topbella

Sunday, November 28, 2010

Detik Kematian...



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

[C/O]
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

~salam kasih sayang.
28112010
.....................
nota kasih:
sungguh, kalau kau tahu hidup aku. Aku tanpa kamu...umpama siang... tanpa mentari, malam... tanpa rembulan, wajah... tanpa senyum, suram, sunyi, dan pilu sendiri. Itulah hakikatnya dan kepastian. Sakit dirasa tidak terkata, tika dipisahkan jiwa dari jasadnya, hanya amalan bisa redakan, bebanan derita di ambang kematian...

Ya semoga Allah memberiku ketenangan jiwa selamanya..wahai Allah bantulah aku..semoga jiwa tenang selalu ..

Denyutan nadi akhirnya terhenti, bersama nafas yang tak terhela lagi, kerana jiwa meninggalkan pergi pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Saturday, November 27, 2010

Perginya saat Indah

lagu:http://ghucymalaysia.blogspot.com/2010/02/aiman-pergisaatindah.html
sumber:http://terompahcaring.blogspot.com/2009/11/pergi-saat-indah-aiman.html
....................................................................................
Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatimu

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

~salam kasih sayang.
.....................
nota kasih:
lagu ni sekadar hiburan...semoga terhibur...
Salam Kasih Sayang"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, November 26, 2010

Tarikh 26 .11

Hari ini,
26.11
tarikh tercantik,
dalam hidupku,
serupa nombor rumah aku,
sama nombor kereta aku.
ya..syukurku.

Hari ini..
26.11,
saat yang terindah,
dalam hidupku,
tiba-tiba mentari menyapa,
menghantar cahaya cinta.
ya... alhamdulillah.

Hari ini,
26.11,
walau tidak kau tahu,
dalam hidupmu,
kasih itu bukti kekuasaan Allah,
tetap hidup selamanya.
ya...InsyaAllah.

~salam kasih sayang.
26.11.2010
....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Wednesday, November 24, 2010

Cintaku...


aku ingin,
menyintaiMu dalam solatku,
juga di luar solatku.

semoga aku,
menyintaiMu dalam solatku,
kerana aku tahu Kau begitu cemburu,

izinkan aku
untuk kusyuk dalam solatku,
agar aku menyintaiMu sepenuh ragaku,

luruskan pandanganku,
untuk menyintaiMu di luar solatku,
agar aku tidak tertipu dengan nafsuku.

tolonglah aku,
untuk mengabdikan diri menyintaimu,
kerana hidup dan matiku untukMu.

~salam kasih sayang.
24112010
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Friday, November 19, 2010

lihatlah dia...

sesungguhnya hidup dan matiku kerana Allah.
hamba yang terbaik itu hamba yang bermanfaat kepada orang lain
Dia...
dengan darahnya,
dengan dagingnya,
dengan tulangnya,
dengan bulunya.

Dia...
sanggup berkorban,
kerana Allah,
merasa tenang,
kerana kebenaran.

Dia...
hanya seekor haiwan
yang tidak punya aqal,
serendah-rendah kejadian,
bahagianya berkorban.

Kita...
yang punya aqal,
yang punya keimanan,
yang tinggi peradaban,
yang enggan berkorban.

Dimana...
kita berbanding dia,
mengapa kita masih bertangguh,
kembalilah kepada keampunan Allah,
ibadat, hidup mati kita kerana Allah.

Salam Kasih Sayang
19112010
...................................
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
.........................
nota kasih:

Thursday, November 18, 2010

Pesanan hamba...


salam kasih sayang..
suatu hari...aku tanya.

"seratus tu cukup kah, saya hairan kenapa awak tak dapat gaji lagi hari tu. semua orang dah dapat gaji hari tu, untuk bulan November. moga ujung bulan ni dapat.."

" Ya ok ja, lambat cepat ada hikmahnya. Mcam hubungan kita ni, juga berhikmah kalau kita ikhlas. Saya sangat terharu awak tak pernah cemburu, dan bersangka buruk kepada awak selama ini. Kalau awak tak suka sesuatu awak diam, itu yang saya faham. Atas semua itu saya ucapkan terima kasih. Ya semoga Allah melimpahkan kebaikan kepada kita. insyaAllah."

"Ya tak apa...apa yang saya kata awak usah ambik hati, Saya jenis banyak cakap dan emparti sebab tu saya lebih bermosi, hehehe...Saya yakin sekarang awak dalam fasa2 ujian, jadi harus sabar. Saya selalu berpesan kepada budak2 saya jangan lupa pandang ke bawah tatkala berada di puncak kejayaan. Semoga nikmat yang dikecapi itu berpanjangan. Ok di masa depan saya selalu ada jika awak berada dalam kesusahan. InsyaAllah.."

ya..semoga kita ikhlas melaksanakan pengorbanan...keikhlasan yang dinilai di sisi Allah.semoga kita semua ikhlas dalam tiap amalan.amin

Suatu hari yang bernama kelmarin itu telah berlalu...tetapi keindahannya tetap terasa dan melekat di hati...mungkin selamanya akan ku ingati....entahlah kasih sayang..kamu tak pernah berpisah sebenarnya.....

~salam kasih sayang.

Salam sayang ..berbahagialah..

dia...sanggup berkorban dengan nyawa, darah, daging,
sedang dia hanya seekor haiwan.
Mengapa kita yang diberi aqal fikiran sanggup mensia-siakan
anugerah hidup yang telah Allah kurniakan,
Pada yang berkorban sesungguhnya tiap helai bulu yang ada padanya,
adalah kebajikan,
semoga kita jua terus berkorban apa jua
untuk Allah dan kerana Allah. Insya Allah.
............................................................................................................................................

Salam sayang..Jangan bersedih..

Wahai ummat manusia sekalian,
wahai orang yang bosan dengan kehidupan,
yang tidak bersemangat dengan hidup ini,
yang hari-harinya sempit,
yang jalan nafasnya tersumbat,
di sana ada kemenangan yang nyata,
pertolongan yang semakin dekat,
jalan keluar dari kesempitan,
kemudahan setelah kesulitan.

Di sekitar anda,
ada hal-hal kecil yang tersembunyi,
ada cita-cita yang indah,
ada masa depan yang menjanjikan,
ada janji yang pasti.

Sesungguhnya...
kesulitan yang anda rasa ada jalan keluarnya,
dalam musibah yang dirasai
ada perkara yang menyelamatkan anda,
justeru dalam perkara yang anda tidak sukai
ada kenikmatan dan kebaikannya.

Wahai manusia
sudah saatnya
anda menggantikan keraguan dengan keyakinan,
penyelewengan dengan kebenaran,
ketidaklurusan fikiran dengan hidayah,
ketidaklurusan jalan dengan petunjuk Allah,
menyingkap kegelapan dengan fajar sadiq,
menggantikan harapan yang pahit dengan keredhaan yang manis,
cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi seluruh kehidupan.

Wahai manusia,
di sebalik ladang yang gersang itu,
ada tanah subur yang rezekinya melimpah ruah.
di atas gunung yang pejal itu,
ada kebun yang subur yang tidak perlu siraman hujan lebat,
kebun itu memberi khabar gembira, harapan dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur,
yang selalu mengeluh kerana kegelapan,
kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi.
pagi akan menyinarkan cahaya kegembiraan dan kesenangan.

Wahai orang yang hatinya ditimpa kesedihan,
melangkahlah dengan perlahan,
di ufuk sana telah tersedia...
jalan keluar yang akan memberikan keringanan.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air,
hentikanlah aliran airmatamu itu,
dan berikan kenikmatan kepada kedua bola matamu,

Tenanglah...
kerana anda berhak mendapat perlindungan, pemeliharaan
dan kebijaksanaan daripada Penciptamu.

Tenanglah...
kerana anda berurusan dengan Zat yang berkuasa atas urusanNya,
Yang Maha Bijaksana ke atas hamba-hambaNya,
Yang Maha Pengasih terhadap makhluknya,
Yang Maha Indah dalam segala pengaturannya.

Tenanglah...
kerana akhir perjalanan itu adalah kebaikan,
hasilnya adalah kesenangan dan penutupnya adalah kemuliaan.

Ingatlah...
setelah kefakiran itu ada kekayaan,
setelah kehausan akan ada kesegaran,
setelah perpisahan akan ada pertemuan,
setelah bertengkar akan datang kerukunan,
setelah terputus akan ada persambungan,
setelah tidak dapat tidur malam akan datang ketenangan.
jadikan sabar dan solat sebagai teman.

~salam kasih sayang.
18112010
.......................
sesungguhnya..
"keresahan dan kesedihan itu ada dalam keraguan dan prasangka buta,
sementara jalan keluar dan kelapangan hati itu ada dalam keyakinan dan keredhaan jiwa."
semoga Allah memberi anda yang terbaik dalam hidup ini..

SALAM EIDUL ADHA KEPADA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT,
MUKMININ DAN MUKMINAT DI SELURUH DUNIA..
SEMOGA DI PERMUDAHKAN ALLAH TIAP URUSAN HIDUP ANDA. AMIN



Sunday, November 14, 2010

Syukurku...

Malam..
walaupun pekat gelap,
namun rembulan sudi datang,
alamku berseri,
sesekali hujan menyimbahi,
alamku kedinginan lagi.

Malam...
merangkak menemui fajar.
ada insan sudi bersimpuh,
rukuq dan sujud
merintih dan menangis,
menyesali dosa-dosa diri.

Malam..
adalah lukisan hidupku,
menantimu penuh sedar,
menyedari hakikat,
masaku belum terlambat,
untuk bertaubat.

Semoga...
hari-hari terakhir ini,
kita sempat untuk beribadat,
maafkan aku sayang..
salam kasih membuatku sedar,
perjalanan kita hampir tamat.

Semoga...
esuk suriakan memancar,
mengering titis jernih yang terlekat.
tanda umur kita masih panjang,
dhuha senyum menghantar salam,
syukurku padaMu Tuhan,

~salam kasih sayang.
14112010
.................................
ya semoga kamu tahu...semoga kamu faham semoga kamu menerima malam seadanya. Malam yang penuh dengan pelbagai cerita...malam yang penuh dengna mehnahnya. Malam tetap gelap tanpa rembulannya..Sekali sekala walau ada lampu2 menghiasi dunia, namun siapalah yang akan sedar ia berharga...jika diri awak sendiri tiada di dalamnya. Hanya aku yang merasa...hanya aku yang merasa....ya..ini semua takdir aku...aku pasrah menerima..namun aku tetap sayang..semoga aku ikhlas menerima apa adanya..amin.

Thursday, November 11, 2010

Diam sabar berhikmah

sayang kamu...selamanya menyayangi kamu...
tidakkah kamu sayang aku....selamanya merindui aku..???
terpulang pada kamu...semoga Allah memberi yang terbaik buatmu..amin.

salam..

Hari ini,
aku mula mengerti,
kalau orang bercakap,
aku mendengar dengan teliti,
jangan menyampuk lagi,
cuba mendengar dengan hati.

Hari ini,
aku lebih memahami,
kalau orang marah,
aku tidak perlu melatah,
aku cuba muhasabah.
diam dalam sabar.

Hari ini,
aku lebih tenang,
kerana aku lebih faham,
biar bola dunia berputaran,
itu urusan Tuhan,
cuma kita beri peringatan.

~salam kasih sayang.
11102010
.................................
sesekali diam sabar itu lebih berhikmah, daripada banyak mulut, becok hehehe...
diam lebih bermakna kerana diam boleh menjawab segala persoalan yang ada...
lagi pula diam tidak membawa banyak dosa masuk dalam jiwa...
semoga aku suka diam agar aku lebih tenang..untuk beribadat kapada Tuhan.
Wahai Allah, jadikanlah permulaan hari ini kebaikan, pertengahan hari ini kemenangan dan penghabisan hari ini kejayaan. amin...

Sunday, November 7, 2010

Adik saya...


Salam..
apa khabar..
mulai hari ini,
awak anggaplah saya kakak awak,
awak adik saya..!!!

Jadi...
Ok lah...
saya kakak awak,
kan ambil berat awak semampu saya,
awak adik saya.!!

Emm...
selama ini,
saya dah letih jadi kawan awak,
semoga saya jadi kakak yang baik,
buat awak adik saya!!.

hehehe...emmm..
ya insyaAllah
ya kasih sayang.


~salam kasih sayang.
07102010
.................................
nota kasih:
Sesungguhnya ukhwah fillah itu suci, hubungan persahabatan itu murni, hubungan persaudaraan lagi bersih dan abadi. Kadangkala hubungan kekasih seringkali membenihkan prasangka, menyebabkan perkelahian sesama kita dan akhirnya berlaku permusuhan. Selalu kita dengar hubungan perkahwinan berakhir dengan perceraian. Tetapi persahabatan dan persaudaraan tiada akhirnya. Umpama tasbih ada mula tetapi tiada pengakhirnya. Diratib untuk berzikir mengingati Allah, dan untuk mencari redha Allah.

Justeru hubungan persaudaraan dan persahabatan itu suci selamanya lagi abadi dunia dan akhirat sana. Semoga hati kita itu sentiasa baik, kerana kebaikan dan keikhalasan yang bernilai di sisi Allah. Dunia ini sekejap sahaja, semua kita akan dikembali kepada Allah, semoga kita berusaha memberikan persembahan yang terbaik setiap hari, kerana sesungguhnya hidup, mati dan ibadat kita hanya untuk Allah swt. InsyaAllah..

Saturday, November 6, 2010

Bantulah hamba

Wahai Allah berilah aku kekuatan menempuh segala dugaan hidup.
Tunjuklah aku hikmah di sebaliknya agar aku redha dan mensyukurinya..amin



Wahai Allah,
tolonglah hamba,
bagaimana untuk melupa,
Engkau memberi hamba rasa,
cinta kasih sayangnya,
Engkaulah yang berhak
mencabutnya semula.

Wahai Allah,
sungguh rasa hamba,
separuh gila cemburu buta,
tak terdaya menanggungnya,
rasa pilu, sedih dan malu,
bermain di minda,
bantulah hamba.

Wahai Allah,
tiada yang bermakna,
melainkan cinta kerana Allah,
tiada yang ku damba,
hanya rahmat kasih Allah
bimbinglah hamba,
menuju redha Allah.

~salam kasih sayang.
05102010
...............................................
Nota kasih:

Ya Allah,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut NamaMu.
Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyernpurnakan keta'atan kepada perintahMu.

Ya Allah,
kurniakanlah kami iman yang sernpurna, hati yang khusyuk,
ilrnu yang berguna. keyakinan yang benar-benar mantap.

Ya Allah,
Kurniakanlah kami Din cara hidup yang jitu dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta iasa orang lain.
Berikanlah kami Ya Allah lman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selaindari Engkau sendiri, atau rnenyembah selain dari Engkau sendiri

Kembangkanlah lembayung Rahmat Mu kepada kami. keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sarna kami.

Jangan Ya Allahm
Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu.

Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah)

amin ya Allah

Friday, November 5, 2010

REDHA TAKDIR ALLAH


Jika kamu nampak,
lingkungan diri kamu,
antara solat dan luar solat,
alangkah bahagianya hamba,
jika semuanya ibadat.

Jika kamu tahu,
tempatmu seorang hamba,
dalam solat dan luar solat,
alangkah bahagianya,
jika semuanya taat.

Jika kita sedar,
hidup ini sebuah drama,
ada pengarah, watak dan cerita,
tentu kita tak marah tapi redha
semua itu takdir Allah.

~salam kasih sayang.
05102010
............................
nota kasih
Maka bertasbihlah kepada Allah di waktu kamu berada di petang hari dan waktu kamu berada di waktu subuh. dan bagi-Nyalah segala puii di langit dan di bumi dan di waktu kamu berada pada petang hari dan di waktu karnu berada di waktu zuhur

Dia rnengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan
menghidupkan burni sesudah matinya. Dan seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari kubur).

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia rnenciptakan kamu dari tanah, kemudian tlba-tiba kamu (rnenjadi) manusia yang berkembang biak.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya.
Kemudian apabila Dla memanggil kamu sekali panggilan dart bumi, seketika itu (iuga) kamu keluar (dari kubur].

Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.

Semoga tiap saat perjalanan hidup kita diredhai Allah..amin




Istiqfar Akbar.

Bismilla hirrah ma nirrahim..

Allah humma,
Engkau adalah Tuhanku,
tidak ada Tuhan selain Engkau;
Engkau yang Menciptakan dan aku abdi-Mu,
dan aku berada dalam perjanjian denganMu,
ikrar kepadaMu (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku,
dan aku berlindung pada-Mu,
dari kejahatan apa-apa yang aku lakukan terhadapMu
aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku;
dan aku mengakui dosaku,
maka ampunilah aku,
kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa,
kecuali Engkau.

amin ya Allah

~salam kasih sayang

Salam buat langit




Salam buat langit,
Kasih dari bumi,
aku masih di sini,,,
memandangmu,
nun jauh,
rinduku.

Salam buat kasih,
sayang di hatiku.
salam buatmu,
ingatilah daku
dalam
rindumu.

~salam kasih sayang
05102010
.........................
Nota kasih:
tak perlu aku beritahu, Allah tahu rasaku dan hatiku. Aku belajar memahami, aku belajar menghargai. Ya...aku belajar menghargai apa yang aku ada, aku belajar menerima apa yang aku tiada, dan belajar untuk tidak mengharap apa2 yang belum ku punya...Sungguh semoga aku tenang bersama yang aku ada dan semoga aku tak kecewa dengan apa2 yang aku tiada..semoga aku bersyukur dengan nikmat Allah..

Sungguh aku redha dengan takdir Allah, perancangan Allah buat hamba itu adalah yang terbaik. Apalah yang diharap dengan dunia, sungguh dunia ini tiada harga di sisi Allah. Jika dunia ini bernilai di sisi Allah, Allah tidak akan memberi makan orang2 kafir..tetapi di sisi Allah dunia ini tiada harganya walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk pun...lagi pula dunia ini sekejap sahaja, jika kita menderita, maka derita itu sekejap sahaja berbanding masa di akhirat sana...semoga kita tidak tidak merasa kecewa dengan dunia dan isinya...
wahai Allah sihatlah zahir dan bathin kami jadikanlah kami hamba-hamba yang terus beribadat kepadaMu...amin..ya Allah.

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN