topbella

Wednesday, February 24, 2010

Indahnya kasih mengasihi

emmm..miau tu comel tak? awak kata awak suka kucing..kerana ia suka keliting kat kaki awak..hehehe...Tapi aku tak suka kucing sebab aku tak suka dia nyebok2 dan ngacau kat kaki aku...tapi yang aku pasti hati awak dan jiwa awak lebih lembut daripada aku...(orang suka kucing hati dia baik dan pengasih..emmm...yeee..)

Suatu hari...
telahku ucap selamat tinggal,
buatmu kasih sayang..
tetapi mulut tak pernah menyampaikan,
tangan sukar melepaskan,
hati tidak tergamak merelakan,
kukutip semua ungkapan,
ku susun ku sisip buat kalungan,
ku rantaikan ku pakaikan sayang,
yaa... cantiknya rantaian keikhlasan,
kisahku dan kisahmu,
dalam cerita suratan.

Hari ini...
aku mengerti,
apa saja kita minta Allah memberi,
kadang kita lupa Allah mengingati,
itu tandanya Allah Maha Pengasih,
sayang... coretan ini ku tulis,
dalam rasaku yang tulus kasih,
pertemuan cinta langit dan bumi,
di garisan putih bersih.
nikmatnya kasih mengasihi,
indahnya cinta menyintai,
hambaMu Ya Rabbul Izzati..

~salam kasihabadi
123525022010
............................
nota kasih:
Rembulan itu....walau tiada matanya, tetapi aku rasa ia nampak. Walau tiada telinganya, aku pasti ia dengar jua. Walau tiada hatinya, tetapi aku pasti ia juga punya getaran cinta dalam jiwa. Walaupun jauh, tetapi aku rasa ia dekat sehasta. Walaupun kadangkala aku biarkan ia berbicara sendirian saja, tetapi suaranya terngiang-ngiang di telinga. Aku dapat merasakan betapa ia juga punya hati yang berbisik manja, ingin disayangi, ingin dicintai...hehehe mungkinkah....!!!

Aku dapat merasakan betapa ia sunyi tatkala berada di puncak singgahsana. Walau ditemani bebintang berjuta siang dan malamnya. Walau timbulnya tidak ketentuan masa pada firasat hamba. Ditambah lagi fitrahmu hadir berfasa-fasa bulan adanya...Ya, sekarang aku memahami, aku redha dengan rasaku, aku telah menyatakan kepada kamu seadanya aku...Aku dapat rasakan kamu juga merasa apa yang aku rasa kerana sesekali bayu rindu bertiup dan menjadi nostalgia syahdu lalu berdendang lagu cinta yang bahagia dan bermaharajalela di jiwa....

Inikah janji-janji Allah yang menyuruh hambaNya bersabar, solat dan berdoa. Sungguh janji Allah itu benar..Allah pasti memberi kalau kita berdoa dengan bersungguh hati. Sungguh doa itu senjata orang muslim. Para nabi juga berdoa tatkala mereka dalam kesusahan...lalu Allah menurunkan bantuan dan perlindungan. Alhamdulillah.

Ya...inilah lukisan cubaan yang Allah tunjukkan agar aku kenali warna-warni kehidupan yang cantik lagi mengagumkan. InsyaAllah semoga Allah menimbulkan rasa kasih sayangmu yang membuak-buak kepadaku, dan semoga Allah melimpahkan kasih sayangNya kepada kita agar kita dapat berbaik-baikkerana Allah selama-lamanya. Aaaamin.

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN