Rindu adalah tali yang tak pernah putus,
Terentang di tiang hati, di tiang mimpi,
Kadangkala bergetar dirempuh angin pada malam sepi,
Kadangkala disinggahi burung yang mengelakkan kabus,
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari.
Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang,
Tegak di lorong kehidupan,
Di sepanjang lebuh usia,
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan,
Masa lalu yang masih menyala dan bercahaya
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula.
Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup,
Dari musim ke musim ia menjadi laluan,
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang,
Di situ rumput telah lama bertukar warna,
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup.
Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram,
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib,
Hanya zikir dan doa menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan,
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik.!!
~salam kasih sayang..
29.05.2011
................................
nota kasih:
Hari ini aku baru tahu makna rindu...sungguh itu umpama gunung, yang telah menimbun bertahun-tahun. rindu itu juga umpama air yang menggelegak sejak bertahun-tahun, rindu itu juga umpama bara yang telah menyala panas membahang sejak bertahun-tahun menunggu saat tercurah rindu itu.. Detik bersejarah itu hanya Allah yang tahu ia rahsia Allah Taala pencipta rindu yang sungguh ajaib itu.
Kerana kita punya hati, kerana hati itu punya rasa, kerana hati itu ada hubungan dengan mata, kerana itu airmata selalu mengalir apabila rindu itu bergegar, rindu itu bergelombang, dan rindu itu menyala. Sungguh rindu padamu kasih...anugerah Allah. Andai rindu itu benar, satukanlah rinduku dan rindunya ya Allah dalam doa kasih sayang..dalam solat dan sabar agar kami tenggelam dalam cahaya rahmat dan berkatMu di dunia dan di akhirat amin.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!
No comments:
Post a Comment