Alam itu cantik...penuh dengan khazanahnya..itu rahsia Allah.
Langit juga hebat...penuh dengan cakrawalanya...juga rahsia Allah Taala.
Rasa, rindu cinta kasih manusia...juga adalah rahsia Allah Taala,
segalanya itu menunjukkan betapa berkuasanya Allah,
betapa bijaksananya Allah,
betapa pengasih dan penyayangnya Allah,
yang telah menghadiahkan hayat kepada kita,
untuk satu tempoh....di dunia.
syukurlah...syukurlah alhamdulillah.!!
.................................................
Salam kasih sayang.
salam kesyukuran..
salam kebahagiaan..
Selawat dan salam kepada Rasulullah s.aw
salam buat seluruh keluarga dan sahabat2 baginda,
salam buat para tabiin semuanya.
Allah maha mendengar,
Allah maha memperduli,
segala bisikan hamba-hambanya.
Hari ini..
syukurku padaMu ya Allah,
engkau telah memakbulkan permintaanku.
Memang benar,
andai langit dan bumi menjadi satu,
itu adalah mudah sahaja bagiMu,
Tetapi sengaja
Engkau biarkan mereka terpisah,
kerana itu ketentuan dan takdirMu yang terindah.
Sungguh titik silang cinta itu,
mudah saja bagiMu andai Engkau mahu,
tetapi sengaja Engkau mengujiku.
Sungguh Engkau mendengar seruanku,
sungguh segala ketentuanMu terbaik buatku.
aku syukur...aku syukur padaMu.
Tetaplah aku dalam keimanan,
tetaplah aku dalam ketakwaan,
manisnya iman takwa kepadaMu Tuhan.
Tetaplah kami di jalan yang lurus,
tetaplah kami dalam rahmat dan keberkatan,
tetapkanlah kami dalam nikmat iman dan Islam.
amin ya rabbal alamin.
02092011
...........................................................
nota kasih:
Andai Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, Allah akan memberikan kepadanya kefahaman terhadap agamanya (agama Islam). andai kamu mengaku Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah sudah pasti kamu akan mengikut segala yang diperintahkan oleh Allah, dan mengikut apa yang dibawa oleh Rasulullah. Andai kamu tiap kali solat anda memperbaharuhi ikrar, hidup dan mati, ibadat hanya kepada Allah, jadi segala amalan haruslah bermatlamatkan Allah. Jangan tersalah alamat cinta...jangan tidak tahu alamatnya pula...Oleh itu harus dengar, tulis, dan istiqamah, jangan bantah. Seorang hamba itu kerjanya patuh taat dn setia. Kerja hamba itu ialah sentiasa mengabdikan diri kepada Tuannya, iaitu pencipta kita....Allah Taala..
Allah yang mencipta manusia, sudah pasti Allah menyediakan menual tatacara hidup untuk panduan hidup manusia. (manual itu adalah Al Quran dan sunnah rasulNya.) Andai manusia mengikut keduanya sudah pasti manusia itu bahagia di dunia, dan akan menemui syurga di dunia hingga ke akhiratnya. InsyaAllah semoga Allah menjauhkan kita dari azabNya di dunia maupun akhiratnya... Tetaplah kami dalam petunjuk dan hidayahMu sentiasa ya Allah...amin. ya Allah.
Wahai Allah...
Berilah kepada kami...
petunjuk dan hidayahMu yang berterusan
lembutkanlah hati kami,
untuk kekal mengabdikan diri kepadaMu,
Wahai Allah...
Tuliskan untuk kami
~keuntungan di dunia dan di akhirat juga..
~berjaya di dunia dan di akhirat juga
~berbahagia di dunia dan di akhirat juga
insyaAllah..amin
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment