hari ni jalan-jalan gi dusun abang...
seronok nengok buah-buah yang ada atas pokok...
ya itulah rahmat kurniaan Allah,
Allah beri rezeki bukan untuk manusia sahaja,
tetapi juga untuk makhluk lain atas muka bumi...
masyaAllah...
ya..buah yang elok kita ambil kita makan...
dan yang buruk yang rosak berguna untuk makhluk lain...
masyaAllah..alhamdulillah..
dia stress..dengan kerja...dia susah hati..
dia stress dengan dunia.dia sedih.
dia .stress dengan manusia... dia merajuk hati
dia pergi hutan...lihat air terjun...lihat tumbuhan...lihat buah-buahan...
dia tengok ikan berenang dalam akuarium....dia jadi tenang.
sebenarnya dia tumpang ketenangan pada tumbuhan, pada ikan,
lalu hati dia turut tenang...
bukankah tumbuhan dan haiwan juga berzikir kepada Allah.
tempat yang orang berzikir akan diliputi rahmat Allah,
malaikat kembangkan sayapnya juga mendoakan mereka...
subhanallah...masyaAllah...alhamdullillah...
Tumpang bahagia lihat buah-buahan...hehehe...
suka nengok buah...di sana ada kebesaran Allah Taala, rezeki kurniaan Allah.
juga menunjukkan betapa Allah maha pengasih lagi maha penyayang...
masyaAllah..
salam kasih sayang.
07.07.2012
.....................
nota kasih:
Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.
sumber: hati bersih
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment