Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
Tuesday, March 13, 2012
hari ini..
hari ini..
realitinya 13032012
syukur pada Allah Taala,
hari ini
kamu ucapkan kata cinta
yang dulu
kamu tak sempat mengucapkannya
hati pun berbunga-bunga..
hari ini..
realiti itu sgt indah..
syukur pada Allah Taala,
simpanlah cinta kasih
di hati kamu sentiasa.
terima kasih sayang.
inilah kebahagiaan,
yang diimpikan.
~salam kasih sayang.
13032012..
......................
detik itu...detik ini..detik akan datang..
semoga Allah memberi kamu pemikiran yang jernih untuk bertakwa kepada Allah.
cinta kasih aku kepada kamu kerana Allah dan dengan izin Allah. Pertemuan dan perpisahan adalah dengan kehendak Allah. ada pertemuan setelah perpisahan...adanya perpisahan setelah pertemuan. itu semua lumrahnya alam dan kehidupan...
cinta kasihku pada kamu kerana Allah, andai berkurang cinta kasih kamu kepada Allah maka berkuranglah jua cinta aku pada kamu....mencintai Allah adalah tujuan hidup kita...semoga cinta itu dalam redha Allah jua...amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

No comments:
Post a Comment