topbella

Tuesday, December 20, 2011

SEBELUM CAHAYA


Letto - Sebelum Cahaya
( http://www.4shared.com/mp3/ufmBKhV4/letto_-_sebelum_cahaya.htm)
.............................
Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Ke mana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

CHORUS....

~salam kasihsayang.
20122011

NOTA KASIH:

Lagu ini teringat aku pada CAHAYA...dan SATRIA. Iyaaah...mereka cantik lagi baik. Ceritanya lucu bangat...ghehehe...aku suka. CAHAYA adalah sinar mentari yang menerangi alam, datangnya alam jadi terang..hehehe. Semua makhluk mendapat faedah dan riang..Iyaaah semoga aku juga umpama CAHAYA...hehehe..menerangi dan membahagiakan orang2 di sekeliling aku..yang aku sayanggggggg.

Iyalah..terkadang dalam mengubat hati aku yang sunyi (iyakah.)..aku layan ja senetron. Yaaaa di dalamnya ada juga pengajaran dan bahagia yang terselit..Mudah2an aja tonton yang positif, pandang yang positif, fikir yang positif, cakap yang positif, niat yang positif, buat yang positif, ada kebaikan di sisi Allah. Hanya ikhlas di hati, ada iman dan takwa ada tempat di sisi Allah Taala..yaa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membuat yang baik dan terbaik dalam hidup kita untuk kebaikan orang lain...amin.

Semoga Allah memberi aku kekayaan jiwa, yang tetap memaafkan orang lain walaupun berat. Bukankah aku mahu Allah memaafkan segala dosa aku...yang aku perbuat tanpa sengaja atau aku sedar, dosa kecil atau besar, dosa lama atau baru buat oleh itu aku harus berlapang dada memaafkan orang lain dengan ikhlas...ya ikhlas..ikhlassssss hati ini.!!

Ikhlas itu maksudnya kalau kita buat sesuatu,kalau beri sesuatu pada orang lain kita tidak boleh mengharapkan orang itu membalasnya..Kalau memberikan kasih sayang pada seseorang, jadi kita tidak boleh mengharapkan orang itu membalasi kita dengan kasih sayangnya juga, dan kita tidak boleh marah kalau orang itu tidak menyayangi kita atau tidak memahami kita. Hati manusia itu kita tidak tahu, hanya Allah saja yang tahu isi hati. Jadi kita juga tidak berhak membuat andai demi andaian mengenainya, tidak boleh berprasangka buruk sesama muslim (saudara kita dalam agama)

Jadi kalau kita cinta seseorang kita tidak boleh mengharapkan dia membalas dengan cintanya pulak. Cinta itu milik Allah terpulang kepada Allah untuk menitipkannya kepada hati siapa yang dikehendakiNya dalam ilmuNya yang hebat itu. Cuma kita boleh berdoa kepada Tuan Pemilik Cinta itu, agar Allah sudi dan mahu memberikannya kepada kita tetapi kalau Allah tidak mahu memberikannya kepada kita, kita tidak boleh marah, atau merajuk. Selalu ustaz kata andai permintaan kita tidak ditunaikan oleh Allah perlu dikoreksi tentang solat kita, keikhlasan kita kepada Allah dan sebginya.

Siapalah kita ini untuk marah2 Allah Taala, dan mengarah itu ini mengikut kehendak kita...hehehe, Jadi kita harus sabar, apa aja yang Allah buat itulah yang terbaik kerana Dia lebih mengetahui. Lalu sebagai manusia, kita harus redha dengan segala ketentuanNya...Ya jadikan hati itu umpama samudra yang cantik lagi luas, tetap menjernihkan segala kekotoran yang masuk ke dalamnya, yaaahh..samudra yang cantik...biru airmu, putih bersih, cinta kasih langit biru. hebat kuasaMu ya Allah..masyaAllah..alhamdulillah. jadikanlah kami hambaMu yang selalu bersyukur..amin.

~salam kasih sayang..kasih tetap sayang..sayang kasihdihati abadi...hehehe.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

No comments:

Post a Comment

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN