sampai bila pun aku dan kamu tetap memandang bulan yang sama..
semoga doa kamu dan doa aku bertemu di titik silang cinta..
semoga sejahtera bahagia makhluk di alam jagad semuanya...amin.
...........................................
di hujung-hujung..
hehehe..
selalu apa yang kamu mahu.
apa yang kamu kejar.
ya..di hujung-hujung..
hehehe..
selalu ada sisa-sisa.
tetapi itulah cinta..
emm..di hujung-hujung.
hehehe..
selalu ada senja merah.
pintu ibadah seorang hamba,
ya jua di hujung-hujung.
emm...
selalu ada ruhi
menunggu jasadnya..
ya dihujung-hujung,
ya dihujung-hujung,
kasih sayang..
selalu ada sendu hamba
mengharap redha Allah.
mengharap redha Allah.
~sslam kasihsayang
19032012.
...........................
nota kasih:
Selalu di hujung-hujung hari..kita akan menemui senja kemudian malam menjelma. Ada orang benci malam kerana gelap, ada orang suka dengan malam kerana banyak lampu dan malam adalah masa untuk berehat setelah penat seharian bekerja. Ada orang suka beribadat di tengah malam dan menangis mengenangkan dosa-dosa..Ya.sungguh, kita ini apa yang kita hajat, apa yang kita harap, apa yang kita doa..itulah kita sebenarnya...
Selalu di hujung-hujung begini...apa yang aku ingini. Apa yang aku harapkan. Aku tidak meminta banyak kerana aku faham keadaan kamu...Aku redha aku pasrah keadaan kita begitu. . Cuma aku berharap... sekali sekala kamu hantarlah berita kasih sayang kamu...hehehe. Sungguh berita kasih sayang itu penguat ruhku...menyegar jasadku....memberi motivasi pada hidupku. Ceria akan singgah semangat akan bertambah. Hari-hari aku bisa menjadi bahagia...ya..ada kamu bisa menjadikan aku lebih muda pada usianya...hehehe..Seumpama aku berada di dalam limpahan cinta anugerah yang terindah......aku bahagia dengan kesudian kamu aku bahagia dengan limpahan kasih sayang kamu...semoga kamu terus menyintai aku....hehehe...amin ya Allah.
Selalu di hujung-hujung hidup ada maut yang menunggu kita. Ya penghujung saat hidup di dunia. Sayang...ruh akan berpisah dengan jasadnya. Sakit perit tak terkira. hanya diri yang mengalami itu yang akan merasa hebatnya kesakitan perpisahan ruh dengan jasadnya. Sungguh ruh kelak kan melihat segala yang dilakukan ke atas jasadnya. Di saat orang memandikannya, saat orang mengkafankannya, saat orang mengusungnya dan saat orang mentalkinkanya. Jua di saat ruh menemui jasad di liang lahat. Saat ruh masuk semula ke dalam jasad...saat ruh dan jasad bersama di alam akhirat. Sebenarnya ruh dan jasad itu tidak pernah berpisah, dalam jaga ataupun lena malah mereka bersama dalam mimpi-mimpi yang indah...Mereka sentiasa ada dan ada seumpama nafas yang kita hela...ajaibnya kan? dan maha berkuasa Allah mencipta dan segalanya itu berada dalam khazanah rahsia Allah..masyaAllah...alhamdulillah..
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment