topbella

Tuesday, November 20, 2012

era tasbih

.....................
Salam kasih sayang.

Sentuh biji tasbih bulat tu..
Akan berubah bilangannya sehingga la jumlah yg kita pilih..

Boleh pilih jenis yg anda  hendak zikir.
Bolehlah pilih bilangannya samaada 33, 100 dlln.

Era teknologi...
Semoga ia dimanfaati
Dalam tidor dn jaga kita.

Aku ingin kongsi..
Ilmu baru bagi aku
Mungkin lama bagi kamu...

Tetapi ok ja lah sekadar
Merasai nikmat anugerah Allah
Untuk kita berzikirullah..

Ini namanya era tasbih.
Boleh ja download kat play store
Sumsung app semua ada.

Suka dengan app ni.
Ya memudahkan kita..
andai kiranya kita bermusafir misalnya...

Selamat mencuba..
semoga ceria-ceria dan bahagia,
itulah nikmat dan rahmat Allah Taala

Tqvm semua...
20112012
Ruhiabiddin

Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, November 15, 2012

Hamba yang beriman.

SALAM MA'AL HIJRAH,

Marilah berlumba-lumba untuk berhijrah..
Marilah berhijrah kepada kebaikan,
Marilah berhijrah kepada keampunan Allah,
Marilah berhijrah kepada keredhaan Allah,
Marilah berhijrah ke dalam petunjuk Allah,
Marilah berhijrah ke dalam cahaya hidayah Allah,
Marilah berhijrah ke dalam Rahmat Allah,

Jadikanlah sabar dan solat penolongMu,
semoga selamat untuk kamu..
semoga Allah meredhai masuk ke dalam jannahNya,
semoga Allah menjauhi kita dari azab api neraka.
semoga Allah menjauhi kita dari dukacita dan keluh kesah.
semoga kita menjadi  hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
semoga kita menjadi hamba yang sentiasa rukoq dan sujud kepada Allah.

aaaminn ya Allah
...................
 Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, November 12, 2012

Tersenyumlah...

Jangan bersedih...

Iliya Abu Madhi berkata dalam puisinya,

Dia berkata " Langit sedih dan terlihat murung"
Aku berkata, " TERSENYUMLAH"
Biarkanlah kemurungan itu ada di langit,

Dia berkata, "Kesamaran telah merasuk"
Aku berkata, "TERSENYUMLAH"
Dukacita tidak pernah kembali, sebab ia telah mati.

Dia berkata, " Malam-malamku berlalu dalam kepahitan,"
Aku berkata, "TERSENYUMLAH"
sungguh bintang-bintang pun tersenyum bersama anda..

Wahai sahabat,"janganlah sampai kesedihan kamu itu,
membuat mulut kamu terdiam..kelu.
kehidupan di dunia terasa bagai di penjara tetapi cerialah.....

Dia berkata, "Keceriaan tidaklah akan membuat keadaan menjadi lebih baik,"
Aku berkata, "TERSENYUMLAH"
Selagi hayat di kandung badan kamu masih hidup, sebab sudah lama kamu tidak tersenyum.

~ruhiabiddin
12112012
................................
nota kasih:

sungguh kita memerlukan kepada senyuman, 
wajah yang ceria,
 hati yang lapang,
 akhlaq yang menawan,
 jiwa yang lembut,
 dan keramahan.

jangan bersedih anda melalui kesedihan itu kelmarin, 
jangan besedih kerana sesuatu musibah kerana kesedihan hanya mencipta berbagai musibah lain,
jangan bersedih kerana kesengsaraan akan menambah kesusahan sahaja
jangan bersedih dengan cercaan orang kerana is cuma menguntungkan pihak musuh menyerang anda.

selamat ceria semula..tersenyumlah...

andaikata kamu sabar,...
andaikata kamu solat,
kamu selalu mendapat doa orang-orang yang soleh tiap solat mereka..
usahlah beredih atau berdukacita,
kamulah yang paling unggul andai kata kamu beriman dan bertakwa kepada Allah.
itu janji Allah Taala.

insyaAllah ...aaamin.
...........................
coretan ini aku peringati diri aku dan juga kamu..
semoga melekat di hati kamu...ingat tiada masa untuk kita bersedih..kerana hayat ini terlalu singkat...

Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, November 5, 2012

Ikrar kita..

Catatan seorang kawan.

Hari ini aku melawat seorang guru,
sahabat suami aku.
dia kena bedah,
ada pabroit dalam rahimnya...
dan telah dibuang rahimnya itu.
dah dua minggu dia terlantar di situ..
sian dia....

Aku lihat darah pada kain lapik tidornya,
dia kata itu darah tangannya,
wayar yang cucuk tangannya tercabut.
kedua-dua tangannya lebam-lebam dek jarum-jarum yang di tusuk..
sian dia.....

Dia begitu peramah
dia cerita tentang penyakitnya
aku mengangguk-angguk kepala tanda setuju..
aku dengar dia bercerita...
aku tahu.
lebih baik menjadi pendengar yang baik kepada orang sakit,
sian dia...

aku kata..
jangan lupa baca doa NABI YUNUS dalam perut ikan..
"La ilaha illah anta, subha naka inni kuntu minadholimin."
bacalah banyak-banyak.
semoga Allah permudahkan segala urusan kita,
semoga kita tak rasa sakit sangat walaupun sakit teruk..
itulah rahmat kasih sayang Allah..

Sungguh berdasar pembacaan aku..
sungguh dengan keberkatan doa itu,,
insyaAllah kalau orang sakit... akan sembuh,
kalau orang itu dah sampai akhir hayatnya ...
dia akan pergi dengan cepat atau tenang.
InsyaAllah, Allah permudahkan jalannya menemui Allah,

Ya..dia senyum..
semoga dia ingat pesan aku..
semoga dia sabar..
sungguh sakit itu anugerah Allah jua,
terkadang dengan sakit Allah ingin mengangkat darjat kita,
terkadang dengan sakit menjadikan kita lebih dekat denganNya,
terkadang dengan sakit Allah ingin mencuci segala dosa-dosa kita,
Allah maha pengasih lagi penyayang..
Allah menguji sekadar kemampuan hambaNya,
Allah akan beri yang terbaik buat kita kerana Dia lebih mengetahui segalanya.

Ya semoga dia cepat sembuh..
semoga dia cepat pulang ke rumah..
semoga sihat semula..
amin.

ruhi abidin.
04112012
............................
nota kasih:
aku kata pada suami aku...sungguh andai saja orang itu sihat, punya semua kemudahan dalam hidup, tetapi masih lagi merungut, masih lagi marah-marah, masih lagi cakap lepas tidak mahu bersyukur dengan apa yang ada..Maka datang saja ke hospital, lihat betapa banyak orang yang sakit....
Sungguh kita ini sebenarnya lebih beruntung daripada mereka kerana kita sekarang sihat...alhamdulillah..

Sungguh Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan agar kita selalu melawat orang sakit, banyak pahala jika melawat orang sakit dan mengingati mati..

Wahai Allah,
kekalkan kesihatan yang baik pada kami untuk kami beribadat kepadaMu,
sungguh solat kita, ibadat kita, hidup dan mati kita adalah kerana Allah...sedarkah itu...???...ya insyaAllah itulah ikrar kita tiap hari..semoga kita bersyukur dengan nikmat kesihatan ini..
.insyaAllah...Allah huakbar...La ilaha illallah.. Muhammad Rasulullah.
.....................
 Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, November 3, 2012

Tintakasih berlagu rindu




salam kasih sayang.

dalam hayat ini,
apa yang kita cari,
segala nikmat Tuhan beri..
hayat, keluarga, kesihatan dan kemudahan hidup,
tiap hari..

dalam sepi nyendiri,
apa yang kita cari,
nikmat dunia semuanya hilang pergi,
sungguh hanya rahmat cinta kasih Ilahi,
yang kita dambai.

dalam kesempatan yang sedikit,
marilah kita kembali,
kepada fitrah insan ke alam ini,
hayat ini, ibadat dan mati,
adalah kerana Ilahi.

~tintakasih
03112012
...................................
nota kasih sayang.

Allah berfirman: 

" Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah ampun kepadaNya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya, " al fushshilat ayat 6

wahai Allah ....
bantulah kami untuk kekal berada di jalan yang lurusMu, dan tunjukilah kami, tiap urusan hidup kami di dunia, Bimbinglah kami untuk membuat amalan soleh dan solehah yang Engkau redhai, Hiduplah kami, bahagiakan kami, mudahkanlah, matikanlah kami dalam islam agama yang Engkau redhai...amin.. 

.....................
 Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN