasih sayang itu,
bukanlah seperti hujan,
yang turun membasahi bumi,
air meresap ke dalam tanah
kemudian hilang,
sunyi dibaluti sepi.
Kasih sayang itu,
umpama matahari,
yang cahayanya menerangi alam,
menghidup dan menerangi bumi,
cahayanya tetap ada
walaupun malam tiba.
Kasih sayang itu,
tidak pernah berpisah,
walau dalam tido juga jaga,
umpama ruh dan jasadnya,
mekar hidup selamanya,
di dunia dan akhiratnya.
~salam kasih sayang.
28102009
...............................
nota kasih:
semoga Allah memberiku ketulusan hati, semoga Allah menjauhkan aku sifat cemburu, semoga Allah mengizinkan aku berbaik2 sesama manusia. Sesungguhnya manusia yang baik, manusia yang bijak akan melihat masalah besar itu sebagai kecil. Tetapi manusia yang bodoh adalah manusia yang menjadikan masalah kecil itu bertompok-tompok bukan menyelesaikannya... Semoga Allah melapangkan hati aku, kerana hati yang lapang akan melihat semua pemasalahan itu adalah kecil sahaja, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah, tetapi jika hati sempit akan melihat semua masalah sebagai besar, dan menghadapi kesempitan dalam masalah yang kecil...
salam kasih sayang...semoga hati kita tenang..amin
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment