syukur hamba...alhamdulillah..
semoga semuanya sejahtera dalam ketaatan kepada Allah.
salam...sayang..
selamat Ulangtahun kelahiranmu ruhi...semoga kau selalu tenang tenteram hati... bertambah-tambah ibadat dan kebaikan tiap hari..amin
Doa hari lahir untuk kasih:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Dengan penuh rasa kesyukuran, hamba berdoa pada pagi/ hari ini 15 Januari, untuk meraikan sambutan hari lahir hamba (nama org yang diraikan)sebagai tanda kasih dan syukur hamba kepadaMu, maka hamba bermohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umur hamba dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah Ya Sami’u Ya ‘Alim...
Hamba menitipkan doa ini dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan kepada hamba isi hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar denganya dapatlah hamba menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabaranya tanpa goyah jati diri.
Ya Allah Ya Karim..
Sejahterakanlah kehidupan hamba, tenangkanlah hati hamba, bahagiakanlah diri hamba agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan Negara. Amin Ya Rabbal Alamin.

~salam kasih sayang..
tika ini...1150.... menantimu 15012011.
tika ini...1150.... menantimu 15012011.
Nota kasih:
ustaz kata...
doa orang yang kita tidak tahu dia berdoa buat kita, atau doa kita buat orang yang dia tak tahu kita bedoa kepadanya insyaAllah dimakbulkan Allah.

Ustaz kata...
kita tak harus risau kalau berdoa kepada orang lain, kerana Allah berikan kepada kita jua apa yang kita doakan, sebelum orang yang kita doakan itu mendapat apa yang kita doakan. Sungguh tak rugi berdoa sebenarnya..

akan terputus amalan pabila seseorang itu telah meninggal dunia, melainkan 3 perkara ini. Iaitu sedekah jariahnya semasa dia hidup. Ilmu yang dia ajarkan kepada orang dan orang itu mengamalkan ilmu tersebut untuk kebaikan dan doa anak2 yang soleh. Kesemua itu akan terus mengalir kepada si mati walaupun dia sedang berada di dalam kubur..Ini bermaksud amalan simati yang masih berterusan pahala walaupun dia telah meninggal dunia. Belum lagi sedekah/ hadiah orang hidup kepadanya. InsyaAllah sedekah dan hadiah pahala kepada orang yang sudah meninggal juga akan sampai kepadanya..jadi janganlah kedekut untuk menghadiahkan pahala ibadat kepada orang yang kita sayang di sana, kerana sayanglah aku berada di sini lagi, kerana sayanglah rindu itu tak pernah berakhir.....

Salam kasih sayang..semoga kita sentiasa ingat kepada mereka di sana, kerana semasa hidup di dunia beginilah dapat kita membantu mereka...menghantar dulang2 pahala tiap hari kepada mereka..semoga Allah memberi kekuatan kepada kita, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita untuk mencintai Allah dan rasulNya..itulah alamatkan cinta yang sebenarnya. Wahai Allah terimalah kami di sisiMu..Engkaulah Tuhan hamba, Nabi Muhammad penghulu hamba, Al Quran kitab hamba..Islam cara hidup hamba, tunjukilah hamba untuk menjadi seorang hamba yang menghambakan diri kepadaMu sentiasa....ya Allah ya Rabbi padaMulah tempat cinta kasih, hanya padaMu tempat kasih bersandar resah, hanya padaMu tempat kasih menumpah rindu dendam yang menghimpit jiwa. amin
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
No comments:
Post a Comment