Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.

Friday, June 21, 2013
AKU, KAU DAN PUISIKU...
AKU, KAU DAN PUISIKU....
maaf kepada pembangun laman ini,
maaf kerana mengutip foto di laman anda yang cantik ini,
maaf kerana tidak meminta izin terlebih dahulu...
maaf atas segala khilafku..
sungguh apa ja yang kita buat,
sungguh apa yang kita rasa..
sungguh apa yang orang buat kepada kita,
semuanya dengan izin Allah Taala,
sungguh saat mata memandang alam yang indah
sungguh saat telinga mendengar berita,
sungguh saat mulut berkata-kata,
semuanya dengan kehendak Allah
terima kasih ya Allah,
terima kasih ya Rahman,
terima kasih Ya Rahim,
atas segala nikmat dan rahmatMu kepada kami..
ruhi abiddin ' 2013
21062013 Jumaat yang indah
............................
nota kasih:
........................................................................kek prune yang sedap...alhamdulillah..
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Thursday, June 20, 2013
selamat hendaknya..
assalamualaikum wbt
lama juga aku tidak menulis...
lama juga aku menyepi..
lama juga tanpa berita sunyi..
kenapa ya...
inilah pusingan roda hidup kita,
takdir kita yang terindah
apa aja yang terjadi
syukurlah..redhalah alhamdulilah,
semuanya berhikmah...
salam kasih sayang
semoga semua baik-baik aja
sejahtera dalam ketaatan kepada Allah.
perjalanan kita..
hampir ke penghujungnya,
marilah kita bersiap siaga..
amin ya rabbal alamin..
19062013
...............................
nota kasih:
.......................................................................................................selamat.
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Saturday, May 11, 2013
Tentang hati aku...
hati seorang perempuan....kan rapuh
pada tiap rayuan..
hati seorang ibu...kan nyilu...
pada tiap tangisan..
hati seorang isteri..kan beralah...
pada tiap permintaan..
hati seorang aku..kan.tegar..
pada tiap ketentuan..
sudah terantuk...sakit
sehingga kini masih terasa.
terima kasih ya Allah
kerna menyedarkan hamba,
andai ini suratan takdir kita
aku redha dan berserah
ini jua suatu anugerah.
ruhiabidin
11052013
...................................
nota kasih:
Salam kasih sayang...semoga awak sihat...selamat berada dalam bulan Rejab, Syaaban dan semoga dapat berada ke bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengn keberkahan dan keampunan..Antara kita banyak kenangan lalu...indah sangat kenangan itu...pernah ada senikata lgu lalu berbunyi..
"Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar"
.KENANGAN MENJADI PENAWAR RINDU......betul kenangan itu menjadi penawar di kala rindu...
Ada ustaz kata...di padang mahsyar nanti kita akan bersama orang yang paling kita kasih di dunia...aku percaya...itu ...ya aku percaya itu...kerana kadang kala kamu datang dalam mimpi aku...itu.jua penawar rindu.....heheheeh..terima kasih kerana memberi aku sandarannn....
Sekian dari kejauhan..semoga selamat segala urusan...salam bahagia di mana jua berada...aaamin.
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Thursday, April 4, 2013
Berdoalah Allah mendengar doa kamu...
.
....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
LA ILAHA IL ALLAH,
NABI MUHAMMAD RASUL ALLAH.
Semoga yang gelap bisa cerah kembali,
semoga yang sakit bisa sembuh kembali,
semoga yang lekat bisa lekang nanti,
semoga yang jahat bisa jadi baik..
semoga syaitan itu bisa jauh dari hati..
semoga iman menetaplah ke dalam hati ini.
semoga jangan goyah lagi..
aaamin..
ruhi_abidin
04042013
.......................................................................................
ijib doa ana..
....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Wednesday, April 3, 2013
KASIH ITU
aku kenal kamu,
aku tahu kamu sayang aku..
aku baca tingkahlaku kamu,
aku tahu kamu ingat aku,
aku selalu fikir kamu,
aku tahu kamu tak lupa aku,
aku senyum sewaktu pulang,
kerana pintu pagar telah terbuka terbentang.
aku senyum sorang-sorang,
aku perasan abang sayang.
ruhi abidin
03042013
.....................
nota kasih:
Perasaan CINTA itu dimulai dari MATA, sedangkan rasa SUKA dimulai dari TELINGA.
Jadi jika kamu mahu BERHENTI menyukai seseorang, CUKUP dengan menutup TELINGA. Tapi apabila kamu Coba MENUTUP MATAMU dari orang yang KAMU CINTAI, cinta itu BERUBAH menjadi TITISAN AIR MATA dan terus TINGGAL DIHATIMU dalam jarak waktu yang CUKUP LAMA
Jangan SIMPAN kata-kata CINTA pada orang yang TERSAYANG sehingga dia MENINGGAL DUNIA , lantaran akhirnya kamu TERPAKSA catatkan kata-kata CINTA itu pada PUSARANYA . Sebaliknya UCAPKAN kata-kata CINTA yang tersimpan dibenakmu itu sekarang SELAGI ada HAYATNYA.
Mungkin TUHAN menginginkan kita BERTEMU dan BERCINTA dengan orang yang SALAH sebelum BERTEMU dengan orang yang TEPAT, kita harus mengerti bagaimana BERTERIMA KASIH atas KARNIA itu.
maaf...aku kutip dari laman ini.:http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-256270.html

Diari Nurkasih
salam kasih sayang..
seiring perubahan masa,
seiring meningkatnya usia kita,
seiring kesedaran di jiwa,
seiring dengan singkatnya dunia,
dulu aku bahasakan diri kakak,
sekarang panggilan makcik pulak diguna,
anak-anakku dah besar belaka..
wah, cepatnya kita menjadi tua,
dulu selalu kusebut adik kakak,
sekarang kena tukar kepada anak pulak,
baru betul kerana anak pun sebaya,
sungguh, masa begitu pantas putarnya..
dulu selalu berkepit dengan hp shaja,
sekarang hb sudah tidak menjadi rakan setia,
dulu hati dan jiwa tak tenteram,
sekarang aku sudah tenang..
dulu aku tak tahu aku ini siapa,
siang malam terasa gelap gelita,
sekarang aku sudah terjaga sayang
aku sedang berjalan pulang..
selamat malam
salam kasih sayang
03.04.2013
..................................
nota kasih:
maafkan aku andai aku tak pandang kiri dan kanan,
kerana aku hendak cepat pulang..
maafkan aku andai aku tidak menyahut panggilan
kerana hp aku selalu ketinggalan...
maafkan aku andai aku tidak punya waktu,
untuk menjadi aku yang dulu..
.coretan ini ku kutip dari: diari nurkasih

Monday, March 25, 2013
Perjalanan hamba...
Hidup ini antara siang dan malam...
Mati itu antara celik dan pejam...
Apalah dibanggakan dengan dunia,
andai kelak kita akan meninggalkannya...
...................................................................................................
Salam kasih sayang.Hari datang hari pergi,
masa meninggalkan kita sunyi,
tercorek kenangan cantik.
Suatu ketika
kita pernah berbicara
dalam utusan warkah tinta.
Dunia kita berputar
tanpa sedar tanpa diminta
sungguh janji Tuhan tetap terlaksana.
Terima kasih ya Allah,
terima kasih atas segalanya,
kerna memanjangkan usia hamba.
Hari ini sedarlah hamba,
perjalanan ini adalah satu tempoh,
menuju ke Alam Baqa'
ruhi abidin'.
25032013..2.45
.....................
nota kasih sayang:
Mati itu sahabat...
dia mengikutmu walau terkadang kamu melupainya,
berkenalanlah dengannya sebelum dia menemuimu,
Mati membawa kita bertemu dengan pencipta kehidupan,
Mati bagi merehatkan para syuhada yang penat bertempur di medan fi sabilillah..
~Tinta Mohd. Noor Fikrie.~(Ahli JI yang mati di tembak)
..............................................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Subscribe to:
Posts (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

.jpg)

.jpg)

.jpg)