topbella

Monday, June 27, 2011

Rasa-rasa cinta kasih

Tidak semua titik silang cinta bertemu tanpa airmata...
oleh itu solat, doa dan sabar perlu bersama..moga tenang hati hamba.
.................................................

Wahai Allah,
mengapa airmataku ini masih mahu mengalir...
apa yang aku sedihkan lagi..apa yang aku kenang, apa yang aku mahukan..apa yang aku cari. apa yang aku inginkan, apa yang masih kosong dalam hati ini....

Wahai Allah,
Engkaulah yang mencipta aku, Engkau yang memberi ruh padaku, Engkau yang maha mengetahui diriku, Engkau yang memberiku hati, Engkau yang memberi rasa-rasa ini, Engkau yang maha mengerti akan rasa-rasa yang ada, sampai bila aku harus meratapi dan menangis begini, mengapa aku harus tenggelam dalam lautan cinta buta ini lagi...mengapa ya Allah...

Wahai Allah,
Engkau telah memberi aku pelajaran yang baik, dan akan ku ingatinya sehingga akhir hayatku. pelajaranMu ini sangat hebat sehingga aku tak pernah berhenti untuk menangis...
airmata ini sentiasa mahu mengalir untuk membasuh segala dosa-dosaku yang lalu...

Wahai Allah,
mengapa aku sahaja yang merasa ini semua, mengapa aku sahaja yang menanggung derita jiwa..mengapa aku sahaja merasa sakitnya. Rasa-rasa itu menikam2 umpama duri-duri yang menusuk hati, aku tak tertahan lagi ya Allah...Engkaulah yang maha mengetahui...
noktahkanlah rasa-rasa gila yang memberlenggu jiwa ini, kurniakan aku kekuatan menanggung kesakitannya...andai kesakitan ini adalah kebaikan buatku di sisiMu...

Wahai Allah,
sungguh cinta kepada manusia tidak abadi, andai pintu hati itu tertutup cinta sering memanggil-manggil dengan suara rindu sedih sayu, tetapi setelah pinta hati itu telah dibuka, cinta selalu lari jauh dan terus menjauh, sukar sekali aku memahami cinta itu dan payah sekali untuk aku memanggil dan mendakapi....aku termangu dan tertanya-tanya sendiri, aku terbiar sepi aku tidak diperduli. Inikah janjiMu ya Allah, inikah takdirMu, inikah natijahnya andai aku memilih cinta dunia, ia selalu mempermain-mainkan hamba....

Wahai Allah,
aku hambaMu yang tidak tahu, aku hambaMu yang banyak dosa, aku hambaMu yang kurang ilmu dan selalu melakukan kesalahan tanpa ku sengajakan. Tunjukilah aku jalan, bimbinglah aku ke jalan kebenaran, jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan kemurkaan, bukan jalan-jalan kesesatan..

.Jangan aku di sesatkan lagi oleh kebodohanku sendiri, jangan aku mengikut hawa nafsu jangan aku mengikut hati lagi...suluhilah dengan NurMu ya Allah, agar aku menumpahkan cinta dan menyintai hanya padaMu. Cinta padaMu cinta sejati dan cinta abadi...Engkau tidak pernah mengecewakan hambaMu...kerana Engkau maha kaya... Tuhan yang mencipta cinta dan Tuhan yang menitipkan cinta.

Jangan aku sedih lagi dengan cinta dunia jangan aku menangis lagi dengan kehilangannya, kurniakan aku kekayaan jiwa agar aku tidak memandang dunia dengan cintanya dan tidak merasa susah dengan mehnah dunia yang menimpa hamba...Makbulkanlah permintaan hamba yang hina ini...amin ya Allah.

~salam kasih sayang.
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, June 25, 2011

puisi salam cinta


salam sayang...
tatkala pintu hati ku buka...
ada cinta di luar penuh harapan,
ku persilakan cinta masuk dengan sopan,
ku bentangkan sapra kasih sayang,
kasihan kamu menungguku sejak lama,
kamu katakan kamu sangat berbahagia,
pertemuan kali kedua cinta anugerah Allah
berharap aku tidak pergi ke mana-mana..
jangan aku ulangi kisah lampau..

Salam kasih...
tatkala aku mendengar luahan cinta,
aku amat bersalah kerana kejahilan suatu doa,
sehingga kamu menderita sengsara lama.
itu takdir kamu takdir aku, dan takdir kita,
kerana cinta yang tak sempat berputik dahulu,
maka adanya bunga cinta hari ini yang harum.
jua datangnya menunjukkan kebesaran Allah Taala,
bahawa setiap apa yang kita lakukan
pasti ada di sana balasan dan ganjaran.

Salam cinta...
tatkala kamu datang duniaku jadi terang,
aku umpama puteri kayangan di syurga impian,
aku masih menganggap kamu
putera rajaku yang hilang dahulu,
tulus kasih pengasih penuh cinta..
namun aku silap banyak rupanya.
dahulu tidak sama dengan kamu sekarang..
takdir cinta kita temu berbeda persimpangan,
redhalah kasih ini kehendak Tuhan.

~salam kasih sayang.
25062011
.........................................
nota kasih
“Ya Allah, maafkanlah kesalahan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami. Dosa-dosa kedua ibu bapa kami, saudara-saudara kami serta sahabat-sahabat kami. Dan Engkau kurniakanlah rahmatMu kepada seluruh hamba-hambaMu. Ya Allah, dengan rendah diri dan rasa hina yang sangat tinggi. Lindungilah kami dari kesesatan kejahilan yang nyata mahupun yang terselindung. Sesungguhnya tiadalah sebaik-baik perlindung selain Engkau. Jauhkanlah kami dari syirik dan kekaguman kepada diri sendiri. Hindarkanlah kami dari kata-kata yang dusta. Sesungguhnya Engkaulah yang maha berkuasa di atas setiap sesuatu.


indahkan pertemuan,,,, yang tulus ikhlas lagi harmoni......
persahabatan itu lebih indah kerana tiada perceraian dan permusuhan...
semoga kita terus bersahabat selamanya dalam kasih sayang...amin.
....................

.Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, June 22, 2011

Doa pendinding


Maksud :

Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.

(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)


Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin.
........................
nota kasih:
sumber petikan dari:blog islam2u

“Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan yang menyembunyikan amalnya. iaitu orang-orang yang jika tidak hadir mereka tidak dicari, dan jika hadir mereka tidak dikenal. Hati mereka adalah pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap.”

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, June 20, 2011

Janjilah hati...

hatiku ada satu...kuberikan padamu, apa lagi yang tinggal padaku..
sebab itu aku selalu menangis...kerana hidupku kosong tanpa kamu bersamaku..
wahai Allah terimalah aku di sisiMu..aku sedar kini..
aku ingin kembali bermunajah cinta padaMu..
ampuni aku dan tenangkanlah hatiku dan bahagiakanlah jiwaku..
...............................................
orang tua-tua berkata
jangan main api,
masa kecil jadi kawan
besar terbakar sendirian..

sakit pedih tak tertahan..
cinta itu adalah api..
tanpa sedar membakar diri,
tenggelam dalam perit...

janjilah hati,,
jangan kamu terpedaya lagi,
bicara cinta luahan sayangnya..
ia muslihat syaitan rupanya.

~salam kasih sayang.
20062011

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Redha kasih dengan ketentuanMu


SEBUT NAMAMU TERUKIR MERDU...
TERTULIS DALAM SAJADAH CINTA...
TETAPKAN PILIHAN SEBAGAI TEMAN,
KEKAL ABADI HINGGA AKHIR ZAMAN.

wahai Allah.
usah aku tenggelam lagi dalam cinta yang tak bertepi ini,
usah aku bergelomang lagi dalam cinta tak berpenghujung..
sungguh amat perit lagi sakit...
aku lemas sendirian tanpa kawan..
tak berdaya lagi dalam situasi begini..
aku ingin kembali....

wahai Allah.
andai apa yang aku alami ini balasan atas kejahilan masa lalu...
ampunilah aku kerana aku tidak tahu..
andai ini cara Engkau memanggil daku yang jauh...
syukurku kerana Engkau masih sayang daku..
andai inilah cara aku kembali kepadaMu,
redhalah hatiku dengan ketentuanMU..

~salam kasih sayang.
20062011
....................................
nota kasih:




.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, June 16, 2011

Salam cinta 11


~ Ya Allah...
mengapa aku harus jatuh ke dalam telaga cinta itu lagi. Tatkala aku mahu keluar, dan meninggalkannya mengapa aku harus menangis. Kenapa mudah sangat airmata aku ini mengalir. Mengapa hati aku pilu bila mengenangkannya. Sedang derita ini aku sahaja yang rasa...andai inilah caraMu ya Allah memanggil aku yang alpa lagi buta, alhamdulillah aku bersyukur kerana aku tidak tersasar jauh....~salam cinta

~Sayang....
Aku tak punya banyak cinta. Sebab itu aku tak senang2 memberikan cinta aku pada orang.Tetapi setelah aku berikan cinta aku pada kamu apa lagi yang tinggal pada aku. Namun kamu tak pandai menghargai ketulusan cinta aku. Kamu mempermain-mainkan cinta aku yang satu itu. Cinta aku pada kamu tidak ada harganya, tak bernilai langsung di mata kamu. Selamat tinggal sayang, semoga Allah menjaga kamu sedang keberadaan aku di sisi kamu tidak memberi bahagia itu pada kamu..Moga kamu tenang dalam cinta dan penjagaan Allah selalu.~salam cinta.

~Terima kasih dan alhamdulillah, dengan kata-kata itu memberi keinsafan kepada aku, sungguh mencintai manusia walau sedalam mana cinta itu, walau setinggi mana cinta itu , namun manusia tidak pernah menghargai. Sebenarnya cinta itu tidak akan sampai ke mana...akhirnya kita kembalikan cinta itu kepada Allah jua dengan membawa segala dosa-dosa hamba. Allah tetap menerima cinta kita, walau sebagaimanapun pun perlakuan kita kepadaNya. Terima kasih ya Allah kerana memanggil aku pulang agar aku tidak tersasar jauh ke tengah kesesatan..~salam cinta

~Kadang-kadang sesuatu perkara itu lebih baik kita tidak tahu daripada tahu. Kerana jika kita tahu, fitrah manusia itu akan menyesali perbuatan dan mencari kesalahan. Kemudian manusia akan menangis dan terus menangis sehinggalah datang petunjuk dan bimbingan Allah. Lalu ketenangan itu menetap semula di hati, jiwa bersemangat waja hidup ceria semula. Dunianya berwarna-warni cantik lagi indah. Sebab itu ada perkara yang Allah rahsiakan daripada kita. Sungguh itulah yang terbaik buat kita. Apa saja yang berlaku Allah tahu..Semoga Allah menenangkan hati aku...~salam cinta.

~salam kasih sayang.
07062011
.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Tuesday, June 7, 2011

Kembalilah...

" kecantikan zahir untuk sedap mata memandang,
tetapi kecantikan hati untuk menenangkan jiwa kasih...
beruntunglah siapa yang memiliki..."

Dalam hidup ini
andai kita tersalah
boleh kita undur kembali,
mohon kesalahan dimaafi.

Dalam dunia ini,
andai kita berdosa,
boleh kita bertaubat ,
agar Allah ampunkan dosa.

Amalan di dunia,
semua terakam dan tersurat,
kecil pun tidak tertinggal,
masyaAllah, Allah huakbar.

~salam kasih sayang.
07052011
...................................
Amalan manusia itu terbahagia kepada tiga, berpunca dari niatnya, kata-katanya, dan amalannya. Andai kata-kata kamu begitu tanpa niat kamu memalukan aku, cuma ingin memperingati aku, tanpa perbuatan yang melukakan hati aku, tetapi terdetik di hatiku agar Allah memberi peringatan yang terbaik kepada kamu dan Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu. Sungguh Allah itu amat mendengar, Allah maha tahu, Allah tidak rela agamanya dipersenda....

Nikmat kesihatan itu adalah anugerah Allah, dalam sekelip mata sahaja Allah boleh mengambil kesihatan itu dari kamu jika Allah inginkan. Allah buat begitu bukan Allah membenci kita, tetapi sekadar ingin mengajar kita. Allah ingin kita mengatakan bahawa "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah". Allah ingin kita sentiasa menyerah diri, merintih, menangis menyesali kesilapan yang telah terjadi. Sesungguhnya kita manusia amat bergantung harap kepada Allah, tiada daya upaya apa jika tanpa keizinan Allah. Kehendak Allah jua yang akan terjadi dan kita sebagai hamba hanya perlu meredhai.

Mohonlah segalanya pada Allah dalam solat, doa dan sabar. Andai Allah tidak mengkhabulkan permintaan kita lagi maka sabarlah. Siapakah kita, yang mahu mengajar Allah dan menghendaki Allah mengikut cakap kita begini begitu. Jika kita seorang ibu/bapa sudah pasti kita tidak akan mengikut cakap anak secara membuta tuli. Sudah pasti kita akan meneliti permintaan anak itu apakah patut dan sesuai untuk dituruti semua kehendak itu...Apatah lagi Allah, Dia Tuhan kita, dia yang mencipta kita, dia yang maha mengetahui tentang kita, sudah pasti Dia akan memberikan yang terbaik buat kita.

Kita ini terkadang meminta pada Allah begini, kemudian kita ubah fikiran meminta begitu. Itulah manusia selalu berubah2 fikiran dan berubah tindakan. Perilakunya tak tetap pada satu keadaan. Para nabi-nabi, para rasul-rasul para tabiin semuanya diuji dengan ujian2 yang hebat-hebat. Sedangkan kita baru dicuba dengan ujian yang sedikit berbanding dengan mereka...Oleh itu sabarlah andai permintaan anda masih lagi tertangguh, dan anda masih dalam ujianNya...Sabarlah setelah kesakitan pasti ada kesembuhan, setelah susah akan hadir kesenangan, setelah sedih pasti datang bahagia.... Bahagia itu milik Allah yang dititipkan ke dalam hati kita..maka syukurlah...alhamdulillah...

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Salam Subuh..


Assalamualaikum..
~ Fajar sudah pergi, subuh pula menjelma. Bangunlah sayang untuk solat menyembah Tuhan yang Esa dan yang Maha Berkuasa. Tuhan yang menghadiahkan nyawa dan memegang nyawa kita, Ini bermakna sebentar lagi hari baru akan membuka tirainya. Alam cerah semula, semua makhluk Allah memulakan rutin hidupnya. Buatlah apa saja asalkan ia dalam syariat Allah. Mudah-mudahan dalam redha Allah, selamat, sihat dan bersemangat semula. amin...~salam cinta.

~Ya semoga baik-baik saja jiwa. Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam, agar jiwa-jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha, bekerja dan beribadat kepada Allah. Putaran alam siang dan malam, suka duka, susah senang dan bahagia atau derita semuanya itu untuk membolehkan jiwa kembali ke dalam rahmat kasih yang Maha Penyayang. " ~salam cinta

~Andai kesakitan mengetuk pintu, bukalah dengan sabar. Hadirnya disitu kerana Allah menguji kamu. Solat jangan ditinggalkan. Kalau tak mampu berdiri mengangkat takbir, boleh bersolat cara duduk, bersolatlah cara berbaring, bersolat dengan isyarat kerlipan mata, atau dengan cara menghormati waktu, agar kita sentiasa dalam pandangan kasihNya. Allah menguji kita, Allah sayang kita. Allah ingin memberikan kita yang terbaik dalam pengetahuanNya, jangan kita lupa padaNya. ~salam cinta

~salam kasih sayang.

.....................
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Thursday, June 2, 2011

CINTA AKU DAN KAMU


Madah kasih sayang..

~" Tatkala hati berbisik, Allah tahu. Allah mendengar. Maka hari ini Allah telah memberikannya. masih ada cinta yang merekah, titisan airmata yang hampir kering terubat sudah. Cerita dahulu yang umpama mimpi timbul kembali dalam realiti. Hari itu aku seolah-olah sang puteri dalam drama nur kasih. Oh alangkah indahnya hidup tatkala cinta bersambut...hanya yang dapat diucapkan ialah alhamdulillah..terima kasih ya Allah menghantarkan aku cinta kasih..".~ salam cinta

~ Tatkala CINTA itu mengetuk pintu, aku masih mengantuk. Aku tidak pasti benarkah kamu CINTA AKU lalu aku tidak mahu. Aku menyuruh kamu pergi tanpa memikirkan tentang perasaan CINTA KAMU. Kamu pergi bersama airmata kasihmu, kamu tenggelam dalam lara duniamu. aku tidak tahu. Maafkan aku KASIH SAYANG kerana aku jahil dan buntu ketika itu...maafkanlah aku CINTA kerana kita menjalani TAKDIR ALLAH yang hebat seiring perjalanan masa. Ia sungguh sakit tetapi berhikmah, ya...kerana DUKA DAHULU adanya CINTA HARI INI yang sungguh membahagiakan. " ~salam cinta.

"~Allah tidak memberikan CINTA itu pada AKU 26 tahun yang lalu, kerana aku sendiri yang memintanya begitu. Tetapi DIA memberikan CINTA itu pada KAMU, Lalu kamu menderita kerana ketiadaan CINTA AKU. Kini Allah memberikan aku merasai sisa-sisa CINTA KAMU. Baru 26 hari aku sudah separuh gila kerana ketiadaan CINTA itu. Sungguh CINTA ITU sakit lagi perit. CINTA itu adalah API yang menyala panasnya sampai ke senja.. CINTA ITU adalah LAUT yang sentiasa bergelora, terkadang tenang terkadang bertaufan..... CINTA ITU adalah gunung salji terkadang sejuk lagi cantik. Airmata adalah cermin CINTA itu. Ia sentiasa menyuluh di mana saja CINTA ITU berada. Haruskah aku tenggelam dalam CINTA ITU yang kelak akan membawa aku ke liang lahat sebelum aku mati yang sebenar? ~ salam cinta

~ apalah guna kata-kata manis andai ia tidak dipraktik. " ~salam cinta.

~ "Ungkapan kasih sayang,
Kata-kata kasih tiada nilainya andai tidak diikuti dengan bukti sayangnya, kata-kata sayang tiada maknanya andai tidak diiringi dengan bukti kasihnya dan kasih sayang tiada nilainya andai tidak diiringi dengan cinta kasihnya." ~salam cinta.

Wahai Allah...
Jangan Engkau biarkan aku menyintai orang yang tidak menyintai aku, sungguh terasa amat perit sekali, kerana tiada nilai kasih sayangku di matanya. Kurniakan aku cinta orang yang benar2 menyintai aku...insyaAllah aku akan membalas cintanya itu sepenuh ragaku. Alangkah nikmatnya andai kita saling sayang menyayangi, kasih mengasihi dan cinta menyintai. Ya...umpama ADAM dan HAWA di dalam syurga...hehehe..indah bukan? Sungguh tiadalah nikmat di dunia yang dapat menandingi nikmat cinta di sana." ~salam cinta.

~salam kasih sayang..
02.06.2011
..........................
Nota kasih:
Madah2 di atas adalah ilusi penulis warkah kasih sahaja tidak mengenai sesiapa yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Andai ia mengguris hati atau memupuk prasangka buta sesungguhnya ia tidak disengaja..maaf jua yang dipinta. semoga kita semua dalam kebaikan...berlumba2 kepada keampunan Allah dalam tiap perjalanan kehidupan. Sungguh nikmatnya hidup ini andai hati suci, jiwa raga bersih, senyuman sentiasa dibibir...alangkah cantik wajah hati kasih terpancar diwajah sehari-hari.. amin


Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN