salam kasih sayang..
seiring perubahan masa,
seiring meningkatnya usia kita,
seiring kesedaran di jiwa,
seiring dengan singkatnya dunia,
dulu aku bahasakan diri kakak,
sekarang panggilan makcik pulak diguna,
anak-anakku dah besar belaka..
wah, cepatnya kita menjadi tua,
dulu selalu kusebut adik kakak,
sekarang kena tukar kepada anak pulak,
baru betul kerana anak pun sebaya,
sungguh, masa begitu pantas putarnya..
dulu selalu berkepit dengan hp shaja,
sekarang hb sudah tidak menjadi rakan setia,
dulu hati dan jiwa tak tenteram,
sekarang aku sudah tenang..
dulu aku tak tahu aku ini siapa,
siang malam terasa gelap gelita,
sekarang aku sudah terjaga sayang
aku sedang berjalan pulang..
selamat malam
salam kasih sayang
03.04.2013
..................................
nota kasih:
maafkan aku andai aku tak pandang kiri dan kanan,
kerana aku hendak cepat pulang..
maafkan aku andai aku tidak menyahut panggilan
kerana hp aku selalu ketinggalan...
maafkan aku andai aku tidak punya waktu,
untuk menjadi aku yang dulu..
.coretan ini ku kutip dari: diari nurkasih
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment