Hari ini...
mengapa suram matahari,
tiada bercahaya bagai dulu,
apa salah ku pun tak tahu...
Hari ini..
ke mana pergi semangatku,
tiada bertenaga bagai dulu,
apa dosa ku pun tak tahu..
Hari ini..
ke mana hilangnya cintaku,
tiada berita bagai dulu,
apa masalahnya ku pun tak tahu.
Hari ini..
Tuhan sahaja yang tahu,
dalam jaga dan tidurku,
dalam doa dan rintihku.
Wahai Allah...
tunjuki dan hidayahi daku,
kembalikanlah semangatku,
untuk menghabiskan pengajianku.
~ amin ya rabal 'alamin
salam kasih sayang.
Suatu hari...
saya nak cakap dengan awak,
suatu hari,
saya nak jumpa dengan awak,
suatu hari,
saya nak makan dengan awak,
suatu hari itu sangat indah.
Jika hari itu sudah tiada...
tak mengapalah..
mungkin saya sudah tiada.
awak ada...
awak doalah buat saya
semoga saya tenang di sana..
selamanya.
~kasihsayang.
Mak kata ...
belajar abc
datuk kata ...
belajar abcde
Apa itu abc,
A - avent
B - beliave
C - consiquence
Emm..aku tak faham..
datuk kata lagi,
D - dispute
E - effective thinking..
Sekarang aku mengerti,
A - lihat apa isunya,
B - kenalpasti apa kepercayaannya,
C - kesan kepada tingkahlaku dan emosinya.
Datuk kata,
D - berhujjah denganya tentang kepercayaannya.
ubah kepercayaan negatif kepada positive thinkingnya
E - pemikirannya rasional semula.
Sekarang dia dah rasionla tak da masalah.
mak gembira..
datuk kenyit mata,
aku bahagia....
~salam kasih sayang.
Salam..
kasih sayang
semoga sabar dalam usaha,
semoga sabar dalam bekerja,
semoga sabar dalam ibadah,
InsyaAllah, diberi keberkatan oleh Allah.
~salam sayang.
Salam,
Sekadar renungan...
Pagi yang tak pernah jemu datang,
Pagi yang sentiasa memberi hari baru buat alam,
Pagi yang ada dhuha untuk insan.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah
yang kamu dustakan?
Salam peringatan...
Salam kasih diingatan.
Salam rahmat Allah berkekalan..
Amin..
Salam sayang...
lama kasih tidak pulang,
menghantar rindu
melepaskan dendam,
hati kasih tidak tenteram
dalam hari-hari,
kadang kasih muram.
Salam kasih,
lama kasih tidak merintih,
membawa hati,
merajuk rayu,
lalu kasih jadi malu,
dalam hari-hari,
kadang kasih sedih.
Salam rindu,
lama kasih diam membisu,
pasrah dalam restu,
merawat rasa,
mencari redha Allah,
dalam hari-hari,
kasih pasrah
~kasih sayang..
.................
nota kasih.
aku mula belajar untuk tidak membuat andaian, aku ditegur kerana banyak membuat andaian...Sekarang aku baru sedar bahawa andaian adalah persangkaan yang berkemungkinan merosakkan hati, sedang kita sendiri tidak tahu kesohehan kebenaran persangkaan. Tak baik membuat persangkaan demi persangkaan.. sedangkan siapalah kita untuk menghukum seseorang. Lebih baik kita bertanya jika ada kekeliruan dan kelak pastinya kita mendapat jawapan, jawapan itu ada kesahan dan kebolehpercayaan.
pada satu sisi bertanya dapat meleraikan masalah..insyaAllah.
................
"belajarlah untuk menjadi pendengar yang baik bukan peleter yang hebat.."
Ingatlah kasih...
Ketika diri Anda diliputi kesedihan dan kegundahan, berbuat baiklah terhadap sesama manusia, niscaya Anda akan mendapatkan ketenteraman dan kedamaian hati. Sedekahilah orang yang papa, tolonglah orang-orang yang terzalimi, ringankan beban orang yang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, jenguklah orang yang sakit, dan bantulah orang yang
terkena musibah, niscaya Anda akan merasakan kebahagiaan dalam semua sisi kehidupan Anda!
Perbuatan baik itu laksana wangian yang tidak hanya mendatangkan manfaat bagi pemakainya, tetapi juga orang-orang yang berada di sekitarnya malah manfaat psikologi dari kebajikan itu terasa seperti ubat-ubat yang tersedia kepada orang-orang yang berhati baik dan bersih.
Menebar senyum manis kepada orang-orang yang "miskin akhlak" merupakan sedekah jariah juga...
Wahai orang-orang yang merasa terancam oleh himpitan kesengsaraan, kecemasan dan kegundahan hidup, kunjungilah taman-taman kebajikan, sibukkan diri kalian dengan memberi, mengunjungi, membantu, menolong, dan meringankan beban sesama insan. Dengan semua itu, niscaya kalian akan mendapatkan kebahagiaan dalam semua sisinya, rasa, warna, dan juga hakikatnya...berbuat baik kepada orang akan melapangkan dada..
sejenak di rendang kasih.......................................nota kasih:"
Bunuhlah setiap waktu kosong dengan 'pisau' kesibukan! Dengan cara itu, doktor-doktor dunia akan berani menjamin bahwa Anda telah mencapai 50% dari kebahagiaan. Lihatlah para petani, nelayan, dan para kuli bangunan! Mereka dengan ceria mendendangkan lagu-lagu seperti burung-burung di alam bebas. Mereka tidak seperti anda yang tidur di atas katil empuk, tetapi selalu gelisah dan menyeka air mata kesedihan." ~Aidh al Qarni
Tatkala cinta datang...
jika keyakinan kuat tertanam di jiwa,
kukuh bersemayam di dalam hatinya,
tiap bencana kan jadi kurnia,
tiap ujian menjadi anugerah,
tiap peristiwa menjadi penghargaan dan pahala.
tiap kata menjadi pendorong segala
tiap kesulitan menjadi nikmat,
tiap derita terselit bahagia,
itulah rahmat kasih Allah..
Tatkala cinta pergi...
rasionalkan minda kasih,
jangan menahan tembok yang mahu runtuh,
jangan membendung air yang mahu meruap,
jangan menahan angin yang mahu bertiup,
jangan memelihara kaca yang mahu pecah,
yang telah tergaris akan terjadi, semua ketentuan akan berjalan,
semua keputusan akan terlaksana,
itulah takdir kasih Allah.~kasih sayang.....................................nota kasih:
Kebajikan itu sebaik namanya, keramahan seramah wujudnya, dan kebaikan sebaik rasanya. Orang-orang yang pertama kali akan dapat merasakan manfaat dari semua itu adalah mereka yang melakukannya. Mereka akan merasakan "buah"nya seketika itu juga dalam jiwa, akhlak, dan nurani mereka. Sehingga, mereka pun selalu lapang dada, tenang, tenteram dan damai jiwa.
Sayang....
Bukan salah kamu bila aku jadi yang terbuang antara yang belum hilang. Biarpun jasadku hancur, doa yang pernah ku utus ke dada langit, mudah-mudahan ia akan terus berlegar di muka bumi.
Kasih sayang yang kutulis bersama rasa cinta dan luka, yang tak dapat ku luah dengan kata-kata, tak dapat ku ucap dengan bibir. yang tak dapat ku buktikan dengan apa-apa selain daripada sedalam cinta yang kurasa.
Apabila dedaun senja mula berguguran di sepanjang pelabuhan tika malam tiba untuk menunaikan janjinya.... aku tetap lah aku, meniti hari bersulam tangis bersama sebuah rasa yang terbenam ke dasar bumi.... Biarpun telah ku serah tanda rasa, sebuah cinta yang tak kesampaian di dunia, berguguran bagai titis air mataku yang jatuh ke gigi air. lalu hanyut bersama buih-buih dan tenggelam ke laut dalam.
Akan ku usung jenazah cinta untuk berangkat dari pelabuhan senja, melewati batasan akhir garis wajahmu yang menyilang di pelupuk mataku! Hingga tiba masa terakhirku.... pun hatiku tetap juga ingin menantimu, menanti rahmat Allah untuk hidup bersamamu....
Aku tidak pernah membuangmu wahai cintaku...
tetapi akulah yang terbuang di antara yang belum hilang....
sayang kasih
....................
semoga tuan hamba tenang dan selamt di mana pun berada..bila mana ketidakberdayaan aku menjagamu...hanya aku menadah tangan...bermohon, merintih merayu...
Wahai Allah! Wahau Tuhanku....
jagalah dia dikala penjagaanku tak sampai kepadanya
Sayangi dia dikala rasa sayangku tak mampu merangkulnya
dalam dakapan yang nyata.
Muliakan dia dikala penghargaanku tak terangkum
dalam kata yang bersahaja....
Dan....
Kerana Engkau punya segala yang tak ku punya,
maka Engkau penuhilah segala permintaannya.
ameen.
rindu kasih..
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!