Hari ini,
aku cuba untuk menjadi kamu,
tika kamu mendengar bicara kasihku,
luahan rasaku yang menyesak dadamu,
kata-kata cintaku yang luar biasa kononnya....
atau janji-janji manisku yang berubah-ubah.
atau apa2 saja..
kadang-kadang marahku datang menerpa,
kamu tepis dengan cara berhikmah,
aku diam,
itu tandanya aku marah juga.
Kadang tanpa aku sedar,
aku menjadi guru...
dan memberi kamu motivasi baru,
penuh bersemangat terharu,
aku mahu kamu tabah,
mengharungi hidupmu yang susah.
tapi kamu diam,
kamu tak layan....
aku jadi malu
itu tandanya kamu marah.
mungkin kamu rasa
aku tak patut berleter berjela,
aku tahu kamu kata
kamu tak seteruk itulah.
Ya...
sesekali aku menjadi kamu,
baru aku rasa,
kamu menganggap aku berpura-pura,
sedang cinta dalam hidup aku penuh melimpah,
tapi masih mengharap2 pada kamu,
yang tak punya apa...
tapi tidakkah kamu tahu..
manusia itu tak punya kuasa apa.
semuanya tersurat sudah.!!!
Tah...
mungkin kamu rasa
aku tak patut buat itu semua,
ya hakikat itu...
tatkala sekali nampak tembelang,
selamanya tak percaya.
mungkin kamu menghukum aku,
tapi aku tak kisahlah.
atau mungkin aku tak sedar..
atau dah lali dah.
Hari ini,,,
aku juga hairan...
aku juga tak percaya,
antara hati dan mata,
antara mimpi dan realitinya,
antara kita, kamu dan saya,
di sana ada kuasa Allah,
terkadang Allah sengaja mahu membuka,
terkadang Allah mahu menutupnya,
ya terkadang yang mustahil menjadi nyata,
kerana keajaiban dan rahmat Allah,
aku memang sangat percaya,
lalu aku pasrahlah....
Hari ini...
aku telah mendapat jawapan,
tentang suatu rahsia kononya...hihihi.
mungkin aku jarang ketawa.
kerana aku sentiasa menangis rasanya...
namun aku tetap bersyukur pada Allah.
kerana menunjukkan aku
realiti rasa kamu yang sebenarnya.
terima kasih Allah,
terima kasih wahai Tuhanku ,
Engkaulah Tuhan yang di sembah oleh segala makhluk dunia,
segala puja puji bagiMu ya Allah.
ampuni hamba
andai hamba bersalah dan berdosa..
salam bahagia kasih.
amin ya Allah.
25.04.2011
..................
nota kasih sayang.
emm...hari ini tah idea datang ...aku pun menulis...hihihi...entah apa2 aku tulis.
Pak darwis kata sajak yang tidak terikat dengan rangkap...ia sajak bebas. tulis aja apa pun dan berapa bait ayat pada satu perenggan pun ok ja...tulis ja...sekadar menyatakan itu sajak namanya sajak BEBAS. Seperti namanya jadi aku bebas menulis apa saja kerana di sini rumah hamba. tempat tinggal hamba..siapapun tak berhak mengata2 ...hihihi...
ya..sekadar ingatkan diriku dan pada hamba2 yang mempunya akal fikirannya sahaja..
andai kita berdosa..mohonlah keampunan Allah...semoga kita berlumba2 kepada kebaikan dan keampunan Allah..amin.
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment