topbella

Saturday, May 30, 2009

Ingatlah..

Aku dengar ceramah suatu hari...
Ustaz kata...

Jin itu menipu manusia,
Apa yang jin buat untuk menipu manusia?

1. Mengajar supaya manusia itu kufur/ syirik kepada Allah.
2. Membiarkan manusia agar membuat bidaah dan tidak bertaubat.
3. Leka dengan masalah.
4. Leka dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah kemudian tidak mengaji Quran..
5. Digodanya dengan perasaan marah, kerana dengan marah itu adalah pintu untuk syaitan dan jin masuk.
6. Tidak merasa redha, sedih, frust, dan akhirnya ingin bunuh diri. Maka berjayalah misi jin itu untuk menyesatkan manusia..


nota kasih:
Jauhilah marah dan prasangka buruk kerana marah dan prasangka buruk itu pintu untuk jin syaitan masuk. Jangan buka pintu untuk mereka masuk dan tinggal dalam hati kita...penuhi hati kita dengan ZIKRULLAH kerana dengan mengingati ALLAH hati akan tenang....
semoga Allah terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua untuk sentiasa nampak keagongan, kekuasaan Allah dan bersyukur. amin.

Friday, May 29, 2009

Istimewa untukmu...

Hari ini..
entah kenapa walau banyak kerja...apakah aku tidk pandai mengurus masa?, kenapa terasa seperti tak pandai nak buat kerja...atau kerana cuti baru bermula, masih ada 2 minggu lagi kira-kira masanya...oh...saujana kerna yang berlonggok-longgok...ah..serabut sungguh..jemputan kenduri, aktiviti internship, temu janji di hospital..problema..peribadi dan hati...hehehe..aduh padat dan penuh..!

aku baca YM ...
abang dj radio kita kata, skrip dah di emailkan ke email mscsp, emm. ma kasih.jap gi aku baru nak buka..Aku rayau kat blog kasih...tah tak tahu apa nak tulis..tandus idea rasanya..aku cari doa..doa tenang hati, doa mudah urusan..kat web. Aku tinjau2 jenis kete...HONDA CIVIC ka..HONDA CT baru..kalau ada duit teringin nak beli...hehehe. pas rayau2..tak tahu nak buat apa..teringat nak buka email...tengok skrip abang dj radio kita tu.....Heheheh..ada dua email je dalam tu...sememangnya email ni baru je buat jarang guna lagi....aku buka email "ISTIMEWA UNTUKMU"...emm dengar bukan main..suka, cam orang bercinta je bunyi...., tak la.. Tetapi sebenarnya itu, laman penulisan 2u..aku baca2, bagus..artikel ni...tu la aku pastekan kat bawah ni agar ia menjadi panduan kepada kekawan semua..

10 Nasihat Untuk Memahami Maksud Al Quran
http://istimewa2u.blogspot.com/2009/05/10-nasihat-untuk-memahami-maksud-al.html
Posted: 25 May 2009 12:14 PM PDT

Ketika malam bertukar menjadi pagi, kucoretkan tulisan ini sebagai nasihat bagi yang sudi, untuk dipraktikkan bukan sekadar teori, agar Al Quran dibaca lalu difahami. Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab. Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.

1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli...Untuk membaca artikel seterusnya, Klik pada tajuk artikel di atas...
semoga terhibur yah....
.........................
nota kasih...
sebenarnya masuk laman tersebut,siapa yang berminat boleh daftar agar dikirimkan artikel ke email masing2..tu la yang aku dapat artikel telah diceritakan tadi...cuba laaaa...

Moga hati tenang

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.

DOA TERANG HATI...
"Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku"

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

Wednesday, May 27, 2009

inikah ketentuan.

dalam banyak2 baju...
mengapa baju itu yang kau pilih?

dalam banyak2 rasa...
mengapa rindu yang menyapa?

dalam banyak2 orang...
mengapa dia yang kau sayang?

dalam banyak2 perkataan,
mengapa bahagia yang kau idamkan?

dalam banyak2 sahabatmu,
mengapa dia yang kau tunggu?

mengapa dan kenapa,
kamu masih menjadi perindu?

mengapa dan kenapa,
kesedihan sering bermaharajalela?

mengapa aqal diam membisu,
membiarkan hati melayan sendu,

itukah takdir dan waktu
kado dan kadar ketentuan buatmu!

namun kamu mampu membuat pilihan,
kerana akal telah diberi Tuhan.!

Allah hanya ingin melihat keikhlasan,
hamba-hambaNya yang mengaku beriman.

sabarlah kasih sayang...
kerana orang yang sabar dikasih Tuhan

~kasih.~

ilusiku

bayu datang,
aku tahu bayu datang,
ia menyentuh pipiku
tapi mengapa ia tak kelihatan,
aku pasti bayu ada,
kerana aku rasa.

kasih datang,
aku tahu kasih datang,
ia menyentuh hatiku,
tapi mengapa ia dalam kenangan,
aku pasti kasih rindu,
kerana aku sayu.

rindu datang,
aku tahu rindu bertamu,
ia tak pernah memberitahu,
tapi mengapa ia rindu membisu,
itulah yang terbaik buatku.
kasih diam malu.

........................
nota kasih:
salam bahagia salam kasih sayang...sesungguhnya puisi ini adalah ilusi kasih sahaja sekadar berbicara tentang kasih, rindu dan sayang...kadang tiada perkara sebenarnya dalam minda kasih, kadang ilham datang tidak di minta, sekadar mencorek kadang apa yang di dalam mimpi dan bukan dalam realiti...oh itukah minda penulis, Pak darwis pernah berkata, tatkala mahu menulis puisi atau cerpen masukkan apa2 pengalaman sendiri atau orang lain, atau apa yang kamu reka..hehehe..itulah yang kasih reka sebenarnya...jangan ada yang marah2...ya..dalam hidup kita ni eloklah kita sentiasa belajar untuk ceria, agar tiada masa untuk kita berduka, amatlah rugi kalau dalam hidup ini dipenuhi dengan rasa dukalara yang menyusahkan hati dan jiwa sahaja...jika ada salah silap maafkanlah...

Ingat..

ingat...
kita hanyalah,
kiriman utusan,
untuk membantunya,
membuka pintu yang tidak kelihatan,
dialah yang membuat pilihan.

ingat...
kita bukanlah,
untuk menanggung pemasalahan,
atau dipertanggungjawaban,
atas segala urusan,
dialah sendiri menyelesaikan.

ingat...
kita ini,
adalah insan serba kurang,
usah buat andaian-andaian awal,
usah buat pelabelan terhadap seseorang,
semua kita sama di sisi Tuhan.

~salam kasih sayang..

Prasangka itu..

Prasangka itu,
amalan keji,
tetapi selalu dipraktik,
tanpa bukti,
memakan diri..

Prasangka itu,
amalan syaitan,
tetapi selalu dilakukan,
menjahanamkan insan,
membunuh kepercayaan.

Prasangka itu,
duri halus,
api dalam sekam,
memakan amal,
harus dielakkan.

~salam kasih sayang
.
................
nota kasih:
kita ni manusia, fitrah manusia itu baik, sebaik2 ummah, sebaik2 makhluk, punya perasaan, tinggi keimanan, kasih sayang...tetapi bilamana manusia itu yang punya akal dimasuki syaitan, dipengaruhi syaitan, bertopengkan syaitan, maka manusia telah bertukar dari rupanya, perkataannya, pengamalannya berbeza dari fitrahnya insan. Wahai Allah bantulah kami menjadikan kami manusia sebagaimana fitrahnya yang telah Engkau tetapkan sebaik2 kejadian..dan sebagai hamba Allah yang beriman.

Saturday, May 23, 2009

Cinta Agung

Cinta Agung
Munsyid : Diwani

Ya Allah engkau tuhanku
Tiada tuhan melainkan engkau
Engkau cinta agungku
Nabi Muhammad pesuruhmu

Ya Allah engkau sumber bahagia
Engkaulah keselamatan
Ya Allah engkau sumber keamanan
Engkau adalah segalanya

Ya Allah engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit kau sembuhkan
Di waktu lapar kau beri makan

chorus
Ya Allah engkau cinta agungku
Cintaku haraplah di balas
Ya Allah engkau cinta agungku
Janganlah cintaku tidak di balas

Jangan biarkan aku tanpa bimbingan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

~kasih

Amani

Amani

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

~kasihsygabadi~

Teori REBT (abacd)


Mak kata ...
belajar abc
datuk kata ...
belajar abcde

Apa itu abc,
A - avent
B - beliave
C - consiquence

Emm..aku tak faham..
datuk kata lagi,
D - dispute
E - effective thinking..

Sekarang aku mengerti,
A - lihat apa isunya,
B - kenalpasti apa kepercayaannya,
C - kesan kepada tingkahlaku dan emosinya.

Datuk kata,
D - berhujjah denganya tentang kepercayaannya.
ubah kepercayaan negatif kepada positive thinkingnya
E - pemikirannya rasional semula.

Sekarang dia dah rasionla tak da masalah.
mak gembira..
datuk kenyit mata,
aku bahagia....

~salam kasih sayang.

Wednesday, May 20, 2009

Jangan stress lagi...

Kadang...
aku pun beremosi,
awak berfikiran tak rasional,
diapun kuat cemburu..
aku pun suka merajuk,
jiwa pun terasuk.

Bila...
jiwa aku beremosi,
pemikiran kamu tak rasional,
hati awak mula cemburu.
hidupmu umpama dibelenggu,
aqal dibelit nafsu.

Tanya sendiri...
tunjuk pada aku,
bukti pada diri awak,
bukti kepada dia,
bukti pada orang lain..
bukti kepada dunia.

Bahawa...
awak harus disayangi !
awak dapat apa yang diharapkan !
awak sempurna selalu !
awak dapat menghukum orang lain.!
awak dapat semua itu !

Tunjukkan bukti,
pergilah cari bukti...
pasti awak tidak akan dapat....
oleh itu eloklah lupakan sahaja,
terimalah hakikat diri anda seadanya,
jadi jangan stress lagi kerananya.

~salam kasih sayang.

Sunday, May 17, 2009

Kau Guruku

Walau hanya perkataan,
walau hanya perlakuan,
walau hanya pandangan,
kaulah guruku,
pelita hidupku,
menerangi malamku.

Barangkali..
aku akan mengingatimu,
selama hayatku.
barangkali..
aku mengenangi jasamu,
seumur hidupku.

Sejahteralah guruku,
panjang umurmu,
murah rezekimu,
bahagialah hidupmu,
itulah doaku.
buatmu guru.


~salam kasih sayang..
16052009

Thursday, May 14, 2009

jiwa kasih

Memoir Rindu!
Ku renung bulan disebalik awan, ada sayu wujud di hati; Ku renung laut biru terbentang, ada pilu wujud di jiwa; Ku renung jauh kedasar hati, ada hampa datang bertamu; Ku renung kalimah CINTA dan RINDU, tiada namaku terukir di situ. ~ dari kitab perindu"

Dalam sayup pandanganku...
kau semakin jauh dan aku semakin sayu..
rindu tak berpenghujung,
rinduku tak pernah ada titik,
iakan terus berdesir...

kawan aku kata,
kalau Allah menguji kita susah,
itu tidak teruk sebenarnya,
tetapi kalau Allah menguji kita senang ,
itulah yang lebih teruk..
kalau kita susah,
itu maknanya kita lebih dekat, lebih ingat, lebih cinta Allah,
kerana kita sentiasa merintih, berdoa, meminta-minya agar Allah menyembuhkan sakit,
melepaskan segala kegelisahan di dada,
Allah sayang kita.!!

tetapi kalau Allah uji kita senang,sihat,
kadang kita lupa, alpa, tak sedar siapa yang memberi rezeki, siapa yang memegang nyawa kita, siapa yang berkuasa,
dan bila kita tidak sedar diri terhadap pencipta kita,
itulah yang lebih teruk sebenarnya.

Sungguh aku tidak mengerti,
kenapa Allah memilih aku untuk ujian yang sebegini,
mungkin kerana Allah mahu mengajar aku,
sungguh segalanya itu dalam pengetahuan, dalam keizinan dan dalam kekuasan Allah,
aku tak berdaya membuatkan orang kasih cinta kalau tiada cinta kasih dalam hatinya,
cinta kasih itu milik Allah..
hanya aku harus belajar agar tidak berprasangka,
kerana tanpa prasangka dunia kita kan lebih indah,
dan melekat kasih sayang Allah.
selamanya..

salam kasih sayang semoga hati kasih tenang..amin

Saturday, May 9, 2009

Sujudlah kepada Allah

Takdir Allah..
ia indah belaka,
walau sebagaimana rupa,
walau sebagaimana datangnya
semuanya berhikmah.

Takdirmu susah,
takdirmu bahagia,
sedang kita di dalamnya,
hanya Allah mahu mengajar kita.
hanya padaNya kita berserah.

Sungguh...
Allah mahu kita mengenaliNya,
Allah mahu kita mengakui,
Dialah TUHAN yang layak di sembah.
hanya DIA yang berkuasa.

Kau dan aku..
jika kita beriman,
pasti di sana ada pertolongan,
jangan berputus asa,
rukuq dan sujudlah kepada Allah.

Aku dan kau,
usah ada prasangka buta,
prasangka itu permainan syaitan,
memakan amal umpama api dalam sekam.
marilah kita bermaafan.

~kasih sayang.
..............................................
nota kasih:
aku berkata kadang apa yang kita harap dan kita minta kita dapat ia jua takdir Allah...tetapi ada jua kadang-kadang kita tidak minta tetapi ia datang itu jua takdir Allah Taala. lalu redhalah apa jua yang ada apa jua yang datang kerana kita ini sungguh insan yang tak berkuasa, hidup kita, nyawa ini, script hidup kita telah ditentukan Allah hanya kita sekarang menjalaninya mengikut rentetan episod yang telah disediakan...
semoga kita semua bersyukur dan redha apa saja dalam hidup ini...

Tuesday, May 5, 2009

pepohon kasih

Pepohon kasih,
tumbuh suburlah...
meski tiada yang menyiram.


Pepohon kasih,
hadirmu kerana Allah,
hidupmu untuk Allah.


Pepohon kasih,
tetaplah teguh berdiri,
walaupun dipukul tsunami.


Pepohon kasih,
janganlah goyah lagi,
meski dilanda kemarau perit,


Pepohon kasih,,
percayalah cinta kasih langit,
memayungimu tiap detik.

~kasih.

Sunday, May 3, 2009

tenanglah kasih

rintik hujan,..
membasahi bumi,
anugerah cinta langit yang tak terperi.

rintih kasih...
menyelubungi hati,,
dengarkanlah wahai yang Maha Pengasih..

kasih ini..
hadiah dan anugerah Ilahi..
titipkan kami redha dan ketulusan hati.

~kasih sayang.

Friday, May 1, 2009

Tetamu kasih

Dalam kesibukanku
sesekali kasih di pondok rindu,
salju tenang turun dari gunung,
nyaman bayu mengelus sayu,
bunga cinta mengharum.
.


Dalam keasyikan,
dalam pandangan dan renungan,
umpama bebayang kasih sayang,
berdiri senyum di hadapan.
aku jadi tidak keruan
.

Kaukah itu,
tetamu kasih yang dulu,
singgah sebentar menghantar salam,
meninggalkan aku cebis-cebis kenangan,
kini masih bergantungan.


Rupanya di sini,
ada air mata yang tak pernah kering,

ada mutiara kasih nan putih,
ada keinsafan yang mengalir,
tersentuh hati kasih..

Dalam nurkasihNya,
takdir cinta langit dan buminya,

rahmat kasih Allah yang melimpah,
kami ini hambaMu yang lemah,

rahmatilah kami semuanya.

~kasih sayang.
.......................
nota kasih:
tatkala kasih mula jatuh cinta...hehehe, apa yang orang kata tidak pernah didengarinya, apa yang orang nasihat tidak pernah dipeduli, apa yang orang rasa tidak pernah mahu disisip..hanya kasih dengan dunianya, hanya kasih dengan sayangnya, hanya kasih dengan hatinya...Lalu tatkala ujian datang mencuba, kasih mendapat pengajaran dari Tuhannya, sungguh Allah pengasih lagi maha penyayang, memberikan kita cubaan sekadar kesanggupan, memberikan kita hikmah yang cantik dalam cubaan, memberikan kita tempoh dan penangguhan...

Walau perjalanan kita telah ditentukan, namun doa menjadi senjata yang tajam, doa jua adalah kekuatan dan kehebatan, hanya doa dapat mengembalikan insan kepada kebenaran dan ketakwaan..Terima kasih dan alhamdulillah atas kehadiran aku di perjalanan ini sehingga aku dapat mengenali cinta kasihMu yang hakiki....sungguh Allah mengkhabulkan segala permintaan, tetapi kerana kita ni bersifat alpa maka kadang kita tidak sempat mengira semua apa yang telah dikurniakan Allah...Jika Allah tidak mengurniakan permintaan...selidiki dulu apakah di sana ada keikhlasan yang menyebabkan permintaan kita tertangguh dan kita di dalam ketidaktenteraman.

Semoga Allah mengurniakan ketulusan hati dalam tiap perkataan..ikhlas tiap amalan, redha tiap ketentuan, sabar dalam kehidupan...salam kasih sayang..salam penuh kesedaran..semoga kerinduan kita semua menemui hakikat kecintaan yang sebenar iaitu cinta kasih kepada Allah Tuhan seru sekalian alam. amin.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN