topbella

Monday, January 14, 2013

Doa hari lahir kasih



terima kasih ya Allah...
terima kasih ya Rahman...
terima kasih ya Rahim...
sungguh malu dan sabar itu dua bahagian iman yang besar...
ada malu...sebahagian daripada iman..
ada sabar...menyempurnakan kekurangan,
tetaplah hatiku bersabar..
Allah tahu ..Allah pasti menyempurnakan segala hajat...
amin.
.....................................................................................................................
Terima kasih Ya Allah, 

untuk usia yang telah Engkau berikan. 
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan,.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. 
Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan,.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku.
.dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Sungguh...

Engkau tetap menerima 

walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap 
dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. 
Namun begitu besar kasihMu..
Engkau tetap melindungi aku 
walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. 
Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq 
walaupun terkadang aku terbuai
dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Wahai Allah....Ampunkan aku 

Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. 

Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu?
Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini 
Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. 
Adakalanya aku kurang kesabaran. 
Ada masanya aku goyah keimanan
Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. 
Namun dengan limpahan kasih sayangMu, 
Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Sungguh
ya Allah ya Tuhanku,...

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. 

Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu 
Ya Rahiim. 
Dalam usia semakin meningkat ini
aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu 
Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah,
segala kesederhanaan dan kerendahan hati
 tanpa berhenti memberi kasih pada yang sudi..


Ya Muhaimin..

pimpinlah tangan hambaMu ini..

pimpinlah hati hambaMu ini..
pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. 
Ya Al Quddus...
sebagai hambaMu yang hina ini, 
aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..
bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu 
dengan tenang dan mudah tanpa cela..


Ya Al-Hakim..

berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, 

agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah 
walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. 
Hulurkan kepadaku kebijaksanaan 
agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan 
sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Tuhan, 

atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. 

Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..
peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini
wahai Tuhanku..
Amin Ya Rabbul 'Alamin....

ruhi Abidin;
15 Januari 2013
...........................
Nota kasih:

Tabahkan DIRIMU bak srikandi KHADIJAH, 
Haluskan AKHLAKMU seperti FATIMAH AZ-ZAHRA, 
Sampaikan ILMUMU sebijak si merah AISYAH, 
Teguhkan IMANMU seteguh SUMAIYAH, 
Sucikan HATIMU seperti RABIATUL ADAWIYAH, 
Barulah dirimu menjadi AINUL MARDIYAH..

Da'ei ibarat tiram di laut, dihiris pepasir tercalarlah ia, 
sungguhpun terluka tetapi dipendam, 
sungguhpun pedih tapi tetap disimpan,
 namun akhirnya dibalas MUTIARA BERHARGA.....
Perjuangan Islam bukannya ada pilihan tetapi satu amanah Allah, 
menuntut seribu pengorbanan 
bagi sesiapa yang dihatinya terselit IMAN dan TAQWA 
dan sedar dirinya bertuhankan Allah...
.....................................................................
Salam kasih sayang salam ukhwah fillah selamanya..
.....................

 Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN