Salam sayang...
lama kasih tidak pulang,
menghantar rindu
melepaskan dendam,
hati kasih tidak tenteram
dalam hari-hari,
kadang kasih muram.
Salam kasih,
lama kasih tidak merintih,
membawa hati,
merajuk rayu,
lalu kasih jadi malu,
dalam hari-hari,
kadang kasih sedih.
Salam rindu,
lama kasih diam membisu,
pasrah dalam restu,
merawat rasa,
mencari redha Allah,
dalam hari-hari,
kasih pasrah
~kasih sayang..
.................
nota kasih.
aku mula belajar untuk tidak membuat andaian, aku ditegur kerana banyak membuat andaian...Sekarang aku baru sedar bahawa andaian adalah persangkaan yang berkemungkinan merosakkan hati, sedang kita sendiri tidak tahu kesohehan kebenaran persangkaan. Tak baik membuat persangkaan demi persangkaan.. sedangkan siapalah kita untuk menghukum seseorang. Lebih baik kita bertanya jika ada kekeliruan dan kelak pastinya kita mendapat jawapan, jawapan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan.
pada satu sisi bertanya dapat meleraikan masalah..insyaAllah.
................
"belajarlah untuk menjadi pendengar yang baik bukan peleter yang hebat.."
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment