lalu kamu menetap di sana...
kamukah itu cinta... yang telah membuatkan mata tidak kering mengalir airnya,
kamukah itu cinta...yang datang lewat senja menghantar bungkusan rindu merah,
kamukah itu cinta.....yang mengejutkan aku untuk tahajud di sepertiga malamnya,
kamukah itu cinta.... yang berbisik sayu agar aku sabar menempuh segala ranjaunya..
kerana kamu itu cinta...aku di sini, masih menulis dan berbagi kasih..
~ cukuplah cinta itu umpama hujung kuku kita,
walau dibuang, walau dipotong namun ia tetap jua tumbuh.
selagi ruh di jasadnya ~
....................................................................................................
cinta datang bawa kebahagiaan...
aku bertanya,
benarkah kamu cinta kasihku,
cinta tunduk diam,
aku tahu,
cinta itu luka,
cinta itu pengorbanan,
cinta itu cemburu,
cinta itu harus berbagi kasih sayang.
aku tahu,
cinta itu bahagia,
dan cinta itu jua derita,
saling bersama umpama hati dan mata,
hati menangis mata mengalirkan airnya.
andai ada cinta,
kamu harus memberi dan menerima,
tanpa syarat sebagaimanapun sakitnya,
umpama rahmat Allah pada Alam,
tanpa mengira samada ia muslim ataupun bukan.
itulah kasih sayang,
melimpah dan melimpah tanpa sempadan,
di cinta atau menyinta segenap rongga badan,
kerana Allah Tuhan sekalian alam,
tanpa meminta bayaran.
~salam kasih sayang.
05.10.2011
........................
nota kasih:
Di mana pun kamu berada kamu pasti mendengar suara hati aku berbicara....…Sungguh
Cinta itu ada dua sisi…sisi sedih dan sisi bahagia..sekarang aku berada di sisi sedih..aku perlu syukur juga…hehehe.semoga kelak akan datang tika dan saat aku bahagia kerana mendengar kamu bahagia. Sungguh andai aku menyinta aku perlu berkorban agar kamu bahagia...insyaAllah..amin.
kerana aku seorang aku..yang tulus menyintai kamu.
hargailah cinta yang telah aku berikan kamu....
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
hargailah cinta yang telah aku berikan kamu....
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment