Monday, January 31, 2011
hati kasih...
Monday, January 24, 2011
kasih sayang kita
seluruh anggota berjaga malam,
Kalau kepala selalu sujud,
Saturday, January 22, 2011
sakit itu..
jua rahmat kasih Tuhan.
(al baqarah ayat 45)
Sunday, January 16, 2011
Kenali siapa kita..
Kita mengaku ALLAH sebagai TUHAN kita,
maka taat dan patuh segala suruhanNya di dunia,
Kita mengaku NABI MUHAMMAD sebagai RASUL ALLAH penghulu kita,
maka ikutlah ajaran dan sunnah baginda,
Kita mengaku AL QURAN sebagai KITAB ALLAH kepada kita,
maka ikutlah apa yang terkandung dalamnya,
Kita mengaku MALAIKAT mengawasi mencatat AMALAN kita,
maka hendaklah sentiasalah merasa kita dilihatnya,
Kita mengakui ISLAM sebagai CARA HIDUP yang sempurna,
maka berbangga mengamalkan islam dalam kehidupan kita.
Kita mengaku ORANG ISLAM sebagai SAUDARA kita,
maka sentiasa saling jaga menjaga ingat mengingati mereka,
Kita mengaku SYAITAN itu MUSUH kita,
maka perlakulah musuh dengan selayaknya bukan sebagai teman karib kita.
Kita memohon agar ALLAh redha kita masuk ke dalam SYURGA tiap kali tahayat akhir solat kita,
maka amalan kita di dunia harus menjurus ke syurga,
Kita memohon agar ALLAH jauhi kita dari api neraka tiap kali tahayat akhir solat kita,
maka amalan kita di dunia janganlah menjurus ke neraka.
Beruntunglah hamba-hamba Allah di dunia,
yang sentiasa memperbaharui dan menyedari ikrarnya kepada Allah,
Beruntunglah hamba-hamba Allah di dunia,
yang mengambil islam sebagai cara hidupnya dan mati dalam kalimah” laa ilah haillallah.”
Wahai Allah tetaplah kami beriman dan bertakwa kepadaMu,
tetaplah kami dalam islam dan mati dalam islam.
Sungguh janji Allah benar, seungguh perhitungan Allah sangat hebat,
Allah tempat seluruh makhluk rukuq dan sujud dan bergantung harap.
~amin ya rabb.
salam kasih sayang.
Selawat Tafrijiyah...
ustaz kata ilmu yang dimanfaati oleh orang lain akan sentiasa mengalir kepada kita walaupun kita sudah berada di dalam kubur. itulah kebaikan seorang yang akan sampai kepadanya sentiasa ada walaupun dia sudah meninggal dunia. Sungguh inilah pelaburan yang berguna dan paling mudah....tidakkah kita mahu pahala itu mengalir kepada kita walau kita sudah tiada....apatah lagi jika mereka tiada harta untuk sedekah jariah, atau anak soleh di dunia. Inilah cara untuk membantu kita setelah kita berada di dalam kubur sana...Tapi kalau ada anak yang soleh yang mendoakan kita ...alhamdulillah, kalau ada harta untuk sedekah jariah..lagilah syukur banyak2..... Alhamdulillah, Subhanallah, MasyaAllah, Allah huakbar...
selawat ini dalam buku pun ada..tapi saya kolek dari sini (laman hanieliza)...kerana ia dah berformat picture dapat paste dgan mudah. Terima kasih dan semoga Allah memberi kebaikan kepada pembangun laman ini..semoga berkat ilmu yang tuan/ puan kongsi.
Saturday, January 15, 2011
Dalam kenangan...
Hari ini kasih..sayang.
Friday, January 14, 2011
Selamat ulangtahun buat ruhi...
Doa hari lahir untuk kasih:
Dengan penuh rasa kesyukuran, hamba berdoa pada pagi/ hari ini 15 Januari, untuk meraikan sambutan hari lahir hamba (nama org yang diraikan)sebagai tanda kasih dan syukur hamba kepadaMu, maka hamba bermohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umur hamba dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah Ya Sami’u Ya ‘Alim...
Hamba menitipkan doa ini dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan kepada hamba isi hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar denganya dapatlah hamba menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabaranya tanpa goyah jati diri.
Ya Allah Ya Karim..
Sejahterakanlah kehidupan hamba, tenangkanlah hati hamba, bahagiakanlah diri hamba agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan Negara. Amin Ya Rabbal Alamin.
tika ini...1150.... menantimu 15012011.
doa orang yang kita tidak tahu dia berdoa buat kita, atau doa kita buat orang yang dia tak tahu kita bedoa kepadanya insyaAllah dimakbulkan Allah.
kita tak harus risau kalau berdoa kepada orang lain, kerana Allah berikan kepada kita jua apa yang kita doakan, sebelum orang yang kita doakan itu mendapat apa yang kita doakan. Sungguh tak rugi berdoa sebenarnya..
akan terputus amalan pabila seseorang itu telah meninggal dunia, melainkan 3 perkara ini. Iaitu sedekah jariahnya semasa dia hidup. Ilmu yang dia ajarkan kepada orang dan orang itu mengamalkan ilmu tersebut untuk kebaikan dan doa anak2 yang soleh. Kesemua itu akan terus mengalir kepada si mati walaupun dia sedang berada di dalam kubur..Ini bermaksud amalan simati yang masih berterusan pahala walaupun dia telah meninggal dunia. Belum lagi sedekah/ hadiah orang hidup kepadanya. InsyaAllah sedekah dan hadiah pahala kepada orang yang sudah meninggal juga akan sampai kepadanya..jadi janganlah kedekut untuk menghadiahkan pahala ibadat kepada orang yang kita sayang di sana, kerana sayanglah aku berada di sini lagi, kerana sayanglah rindu itu tak pernah berakhir.....
Madah p'rindu dari Bukit Perindu.
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!