Salam kasih sayang..
Tatkala…hatiku tak tenang, tatkala fikiranku berkecamuk, tatkala mataku tak boleh lena…aku buka radio IKIM melalui corong radio di hp aku…, aku dengar lagu ni, ia membelai hatiku…terpukau ku sebentar kerananya….
“ Meronta mengakibat merana..
Mencari cahaya hakikat kecinta..
Aku ingin, jadi bintang-bintang…
berkerdipan penuh perhambaan..
Aku ingin menjadi rembulan…
Cahayanya bukan pendustaan..
Kerna aku sedar aku hanya hamba…
Menumpang simpati Yang Maha Kuasa…
Jerihnya pengalaman memaksa ku meminta…
perhambaan ini harap diterima……”
Ya lagu siapakah ini…ya siapakah penyanyinya, siapakah penulis liriknya..terasa hatiku tersentuh, terasa bayu kesedihan itu tiba-tiba bertiup lagi…aku tenggelam dalam kesedihan yang tak pernah habis…aku menyapu di pipi, air mata kasihku mengalir lagi….
Wahai Allah,
Engkaulah yang Maha tahu akan diriku, kerana Engkaulah yang mencipta hati dan rasaku ini, Engkaulah yang maha tahu baik dan buruknya rasa-rasa itu…seandainya baik Engkau panjangkanlah ukhwah kasih saying ini sepanjang zaman…agar aku sentiasa akan mengingatinya dan seterusnya aku jua akan mengingatiMu, merintih dan merayuMu, Meminta dan mendambakan kasih sayangMu selalu, kerna aku sedar aku ini hambaMu yang tak berdaya, aku memerlukan rahmat kasih sayangMu sentiasa.

Maka terimalah kecintaanku…terimalah rasa kasih yang kadang menyesal dengan berulang2 khilafku, terimalah perhambaanku yang tak seberapa itu..terimalah taubat hamba yang hina…kerana berulang2 dosanya, jika Engkau tidak menerima hamba..tiadala tempat hamba di mana-mana..aku ingin di dalam cinta kasihMu selalu..bimbing dan pimpinlah aku kejalanMu agar jiwa kasih tenang dalam pengabdian yang mengasyikkan, tenggelam dalam kekusyukkan dalam rukuq dan sujud setiap malam.....…amin..ya Allah.
~salah kasih harap dimaafi,
sayang kasih simpan di hati.
salam kasih sentiasa diberi,
sayang kasih membawa mati...!!
~salah kasih harap dimaafi,
sayang kasih simpan di hati.
salam kasih sentiasa diberi,
sayang kasih membawa mati...!!
~salam kasihabadi.
No comments:
Post a Comment