tidak pernah ku rasa begini hebat,
tidak pernah ku rasa begini berat,
tidak pernah ku rasa begini terikat.
Ya Allah,
andai kehebatan, keberatan dan keterikatan,
baik padaku pada agamaku,
kekalkan ia dalam diriku.
Tetapi andai..
ia adalah mainan syaitan,
ia adalah mainan syaitan,
yang ingin menyesatkan aku,
maka leraikan belenggu ini satu persatu.
Agar jiwa kasih,
ruh dan jasadku
ruh dan jasadku
tenang untuk rukuq dan sujud,
khusyuk dan tawadduk.
Wahai pemilik ruhi,
pencipta langit dan bumi.
pencipta langit dan bumi.
aku hambaMu yang lemah.
hambaMu yang selalu bersalah.
hambaMu yang selalu bersalah.
Ampunilah hamba,
titipkan hamba ke dalam cahaya,
titipkan hamba ke dalam cahaya,
dalam sabar solat dan doa,
dalam rahmat kasihmu sentiasa.
~salam kasih sayang.
07052011
...........................
nota kasih sayang:
Hari datang dan pergi, hari petang dan pagi, silih berganti. Redup hari tanpa cahaya, cahaya cerah mentari mencelah. Runtunan rasa kasih bahagia dan derita datang tanpa diundang dan ditempa. Sungguh semua itu telah menyatakan betapa berkuasanya Allah Taala kepada hamba-hambaNya. Kita manusia tidak punya kekuatan dan kekuasaan apa2 melainkan semuanya adalah dengan izin Allah Taala.
Jadi andai peristiwa sedih atau gembira yang singgah dalam kehidupan kita, samada kita suka atau kita tak suka itu semua adalah ketetapan, takdir Allah Taala. Allah yang mencipta kita, Allah yang memegang nyawa kita. Samada Allah mahu memanjangkan atau ingin memendekkan usia kita semua itu adalah hak mutlak Allah s.w.t. Kita hanya manusia yang mengikut ketetapan Allah yang telah tersurat sudah...
Hari ini, akan berlalu. Esuk kita tak tahu apa yang akan berlaku. Namun aku percaya kuasaMu Tuhanku, suatu hari Engkau akan memberiku jawapan pada tiap persoalanku. Semoga Engkau memberiku sabar, kekuatan untuk bersolat dan berdoa, agar aku tenggelam di dalamnya..Kelak di sana aku tidak akan merasa susah kerana kasih sayangMu yang melimpah-limpah.
Semoga kalian berbahagia walau di mana berada, walau apa jua pekerjaannya, walau dengan siapa kamu berbicara kerana andai kamu bahagia itu adalah bahagiaku jua. Dan bahagia itu jua yang ingin ku berikan pada kamu, jika aku berada sama. Semoga kita berbaik2 sangka sebelum tempoh hayat kita diambil Allah. Maaf hamba andai selama ini telah terkasar bahasa, andai hamba telah membuat salah yang tanpa sedar melukakan hati bernanah.. Semoga kita adalah hamba2 Allah yang pemaaf...insyaAllah.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment