Wednesday, October 28, 2009
Kasih sayang itu
Kasih sayang itu,
bukanlah seperti hujan,
yang turun membasahi bumi,
air meresap ke dalam tanah
kemudian hilang,
sunyi dibaluti sepi.
Kasih sayang itu,
umpama matahari,
yang cahayanya menerangi alam,
menghidup dan menerangi bumi,
cahayanya tetap ada
walaupun malam tiba.
Kasih sayang itu,
tidak pernah berpisah,
walau dalam tido juga jaga,
umpama ruh dan jasadnya,
mekar hidup selamanya,
di dunia dan akhiratnya.
~salam kasih sayang.
28102009
...............................
nota kasih:
semoga Allah memberiku ketulusan hati, semoga Allah menjauhkan aku sifat cemburu, semoga Allah mengizinkan aku berbaik2 sesama manusia. Sesungguhnya manusia yang baik, manusia yang bijak akan melihat masalah besar itu sebagai kecil. Tetapi manusia yang bodoh adalah manusia yang menjadikan masalah kecil itu bertompok-tompok bukan menyelesaikannya... Semoga Allah melapangkan hati aku, kerana hati yang lapang akan melihat semua pemasalahan itu adalah kecil sahaja, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah, tetapi jika hati sempit akan melihat semua masalah sebagai besar, dan menghadapi kesempitan dalam masalah yang kecil...
salam kasih sayang...semoga hati kita tenang..amin

Friday, October 23, 2009
Akhirlah sedu ini
Wahai mata..
usah menangis lagi..
usah mengalir air mata kasih,
simpanlah air matamu,
untuk perkara yang lebih perlu..
Wahai hati..
usah bersedih lagi,
usah membenci andai kamu tak dipeduli,
itulah nasibmu kasih,
jika melalui persimpangan ini..
Wahai Allah...
sabar itu sakit nyilu menghiris,
jika ini takdirku kasih kekasih,
kurniakan aku redha hati,
agar seduku kan berakhir.
~kasihsyg.
...............................
nota kasih:
Mungkin aku tahu kamu tidak tahu...aku hanya berbisik kepada Allah, legakanlah resah hatiku ini, hilangkanlah sedihku ini, usah aku menangis lagi, aku tahu mungkin kamu tidak tahu, aku hanya berbisik kepada Allah Tuhan ku dan Tuhan kamu, agar Allah menenangkan hati aku.
Wahai Allah, sungguh berat penanggunganku ini, aku meletakkan kasih kepada yang bukan tempat yang baik, lalu kasihku itu tidak di hargai, kasihku tidak dipandang lagi, silapkah aku menanam kasih, salahkah aku menumpahkan kasih, apakah kasihku ini dalam kemurkaanMu, apakah Engkau tidak meredhaiku? Seandainya semua itu benar, dan aku tidak tahu, Engkaulah Tuhanku yang maha tahu, padamkanlah rasa kasih itu dari lubuk hatiku, agar salju kasihku kembali kepada tempatnya dahulu, agar sejuk bara cintanya yang telah sekian lama menyala. Wahai Allah engkau maha tahu, engkau maha berkuasa. Usahlah ada hambaMu yang seumpama aku yang telah tesilap memilih persimpangan kasih nya....ampunilah aku wahai Allah, aku yang jahil lagi menzalimi diri, Engkaulah yang maha pengasih lagi maha mengurniakan permintaan....khabulkan permintaan hamba....amin

rindu sayang kasih cinta
Saat rindu singgah,
semua urusan jadi tak kena,
kasih ada dihati dan di mata.
Rindu kasih sayang cinta
~salam kasih sayang.
22102009
semua urusan jadi tak kena,
kasih ada dihati dan di mata.
Saat kasih menyapa,
kasih melerek senyum gembira.
sentiasa menanti sayangnya.
kasih melerek senyum gembira.
sentiasa menanti sayangnya.
Saat sayang ada,
lidah kelu tak terluah kata,
hati geram namun cinta membara.
Saat cinta bertakhta,
lidah kelu tak terluah kata,
hati geram namun cinta membara.
Saat cinta bertakhta,
alam kasih menjadi indah,
kerana cinta turut menguat jiwanya.
kerana cinta turut menguat jiwanya.
Rindu kasih sayang cinta
anugerah dan rahmat kasih Allah,
untuk tenang jiwa manusia.
~salam kasih sayang.
22102009
Rindu Cinta kasih sayang
Rindu cinta kasih sayang..
empat perkataan biasa,
tetapi punya maksud mendalam.
Sukar untuk ditafsir,
sukar untuk diluahkan,
sukar untuk dibuang,
Disimpan diri keresahan keseorangan,
diluahkan diri dianggap gila bayang
dibuang diri tak pernah kesampaian.
Rindu cinta kasih sayang,
tak pernah surut tak pernah kurang,
ia anugerah Allah buat insan.
~salam kasih sayang.
22102009
..................
empat perkataan biasa,
tetapi punya maksud mendalam.
Sukar untuk ditafsir,
sukar untuk diluahkan,
sukar untuk dibuang,
Disimpan diri keresahan keseorangan,
diluahkan diri dianggap gila bayang
dibuang diri tak pernah kesampaian.
Rindu cinta kasih sayang,
tak pernah surut tak pernah kurang,
ia anugerah Allah buat insan.
~salam kasih sayang.
22102009
..................
redha kasih
Tinta pena telah mengering,
lembaran catatan ketentuan telah disimpan,
setiap perkara telah diputuskan
dan takdir telah ditetap.
Maka...
Sekali-kali tidak akan menimpa,
melainkan apa yang telah ditetapkan.
telah tersurat kehidupan.
Apa yang membuat anda benar,
maka tak akan membuat anda salah.
Sebaliknya, apa yang membuat anda salah,
maka tidak akan membuat anda benar.
Jika keyakinan kuat di jiwa kukuh bersemayam dalam hati,
maka setiap bencana akan menjadi karunia,
setiap ujian menjadi anugerah,
dan setiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.
Anda adalah pilihan Allah,
untuk diberi pahala dan ganjaranNya.
adakah anda tidak mahu menerimanya?
itulah nikmat kasih sebenarnya.
~salam kasih sayang.
.............

Monday, October 19, 2009
Mentari Kasih
Aku kata...
tahukah dikau sayang...
hariku yang paling bahagia
ialah tatkala kau datang,
alamku cerah terang benderang.
hariku sejuk nyaman
ceria dan tenang.
Aku kata,
tahukah dikau sayang...
hariku yang membosankan,
ialah tatkala kau menghilang,
alamku tiba-tiba kegelapan,
akukah yang keterlaluan,
atau awan melindungkan.
Aku percaya,
Allah maha berkuasa,
di mana sahaja kita berada,
kita menatap bulan yg sama dgn tulus doa,
cahayanya samar menyuluhi maya,
itulah rahmat kasih Allah,
anugerah buat kita.
~salam kasihsyg
..............................

Siapakah yang berhak menjadi tempat mengadu orang-orang yang dilanda kegelisahan, kesempitan, kesulitan dan kesedihan? Kepada siapakah mereka harus memohon pertolongan? Siapakah yang layak menjadi tempat bergantung, memohon, meminta dan meratap semua makhluk? Siapakah yang berhak menjadi gantungan hati dan selalu diucapkan oleh lidah manusia? Tak lain, hanya Allah. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Sesungguhnya Allah maha mendengar..berbisiklah, merintihlah, mohonlah hanya kebaikan..maka kebaikan jua akan meluru datang. Terima kasih kerana memberi peluang untuk aku membuat kebaikan..semoga kita hidup dengan kebaikan, mati dalam kebaikan..amin
Font baru kasih
Assalamualaikum..sayang,
salam kasih sayang..
semoga sejahtera kalian,
dan selamt menjalankan tugas seharian.
dan selamt menjalankan tugas seharian.
Saya menulis..guna font baru tu,
bagi saya inlah font paling cantik dipandang.
senyum melerek saya sorang-sorang..
itu tandanya hati senang dan tenang.
terima kasih dan alhamdulillah.
~kasihsyg
19102009
Wednesday, October 14, 2009
Kasih luka lagi..
Wahai Allah,
mengapa ya...air mataku ini tak henti menitis?
mengapa ya Allah, hatiku ini tak lekang,
dari kesedihan?
Wahai Allah,
mengapa aku rasa sesedih ini?
mengapa ya..mengapa aku rasa ingin menangis.
meluahkan rasa terguris?
Wahai Allah,
begini sakitnya menyintai bebayang manusia,
tanpa hati, tanpa perasaan dan tanpa jasadnya.
hanya rasa berbicara nyilu menikam jiwa.
Wahai Allah,
jika dia tidak mahu menghargai nilai cinta kasih,
Engkau padamkan rasa kasihku yang menyala terhadapnya,
agar salju kasihku kembali kepada tempatnya.
Wahai Allah,
maafkan aku kerana kejahilanku memujanya,
ampuni aku kerana kelalaianku merinduinya,
juga kerana kebodohanku menyintainya.
~ kasih
...................................
nota kasih.
peringatan buat diriku yang lupa:
Ingatlah kasih....
Tabiat untuk mengingkari, membangkang, dan melupakan suatu kenikmatan adalah penyakit yang umum menimpa jiwa manusia. Karena itu, anda tak perlu heran dan resah bila mendapatkan mereka mengingkari kebaikan yang pernah anda berikan, mencampakkan budi baik yang telah anda tunjukkan. Lupakan saja bakti yang telah Anda persembahkan.
Bahkan, tak usah resah bila mereka sampai memusuhi anda dengan sangat keji dan membenci anda sampai mendarah daging, sebab semua itu mereka lakukan adalah karena anda telah berbuat baik kepada mereka.
Seorang ayah telah memelihara anaknya dengan baik. la memberinya makan, pakaian dan minum, mendidikannya hingga menjadi orang pandai, rela tidak tidur demi anaknya, rela untuk tidak makan asal anaknya kenyang, dan bahkan, mau bersusah payah agar anaknya bahagia. Namun, ketika sudah berkumis lebat dan kuat tulang-tulangnya, anak itu bagaikan anjing galak yang selalu menggonggong kepada orang tuanya. Dia tidak hanya berani menghina, tetapi juga melecehkan, acuh tak acuh, bongkak, dan durhaka terhadap orang tuanya dan semua itu, dia tunjukkan dengan perkataan dan juga tindakan.
Anda tak perlu terkejut manakala menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada anda dan anda tak usah terkejut, bila orang yang anda beri tongkat untuk menggiring gembalaannya justru memukulkan tongkat itu ke kepala anda. Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tak pernah bersyukur kepada Penciptanya sendiri Yang Maha Agung nan Mulia. Begitulah, kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkari, maka apalagi kepada saya dan Anda....
Berbuatlah kebaikan hanya demi Allah semata, maka anda akan menguasai keadaan, tak akan pernah terusik oleh kebencian mereka, dan tidak pernah merasa terancam oleh perlakuan keji mereka. Anda harus bersyukur kepada Allah karena dapat berbuat baik ketika orang-orang di sekitar anda berbuat jahat, dan ketahuilah bahwa tangan di atas itu lebih baik dari tangan yang di bawah, semoga ia dapat memujuk hati agar usah menangis lagi...sedih juga ada baiknya...
Wahai Allah, aku ini hambamu yang jahil, hambaMu yang dungu, aku sering mengulangi kesilapan yang sama, ampunilah aku, kerana kebodohanku, kerana kelalaianku, hatiku perlu di isi dengan zikrullah semoga aku merasai nikmat cinta kasih itu...hanya untukMu, yang maha pemurah maha mengambil tahu...Cukuplah Engkau maha memberi perhatian kepadaku...cukuplah hanya padaMu aku berserah diri dan bergantung harap...amin..

Monday, October 12, 2009
Zikir menenangkan fikiran
Tatkala aku kesepian,
rindu datang..
aku keresahan,
tercari-cari ku kasih sayang,
di manakan ku dapati,
murni tulus kasih.
Tatkala aku keresahan,
ketenangan menghilang,
aku kebuntuan,
tercari-cariku pautan,
di mana harusku pegang,
kasih insan tak kekal.
Tatkala ku sendirian,
datang bisikan,
hanya zhikir kepada Tuhan
dapat mententeram mengamankan,
di sana kemenangan kebahagiaan,
cinta kasihMu Tuhan.
~kasihsayang
................................
Berdzikir kepada Allah adalah syurga Allah di bumi-Nya. Maka, siapa yang tak pernah memasukinya, ia tidak akan dapat memasuki surga-Nya di akhirat kelak. Berdzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kegundahan, kekesalan dan goncangan. Dan dzikir merupakan jalan pintas paling mudah untuk meraih kemenangan dan kebahagiaan hakiki. Untuk melihat faedah dan manfaat dzikir, coba perhatikan kembali beberapa pesan wahyu Allah dan cobalah mengamalkannya pada hari-hari anda, niscaya anda akan mendapatkan kesembuhan. insyaAllah.

Saturday, October 10, 2009
Lakaran kasih
Tatkala aku berjalan,
tersentuhku pada sebuah lakaran,
tanpa wajah hanya coretan,
lukisan lara pelangi jiwa,
mengusik mimpi semalamnya…
Tatkala aku meneliti,
tercari-cariku makna hakiki,
betulkah itu lakaran wajah kasih,
yang terukir sejak azali,
jangan aku tersilap lagi…
Hidup ini…
adalah satu pusingan,
bagi mencari titik persilangan,
tatkala bertemu itulah janji Tuhan,
terimalah ia, usah dipertikaikan…
salam kasih sayang…
-kasih melekat di hati-
…………………………………
nota kasih:
Lukisan alam cantik dipandangan, lukisan rasa indah dijiwa, satukan rasanya dalam doa, agar tenang segalanya di mata hati kita.…amin
.................
sumber:
http://kasihanda.wordpress.com/2008/03/28/lakaran-kasih/#comments

Monday, October 5, 2009
Kutiplah hikmah
Peringatan buat diriku dan anda sekalian...
jangan bersedih....
ingatlah...
..................................
Orang cerdik akan berusaha merubah kerugian menjadi keuntungan.
Sedangkan orang bodoh akan membuat suatu musibah
menjadi bertumpuk dan berlipat ganda.
Ketika Rasulullah s.a.w. diusir dari Makkah menetap di Madinah
dan kemudian berhasil membangunnya madinah
menjadi tempat yang sangat akrab di telinga dan mata sejarah.
Ahmad ibn Hanbal..
pernah dipenjara dan dihukum dera,
dia kemudian menjadi imam salah satu madzhab.
Ibnu Taimiyyah pernah di penjara,
tetapi justru di penjara itulah,
dia banyak melahirkan karya.
As-Sarakhsi pernah dikurung di dasar sumur selama bertahun-tahun,
tetapi di tempat itulah
dia berhasil mengarang buku sebanyak dua puluh jilid.
Ketika Ibnul-Atsir dipecat dari jabatannya,
dia berhasil menyelesaikan karya besarnya
yang berjudul Jami'ul Ushul An-Nihayah,
Ibnul-Jawzy ia pernah diasingkan dari Baghdad,
dan karena itu,
dia menguasai qiraah sab'ah.
Malik ibn ar-Raib adalah penderita suatu penyakit,
namun ia mampu melahirkan syair-syair yang sangat indah
dan tak kalah dengan karya-karya para penyair besar zaman Abbasiyah.
Begitulah,
ketika tertimpa suatu musibah,
Anda harus melihat sisi yang paling terang darinya.
Ketika seseorang memberi Anda,
segelas air lemon,
Anda perlu menambah sesendok gula ke dalamnya.
Ketika mendapat hadiah seekor ular dari orang,
ambil saja kulitnya yang mahal,
dan tinggalkan bahagian tubuhnya yang lain.
Ketika disengat kala jengking,
ketahuilah bahwa sengatan itu sebenarnya memberikan kekebalan
pada tubuh Anda dari bahaya bisa ular.
Kendalikan diri Anda dalam berbagai kesulitan yang Anda hadapi!
Dengan begitu,
Anda akan dapat mempersembahkan bunga mawar dan melati yang harum kepada kami...
~ salam kasih sayang.

Friday, October 2, 2009
September ini
September 2009
Sept ini,
seperti dahulu,
airmata ku mengalir terus,
saat perpisahan meluru,
malu, bisu, sayu.
Sept ini,
ku lepaskan kamu,
pintu hati kasih telah tertutup,
saat kata dilafazkan,
redha pasrah bersambut.
Sept ini,
telah ku tulis,
rindu kasih tetap mengalir
keikhlasan doa keagungan kasih
merubah takdir..
Sept ini,
datanglah tenang,
tirai kasih berhamparan,
saat pertemuan rindu,
hanya Allah cinta kasihku.
Sept ini,
aku telah kembali,
usah duka merantai hati,
ku pohon nurkasihMu Ilahi,
menyuluhi relung hati.
~kasihsayang
.....................................
Sampaikan kabar gembira kepada malam hari bahwa sang fajar pasti
datang mengusirnya dari puncak-puncak gunung dan dasar-dasar lembah.
Kabarkan juga kepada orang yang dilanda kesusahan bahwa, pertolongan
akan datang secepat kelibat cahaya dan kedipan mata. Kabarkan juga
kepada orang yang ditindas bahwa kelembutan dan dekapan hangat akan
segera tiba...oleh itu syukurlah...kita masih bernyawa..

Thursday, October 1, 2009
Bila diri disayangi
Bila Diri Disayangi
Ukays - Bila Diri Disayangi.mp3
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

~kasih
dari puncak kasih sayang.
....................................
entah kenapa tiba-tiba suka lagu ini ....yaa...semoga menjadi satu doa dan mendapat keberkatan..sesungguhnya keikhlasan doa....keagungan kasih... merubah takdir. amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!