topbella

Friday, March 30, 2012

Menanam redha menuai takwa


Salam kasih sayang.
hari ni 30 hb Mac 2012, tarikh tutup
permohonan jawatan pemangkuan pensyarah DG 44/ DG 48 di IPG-IPG di Mesia..
ya...benarlah kata orang ..
hidup di dunia ini penuh dengan cabaran...dan andai kita mahu pasti ada jalan..

ya..
tatkala aku ingin mendapatkan kamu....
aku perlu melalui pelbagai rintangan yang sungguh menyakitkan....
yang terpaksa mengorbankan masa, wang, tenaga, dan airmuka juga...hehehe
baru memohon...Allah cabaran yang menyakitkan...apatah lagi andai kita di dalamnya...
bilamana melangkah kelak...jangan di toleh ke belakang lagi...teruskan teruskan dan cuba belajar..cuba hadapinya redha dan sabar..insyaAllah pasti di sana ada pertolongan Allah dan kebaikan yang banyak..
Bukankah Allah maha mengetahui...Allah maha pengasih?

kelmarin aku dapat satu pelajaran lagi...
andai kita ingin bertanya perlu di tanya kepada orang yang ahli..agar informasi itu tidak salah..dan kita pula tidak membuang masa dan tenaga..dan akhirnya berkat..hehehe.

kita jangan tanya kepada sebarangan orang kerana sudah pasti informasi itu tidak tepat kelak menyusahkan diri sendiri juga...hehehe..

ya pelajaran itu ...pelajaran yang Allah beri...
sangat hebat..dan ia pasti melekat dalam ingatan aku selamanya..

terima kasih ya Allah kerana memberi aku pelajaran yang sangat bererti...

andaikata Allah mengizinkan
kami untuk meneroka bidang baru ini...semoga ada kebaikan dan keberkatannya kelak....
ingat jawatan itu adalah suatu amanah Allah taala..Hanya Allah ingin melihat ketakwaan di hati hambaNya, dan siapakah di kalangan mereka yang paling baik amalnya...emmm..dan pasti Allah tahu kebaikannya andai kita di terima masuk ke dalamnya...segalanya adalah berhikmah....Bukankah dunia ini ladang amal...dan menuai hasilnya itu di akhirat kelak...kita hanya perlu menanam redha dan semoga dapat menuai takwanya.....semoga redha hati hamba..amin.

~salam kasih sayang.
30032012

amin
....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, March 22, 2012

Aku tak marah walau kamu marah..emm


Salam kasih syg...
hari ini,
aku nangis lagi....hehehe.
yang bila nangis itu rasanya nikmat sgt...
hati berbicara pada Allah terasa sgt dekat.

Ya benar,
aku tak sangka kamu sanggup maki maki aku..
aku terimalah dengan lapang dada
tetapi entah kenapa airmata ini mahu mengalir,
apa yang aku sedihkan...
hehehe...
ya mungkin aku tak sangka aja,
atau aku terlalu menyinta..hehehe..
ya mungkin aku tidak menyangka
org yang aku cinta boleh berkata sedemikian rupa.

Ya...tak apalah..
mungkin itulah cinta...
andai cinta kita tidak boleh terlalu mengharap yang indah-indah shaja.
yang pahit itu sebenarnya penuh dengan nikmat cintanya..
hehehe...
ya...aku tak boleh marah..
aku tidak marah kamu...
bukankah aku menyinta...
hehehe.
bukankah baik
berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita,
bukankah budi baik itu dikenang jua..
kasih tetap pegang kata-kata orang tua-tua...
sabar...sabarlah ya...

Ya tak apalah..
aku tahu kamu tak tahu itu...
kamu tak tahu aku hanya mahu menguji kamu,
kamu tak tahu aku hanya ingin mengenali kamu,
mungkin itulah cara kamu,
ya inilah cara aku...
mungkin itulah perangai kamu..
mungkin itulah kelebihan kamu yang aku tak tahu..
ya..itulah membuat cinta itu masih utuh...
hehehe...
aku telan caci maki kamu dengan hati yang senyum..
aku dah berhenti menangis....
hehehe..eemmm...aku dah senyum
aku dah rasa nikmat sabar ini..
bukankah sabar penawar rindu sayu.
semoga suatu hari nanti..
Allah memberi petunjuk dan hidayah pada kamu
untuk menyedari hikmah disaat itu.
dan kamu tak marah aku...

ya..insyaAllah..
maafkan aku andai aku salah cakap lagi..
ampun semoga kamu memahami...

~salam kasih sayangku

Monday, March 19, 2012

Saat dihujung usia

sampai bila pun aku dan kamu tetap memandang bulan yang sama..
semoga doa kamu dan doa aku bertemu di titik silang cinta..
semoga sejahtera bahagia makhluk di alam jagad semuanya...amin.
...........................................

di hujung-hujung..
hehehe..
selalu apa yang kamu mahu.
apa yang kamu kejar.

ya..di hujung-hujung..
hehehe..
selalu ada sisa-sisa.
tetapi itulah cinta..

emm..di hujung-hujung.
hehehe..
selalu ada senja merah.
pintu ibadah seorang hamba,

ya jua di hujung-hujung.
emm...
selalu ada ruhi
menunggu jasadnya..

ya dihujung-hujung,
kasih sayang..
selalu ada sendu hamba
mengharap redha Allah.

~sslam kasihsayang
19032012.
...........................
nota kasih:

Selalu di hujung-hujung hari..kita akan menemui senja kemudian malam menjelma. Ada orang benci malam kerana gelap, ada orang suka dengan malam kerana banyak lampu dan malam adalah masa untuk berehat setelah penat seharian bekerja. Ada orang suka beribadat di tengah malam dan menangis mengenangkan dosa-dosa..Ya.sungguh, kita ini apa yang kita hajat, apa yang kita harap, apa yang kita doa..itulah kita sebenarnya...

Selalu di hujung-hujung begini...apa yang aku ingini. Apa yang aku harapkan. Aku tidak meminta banyak kerana aku faham keadaan kamu...Aku redha aku pasrah keadaan kita begitu. . Cuma aku berharap... sekali sekala kamu hantarlah berita kasih sayang kamu...hehehe. Sungguh berita kasih sayang itu penguat ruhku...menyegar jasadku....memberi motivasi pada hidupku. Ceria akan singgah semangat akan bertambah. Hari-hari aku bisa menjadi bahagia...ya..ada kamu bisa menjadikan aku lebih muda pada usianya...hehehe..Seumpama aku berada di dalam limpahan cinta anugerah yang terindah......aku bahagia dengan kesudian kamu aku bahagia dengan limpahan kasih sayang kamu...semoga kamu terus menyintai aku....hehehe...amin ya Allah.

Selalu di hujung-hujung hidup ada maut yang menunggu kita. Ya penghujung saat hidup di dunia. Sayang...ruh akan berpisah dengan jasadnya. Sakit perit tak terkira. hanya diri yang mengalami itu yang akan merasa hebatnya kesakitan perpisahan ruh dengan jasadnya. Sungguh ruh kelak kan melihat segala yang dilakukan ke atas jasadnya. Di saat orang memandikannya, saat orang mengkafankannya, saat orang mengusungnya dan saat orang mentalkinkanya. Jua di saat ruh menemui jasad di liang lahat. Saat ruh masuk semula ke dalam jasad...saat ruh dan jasad bersama di alam akhirat. Sebenarnya ruh dan jasad itu tidak pernah berpisah, dalam jaga ataupun lena malah mereka bersama dalam mimpi-mimpi yang indah...Mereka sentiasa ada dan ada seumpama nafas yang kita hela...ajaibnya kan? dan maha berkuasa Allah mencipta dan segalanya itu berada dalam khazanah rahsia Allah..masyaAllah...alhamdulillah..

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Pesanan kasih..


RENUNGAN ♥ ♥ ♥

1st
Jika Anda BENAR, maka Anda tidak perlu MARAH
Dan jika ANDA SALAH, maka Anda TIDAK LAYAK MARAH

2st
Sabar dengan KEKASIH, itu namanya CINTA
Sabar dengan ORANG LAIN, itu namanya RESPECT
Sabar dengan DIRI SENDIRI, itulah KEPERCAYAAN DIRI

3rd
Jangan berpikir terlalu Keras mengenai MASA LALU,
Hal itu membawa AIR MATA

Jangan pula berpikir terlalu banyak mengenai MASA DEPAN,
Hal itu membawa KETAKUTAN

Hiduplah SAAT INI DGN SENYUMAN,
Hal itu akan membawa BAHAGIA.

4th
Setiap Cubaan dalam hidup kita,
Boleh membuat kita lebih LEBIH BAIK

Setiap masalah datang untuk membuat kita LEBIH BERPRESTASI,
Atau HANCUR SAMA SEKALI

PILIHAN ada di tangan kita,
Untuk menjadi seorang KECUNDANG atau PEMENANG….!!!

5th
Temukan hati yang indah dan tulus,
Bukan wajah yang Rupawan atau Menawan.

Hal-hal YANG INDAH TIDAK SELALU BAIK
Namun hal-hal BAIK SELALU INDAH.

~salam kasih sayang.
19032012
................................
nota kasih:
kata-kata di atas aku copi dari shbt fb..ya cantik sekali kata-kata itu..semoga melekat kat hati aku, hati kamu, hati kalian..dan semoga kita menjadi hamba yang tabah dan sentiasa redha dengan apa aja cubaan Allah dlm hidup ini..kerana hidup ni anugerah yang terindah..amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, March 15, 2012

nice wall paper 4 android

seronok nengok meka bahagia...hehehe..

semoga hidup kita indah seindah alam..ceria dan bahagia..
rahsia alam lautMu ya Allah..subhanallah...

detik itu tak pernah menunggu kita..kitalah perlu mengejarnya..

seindah kamu blosom...sejuk lagi menyejukkan...

Dunia galaxy yang penuh dengan khazanah rahsia..~~!!
Hanya milik Allah pengetahuan dan kekuasaan itu..
Allah Huakbar..
kami insan yang kerdil di bumiMu ya Allah.
ampunilah kami..maafkanlah kami andai kami bersalah dan kurang pengabdian kepadaMu..
tolonglah kami..bantulah kami untuk bertakwa kepadaMu..
asstaqfirullah al azim...
~salam kasihsayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, March 14, 2012

hari-hari aku...


aku meminta..
hari-hari aku,
ada kamu mengingati aku.

aku bermohon,
hari-hari aku,
ada kamu memimpin aku.

aku berharap,
hari-hari aku
ada kamu menasihati aku..

aku berdoa,
hari-hari aku,
dapat mendoakan kamu,

aku ikhlas..
hari-hari aku,
dalam sejadah rindu sayu...

~salam kasih sayang.
14032012
..........................
nota kasih:
sekadar mencoret tentang rasa dan hati...satu cerita daripada sejuta rasa dan cerita manusia di dunia...hehehe...insyaAllah..sekadar merasa apa yang orang lain rasa...begitulah...indahkan ..dan aman dunia andai kita memahami kepedihan dan kesengsaraan saudara kita dan kita adalah sebagai pembelanya...hai..sungguh semua manusia ada fungsi masing-masing...buatlah yang terbaik untuk kebaikan manusia di dunia. Semoga kebaikan dan pahalanya melimpah-limpah kepada kita jua... ...hehehe.... amin
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

detik bersama itu indah...


sayang...
Cuti dah nak abis....kerja masih menimbun..hehehe
Kalau pikir kerja tak abis,
Dalam bekerja kena fikir juga kebajikan untuk diri sendiri,
Ya untuk kebaikan diri sendiri....
Hati itu jangan sedih,
Hati itu harus bersih...
Hati itu jgn prasangka buta..
Hati itu harus sentiasa memaafkan saudara...

Sayang cantikkan gambar tu....
Andai kamu tahu...andai kamu bisa mengerti.
Itulah bahagia. ?andai kita dpt bersama
Berbicara tentang detik indah...hehehe

Jumpa lagi..
sebelum kita pejam mata.
maka kan terciptalah saat indah..
selamanya..
insyaAllah.

~salam kasih sayang.
14.03.2012
....................................
Salam kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, March 13, 2012

hari ini..


hari ini..
realitinya 13032012
syukur pada Allah Taala,
hari ini
kamu ucapkan kata cinta
yang dulu
kamu tak sempat mengucapkannya
hati pun berbunga-bunga..

hari ini..
realiti itu sgt indah..
syukur pada Allah Taala,
simpanlah cinta kasih
di hati kamu sentiasa.
terima kasih sayang.
inilah kebahagiaan,
yang diimpikan.

~salam kasih sayang.
13032012..
......................
detik itu...detik ini..detik akan datang..
semoga Allah memberi kamu pemikiran yang jernih untuk bertakwa kepada Allah.
cinta kasih aku kepada kamu kerana Allah dan dengan izin Allah. Pertemuan dan perpisahan adalah dengan kehendak Allah. ada pertemuan setelah perpisahan...adanya perpisahan setelah pertemuan. itu semua lumrahnya alam dan kehidupan...

cinta kasihku pada kamu kerana Allah, andai berkurang cinta kasih kamu kepada Allah maka berkuranglah jua cinta aku pada kamu....mencintai Allah adalah tujuan hidup kita...semoga cinta itu dalam redha Allah jua...amin.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, March 12, 2012

Aquarium aku...






Salam kasih sayang...
Hari ni, aku gi market sumsung ni,
Cari cari, nengok nengok..tak sengaja terkelik wall paper ni,
Aku pun download masuk ke dlm hp aku...
Wah...cantik gak..nengok ikan ikan berenang renang...bahagia mereka nampaknya..
Tenang hati tenang jiwa sanubari....hehehe.
Ya...mereka dengan alam mereka. ?.kita dgn alam kita..sebenarnya alam kita lebih hebat andai kita sedar dan bersyukur.

Kalau anda nak juga boleh gi market cari ikan ikan ni...hehehe
Di anipet aquarium free wall paper...
Namun semua itu ada hikmahnya...

Ada otrg kata, kalau mengail ikan, dah dpt ikan jaga lekk lok...atau tangkap lepas semula...atau terlepas.. Jagan biar ikan tu menderita luka...sian...apa ja dibuat balasannnya pasti ada. Begitulah berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain kelak melimpah limpah kebaikannya pada kita....ya insyaAllah...amin

Salam kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, March 11, 2012

papago




Salam kasih syg.....
Kelmarin aku bersama papago gi pahang. Bandar pusat jengka. Hehehe...gi tengok anak dara mama.
Aku try guna papago... Emmm ok gak. Masa nak balik, tu screen capture atas..

Ya... Senang, ya set ja tempat mana nak dituju, papa kan tunjuk. Dan di tempat tertentu juga papa tu kan tunjuk kamera juga...dia akan bunyi tit..tit... Hehehe tahu la ada kamera perangkap had laju. Terima kasih papa go..mudahkan hamba.

Ii.o3. 2012
Hari bersejarah buat kamu dan aku..alhamdulillah.

salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, March 9, 2012

Kasih belum terlambat..


"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada..."(Kahlil Gibran)


......................................................................
Sayang..
mungkin aku belum terlambat
untuk mengucapkan kata yang tak sempat diucap oleh kayu api
yang menjadikannya abu.
aku masih punya peluang berbuat begitu..

ya sayang...
mungkin aku belum terlewat
menghantar isyarat yang dikirimkan awan kepada hujan,
yang menjadikannya tiada.
aku masih punya waktu tuk bercinta semula..

Ya sayang..
mungkin aku belum terlambat,
untuk mengucapkan kata-kata kasih cinta
yang dulu aku tak sempat untuk mengucapkannya,
agar kamu bisa gembira dan bahagia.

Ya..sayang..
hidup ini begitu unik,
hidup ini begitu indah dan cantik,
hidup ini adalah apa yang kita doa dalam hati,
Allah mendengar segala bisikan kasih.

ya...cinta...
kasih sayang langit dan bumi,
terpisah jauh antara dua jarak.
itulah nikmat demi kebaikan sejagat.
cahaya cinta menyinari tiap detik.

~salam kasihsyg hamba
10.03.2012

"Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini... pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang" (Kahlil Gibran)
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, March 5, 2012

hati iitu kerjanya sbr....


.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN

 
SELAMAT TINGGAL KASIH© Diseƃ±ado por: Compartidisimo