topbella

Thursday, April 21, 2011

Musim semi datang lagi


Sore itu...aku melihat LISA menulis...emm..cantik nama itu...apakah punya makna bagiku atau bagi kamu....ya...aku merindui kamu selamanya...ruhi.

Doa kasih

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan di tempat ini:
apa jua dosa kami melainkan Engkau ampunkan dosa kami itu.
Jangan engkau biarkan apa jua kekusutan melainkan Engkau huraikan kekusutan itu; jangan Engkau tinggalkan kesukaran apa pun kecuali Engkau lepaskan (kami dari kesukaran itu).Apa jua hutang piutang melainkan Engkau lunaskannya siapa jua yang sakit kecuali Engkau sembuhkan penyakitnya; apa jua bencana melainkan Engkau selamatkan kami daripadanya; Janganlah Engkau biarkan sesiapa jua mati melainkan Engkau cucurkan rahmat kepada (ruh)nya.

(Ya Allah) Tolonglah sesiapa yang berjihad dari kalangan kami; dan sesiapa jua yang bersukarela mengharap ganjaran daripadaMu melainkan Engkau membantunya. Ya Allah janganlah Engkau biarkan sesiapapun jua yang zalim melainkan Engkau tumpaskan (kuasanya); dan jangan biarkan siapa jua orang yang susah melainkan Engkau berikan kesenangan kepadanya.

(Akhirnya) janganlah Engkau biarkan mana-mana hajat duniawi dan ukhrawi (kami) yang Engkau redhai; di samping hajat itu baik untuk kami melainkan Engkau menolong kami melaksanakannya dengan kemurahan rahmatMu; wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah perhimpunan kami ini perhimpunan yang Engkau restui. Jadikanlah perpisahan kami selepas ini perpisahan yang terus memelihara kami dari dosa. Janganlah Engkau biarkan sesiapa di kalangan kami atau bersama kami orang yang bernasib malang dan terlepas dari sebarang rahmat dan nikmat.

Ya Allah! Kami semua bermohon kepadaMu anugerah lisan yang benar dan menyebut zikir kepadaMu; hati yang khusyuk dan berserah kepadaMu, amalan yang soleh dan elok semerbak; ilmu yang bermanfaat dan berdarjat tinggi; iman yang kukuh dan mantap; keyakinan yang tulus dan murni; dan rezeki yang halal, berkualiti dan lapang…

Wahai Allah yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

~salam kasih sayang.

........................

RENUNGAN MADAH KASIH SAYANG. TENTANG CINTA ITU.

1.. Kutuliskan namamu di langit, angin meniupnya. Kutuliskan namamu di laut badai membawanya. Kutuliskan namamu di hatiku, CINTA namanya....

2.Ada samudera di lautan, ada hutan di pegunungan, semuanya ke seberangi demi CINTAku padamu, sudahkah kamu menerimanya?.

3. Kata dimulai dengan ABC, Angka dimulai dengan 123. Lagu dimulai dengan Do Re Me. CINTA dimulai dengan Aku dan Kamu. Kasih tetap sayang...itulah "kasih sayang...kasihanda.
03/30/2011 10:39:05 am
---------------------------

....................
.Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN