Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Saturday, May 11, 2013
Tentang hati aku...
hati seorang perempuan....kan rapuh
pada tiap rayuan..
hati seorang ibu...kan nyilu...
pada tiap tangisan..
hati seorang isteri..kan beralah...
pada tiap permintaan..
hati seorang aku..kan.tegar..
pada tiap ketentuan..
sudah terantuk...sakit
sehingga kini masih terasa.
terima kasih ya Allah
kerna menyedarkan hamba,
andai ini suratan takdir kita
aku redha dan berserah
ini jua suatu anugerah.
ruhiabidin
11052013
...................................
nota kasih:
Salam kasih sayang...semoga awak sihat...selamat berada dalam bulan Rejab, Syaaban dan semoga dapat berada ke bulan Ramadhan. Bulan yang penuh dengn keberkahan dan keampunan..Antara kita banyak kenangan lalu...indah sangat kenangan itu...pernah ada senikata lgu lalu berbunyi..
"Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penanwar"
.KENANGAN MENJADI PENAWAR RINDU......betul kenangan itu menjadi penawar di kala rindu...
Ada ustaz kata...di padang mahsyar nanti kita akan bersama orang yang paling kita kasih di dunia...aku percaya...itu ...ya aku percaya itu...kerana kadang kala kamu datang dalam mimpi aku...itu.jua penawar rindu.....heheheeh..terima kasih kerana memberi aku sandarannn....
Sekian dari kejauhan..semoga selamat segala urusan...salam bahagia di mana jua berada...aaamin.
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

No comments:
Post a Comment