topbella

Thursday, July 29, 2010

OGOS INI DATANG LAGI...


Ogos ini,
datang lagi.
walau sekadar sapaan,
kau telah memulakan,
kupersilakan kamu duduk tenang.
tiba-tiba aku tengelam,
amat sukar amat payah,
aku seorang,
dalam telaga perasaan,
inikah kehendakMu,
wahai Tuhan.

Ogos ini,
terlakar sudah
sejarah kasih sayang,
walau hanya sebuah harapan,
mimpi atau kenyataan,
tiada kesudahan,
amat sukar amat payah,
aku seorang,
menongkah halangan,
inikah anugerahMu..
wahai Tuhan.

Ogos ini,
titik-titik berserekan,
walau sekadar catatan,
itulah tulus kasih sayang,
dengarkah kau di kejauhan?
sedang bara kasih yang ku genggam
sungguh memeritkan,
aku seorang,
berikan aku kekuatan,
wahai Tuhan,
Yang Maha Penyayang.

~salam kasih sayang.
.........................
nota kasih:
sekali bersahabat...selamanya sahabat.
sekali berkasih...selamanya kasih,
sekali bercinta...selamanya menyinta..
tak pernah hilang tak pernah terbuang.
ia ada tetap ada seumpama udara yang ku hela...

Semoga ramadhan ini akan menitipkan ketenangan buat semua... agar perindu akan menemui yang dirinduinya...semoga hambaAllah akan menemui yang cintainya. Semoga manusia kembali kepada fitrahnya yang akan tenggelam dalam cinta kasih kepada Khaliknya. Sementara kasih pulanglah, cinta kembalilah, jiwa tenanglah, hati khusyuklah. amin. Sesungguhnya cinta kasih kepada Allah, hakikat cinta sejati dambaan para kekasih... insyaAllah.!
amin ya Allah


DANAU KASIH


Danau kasih
Di saatku berlari
Mengejar mentari
Engkau menanti
Pasrah engkau menanti
Sekeras hatiku
Walaupun perit

Kau yang mengharap kasih
Ku mengendahkan
Menyisir airmata
Menghapus lara

Kau ikat pada janji
Akulah yang satu
Rela merintih dari terpisah

Kau kekasihku
Kilauanmu bak mutiara
Tak terpamir dibingkai kaca

Walau hujan berkurun
Didanau kasih bergelora
Takkan tawar
Lautan cintanya..

...................
NOTA KASIH:
SAJAK INI AKU KUTIP DARI LAMAN INI http://papa-mafia.blogspot.com/...TAK ADA APA2 CUMA...SEKADAR MENGHAYATI DAN MENGHARGAI KARYA SENI.,..SEMOGA ALLAH MENENANGKAN JIWA HAMBA2 NYA YANG MERINDU...SEMOGA PARA PERINDU AKAN MENDAPAT KERINDUAN MASING2....HEHEHE.

Saturday, July 24, 2010

TOLONG SAMPAIKAN PADANYA....


Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak kaki itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, kita adalah tuan dalam menundukkan perasaannya.

Tolong ingatkan si dia. aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya.
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..SesungguhnyaMu Ya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambamu. .Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

SaLaM KaSiH SaYaNG...
24082010
........................
NOTA KASIH

CORETAN INI DI KUTIP DARI SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA (SIM)...TQ DAN SEMOGA DIRAHMATI ALLAH SELALU PENGIRIMNYA KERANA SUDI BERKONGSI ILMU...

Friday, July 23, 2010

CINTA ITU


Cinta itu...
tak pernah tua,
ia sentiasa muda..

Cinta itu...
tatkala ia datang,
duniamu jadi terang..

Cinta itu...
jika kau punya,
di mana saja akan ada ceria,

Cinta itu...
jika meninggalkan hamba,
dunianya gelap gelita.

Cinta itu...
usah ditakuti atau dibenci
ia anugerah Ilahi.

Terimalah apa ada cinta,
cinta sejati atau cinta buta,
untuk menguji keimanan kita.

~kasihsayang.
23082010

WAHAI cINTA..


Salam kasih,
seminggu ini aku tidak bermaya.
duniaku gelap sunyi sayu dan hiba,
dalam tidur ku berharap mimpikan kamu,
setelah jaga yang pertama ingin ku lihat adalah kamu,
sedang seharian ingin sangat aku bersamamu..

Wahai cinta...
walaupun kau dalam bayangan mata...
betapa indah dan bahagia dapat aku rasa..
apatah lagi jika cinta memberi respon dan kasih sayangnya,
apatah lagi jika cinta melekat dan menetap di hati selamanya.
betapa indah dan bahagianya hamba..

Wahai cinta..
walau aku tidak dapat memilikimu,
namun persinggahanmu sekejap dalam hidupku,
terasa indah dan aku amat bersyukur,
memori terindah buat diriku..
cinta aku sentiasa ada untuk kamu.

Wahai sayang..
walau aku tidak menghubungi,
bukan bermakna aku melupai,
aku pun malu pada diri sendiri,
ngejar-ngejar orang tak sudi...
lebih baik dok senyap2 ngaji.

~salam kasih sayang.
23.08.2010
......................
NOTA KASIH:
SAJAK INI SAYA KUTIP DARI : BLOG TAMAN KASIH SAYANG..
YA...SUKA DENGAN SUSUNAN KATA2NYA, SEMOGA KTIA SEMUA DIBERI ALLAH TENANG JIWA..AMIN.

Sunday, July 18, 2010

Di suatu sudut hati kasih..


Wahai Allah,
Engkaulah yang Maha Mengetahui akan rasaku ini,
Mengapa aku tenggelam dalam kesedihan ini lagi,
Mengapa aku harus menangis...
Mengapa kesedihan ini hanya aku yang merasa,
Apalah dosa-dosaku sehingga aku menanggung azab seksa sekian lama...
Sembuhkanlah penyakit rinduku ini..
Berilah aku penawar rindu itu dalam rahmat kasihMu,
agar aku tidak mengharapkan kasih makhluk,
dalam aku beribadat kepadaMu,
amin ya rabb...

Wahai Allah,
jika hamba berdosa ampunilah dosa-dosa hamba.
Jika hamba jahil kurniakanlah hamba ilmu pengetahuan dengan kemurahanMu,
Jika hamba bodoh tunjuklah hamba jalan yang lurus dengan rahmat kasihMu,
Jika hamba lupa ingatkanlah hamba dengan pandangan belasMu,
hamba ini zalim, jangan hamba menzalimi diri hamba lagi dengan kebodohan hamba,
Tiada daya upaya hamba mengadakan sesuatu hajat melainkan dengan keizinanMu,
wahai Allah wahai Tuhanku yang Maha berkuasa lagi Maha mengetahui..
amin ya rabb...

Wahai Allah,
hamba ini hamba yang dungu lagi menzalimi diri sendiri,
berilah hamba petunjuk dan hidayahMu,
agar hamba tenggelam dalam cinta kasihMu sepanjang waktu,
Tiada yang lebih baik cinta melainkan cinta kasihMu ya Allah,
Jangan hamba kecewa dengan cinta manusia,
Sesungguhnya nikmat di sisiMulah yang lebih sempurna yang hamba damba.
amin ya Allah..

Wahai Allah...
Kurniakanlah pada hamba kekayaan jiwa agar hamba tidak mengejar dunia dan segala isinya,
jadikanlah hati hamba ini redha terhadap segala pemberianMu dan Engkau meredhai hamba sedang hamba adalah seorang yang kerdil, kecil lagi hina di sisiMu,
hamba menadah tangan memohon agar Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa hamba,
dosa ibubapa hamba, suami/ isteri hamba, anak-anak hamba, adik beradik hamba, sahabat2 hamba, jiran-jiran hamba, kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. Sesungguhnya kami ini jahil, terkadang kami melakukan kesalahan kerana kealpaan dan hawa nafsu semata-mata, kasihanlah kami, maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami..... Engkaulah Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, tiada sekutu bagiMu dan Engkaulah penerima taubat lagi maha pengampun..
amin ya rabb...

Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W yang telah menyampaikan risalah islam yang benar ini dengan amanah dan sabar...serta kaum kerabat baginda, sahabat-sahabat baginda seluruhnya..amin ya Allah.

kasih sayang kasihabadi kasihdihati.
18072010
...............................
nota kasih:

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(al baqarah ayat :286)

Wednesday, July 14, 2010

Syaaban ini....




MADAH KASIH:

~ Bulan SYA’ABAN keagungan malamnya dengan NISPU SYAABAN seperti keagungan RAMADHAN dengan LAILATUL QADARnya..

~Sabda Rasululullah S.A.W, Bahawa kelebihan REJAB atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan QUR’AN atas segala KALAM..

~ Kelebihan SYAABAN atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan AKU atas segala AMBIA’ (NABI-NABI)

~ kelebihan RAMADHAN atas BULAN-BULAN LAIN seperti kelebihan ALLAH atas segala MAKHLUKNYA.

kasih4u
14072010

.....................................

nota kasih:

Allahumma. aku teriaga olehMu dalam nikmat, afiat (keselamatan dari bala bencana), dan teriaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat. amin ya rabb...

Rezeki awak dalam rezekiku...



Sebenarnya Allah meminjamkan harta, wang ringgit, suami atau isteri dan anak-anak untuk sementara. Itu semua adalah milik Allah Taala, Bila-bila masa Allah mahu mengambilnya kita tidak boleh marah. Allah memberikan kita rezeki kita syukuri, Allah memberi kita pendapatan bulanan kita menggunakannya lebihan kita simpan. Selagi mana wang itu kita simpan …ia bukan lagi menjadi rezeki kita. Wang itu milik Allah. Allah berkuasa untuk memberikan rezeki pada siapa hambaNya yang dikehendakiNya. Dengan izin Allah jua aku meminjamkannya pada awak. Mungkin jua kerana ketakwaan awak kepada Allah, wang itu menjadi milik awak bilamana awak menggunakannya untuk keperluan awak. Sungguh kita cuma menyimpannya, tiba masanya wang itu menjadi milik orang yang lebih berhak dan bertakwa kepada Allah sementara aku tidak berdaya menghalangnya…

Allah memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada awak kerana keredhaan awak terhadap kehidupan dunia awak yang sederhana. Jika aku bertakwa dan lebih ketakwaanku kepada Allah aku jua akan mendapat rezeki yang tidak disangka itu…Wang yang kita guna untuk kebaikan kita samada membeli makanan, pendidikan atau pakaian dan lain-lain untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat itulah rezeki dan milik kita yang sebenarnya. Kerana apa...kerana sesungguhnya rezeki seseorang hamba Allah itu telah di tulis dan sampai masanya kita semua akan mendapatkannya...oleh itu marilah kita bersyukur dengan nikmat rezeki yang telah Allah anugerahkan melalui hamba-hambaNya. Lagi pulak rezeki-rezeki yang banyak melimpah ruah itu tanpa diminta bayaran...masyaAllah..
Insya Allah..

kasih4u
14072010
........................................
nota kasih:
"Allahumma, nikmat apa pun yang kuperoleh dan diperolehi seseorang di antara makhluk-Mu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, rnaka bagimu segala puji dan syukur."

Saturday, July 10, 2010

Wasiat Jiwa...


Kalau cinta itu ada sayapnya....
terbanglah dan hinggaplah di hati dia

berbisiklah kepada dia
yang telah ku berikan hati ku

berbisiklah tentang rasa ku yang satu
serulah kepadanya Cinta

sapalah dia Cinta dengan cintaku
dia yang sedang memandang aku

dalam balam-balam air matanya
pandanglah kepada dia....

dan ceritalah Cinta tentang aku
yang sedang menautkan bilah-bilah lara di hatinya.

.....................................
Aku cuma ingin berkongsi dengan kamu.... selepas ini, tersenyumlah! dan bintang-bintang di awanan juga kan tersenyum melihat indahnya senyum mu.

Manakala engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa, maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan. jangan ragu-ragu untuk tersenyum, kerana di dalam dirimu ada kekuatan besar yang meluap dengan tersenyum. jangan menekan kekuatan itu, kerana dengan menekannya bererti engkau memaksa jiwamu masuk ke dalam botol penderitaan. tersenyum tidak akan merugikanmu. bicaralah dengan orang di sekitarmu dengan bahasa qalbu. alangkah indahnya bibir kita ketika berbicara dengan bahasa senyum.

Ketika engkau tersenyum di hadapan orang lain, maka engkau sedang memberikan mereka kehidupan yang indah, khabar gembira yang mereka harapkan. namun, ketika engkau menemui orang lain dengan wajah kusut dan garang, maka sesungguhnya engkau telah menyiksanya dengan hal itu serta mengeruhkan suasana indah dan jernih dari kehidupan mereka.

Kita tidak akan mampu untuk bersemangat dalam melakukan suatu pekerjaan yang baik, sedangkan kita dalam keadaan gelisah. salah satu perasaan ini saling meniadakan yang lainnya. ketika engkau merasakan bahawa kegelisahan akan menggoyangkanmu pada hari ini, maka kembalikan ingatanmu pada keadaan yang paling buruk yang engkau alami masa lalu. saat hati mu di koyak-koyakkan. pada masa itu sehingga engkau sendiri rasa tiada kekuatan untuk mencantumkannya kembali. tetapi demi masa dan kekuatan dalaman mu sendiri engkau bangun melawan ombak kesedihan. dan kini pabila ombak kesedihan itu sendiri surut apakah mau engkau merebutnya kembali dari pasir-pasir yang berserakan?

Ketika musim dingin datang menutup pintu kamarmu dan bukit salji mengepungmu dari segala penjuru, maka tunggulah datang musim semi, dan bukalah lebar-lebar jendela jiwamu agar angin sepoi-sepoi masuk membawa udara yang jernih dan segar. lihatlah ke arah sana, kau pasti akan melihat sekawanan burung yang kembali berkicau dengan merdunya. katakanlah itu dodoian jiwamu. engkau akan melihat matahari menyebarkan sinarnya yang keemasan di sela-sela dahan pepohonan. perhatikan tunas-tunasnya yang tumbuh aku juga ada disitu. pabila engkau melihat semua keindahan itu, hati mu kan berkocak dengan rasa yang baru. kompang di hati memukul dengan irama yang merdu. datanglah mendakap angin sepoi-sepoi, peluklah kolam rasa itu dengan semangat yang jitu. engkau tidak pernah berseorangan, aku selalu menemanimu.

Janganlah engkau pergi ke tengah padang pasir untuk mencari pohon yang indah, sebab di sana engkau tidak akan menemukan apa-apa selain kesunyian dan keheningan yang membebat hati nuranimu. lihatlah pohon-pohon indah beratus-ratus di sekelilingmu. awan yang berarak sentiasa menaungimu dengan bayangannya, membahagiakan mu dengan buah-buahannya, dan memberikan kamu dengan nyanyian.

Jangan engkau mengingat hari kelmarin yang menyakitkan. kerana, sesungguhnya umur itu bila telah gugur salah satu daunnya, maka ia tidak akan pernah kembali lagi. namun setiap musim semi, daun-daun yang baru akan tumbuh. maka, lihatlah daun-daun yang menutupi wajah langit itu dan biarkan daun yang gugur itu ke tanah, kerana ia telah menjadi sebahagian dari tanah.

Apabila hari kelmarin telah beranjak meninggalkanmu, maka di hadapan mu ada hari ini. biarkan kelmarin itu menjadi suatu lipatan sejarah purbakala. hari ini kamu lalui dengan anugerah yang terindah. dan esok biarkan ianya menjadi suatu misteri. jangan biarkan dirimu terus bersedih dengan hari kelmarin itu. sebab ia tidak akan kembali. jangan pula menyesali hari ini, kerana hari ini juga pasti akan pergi tetapi impikanlah mentari yang bersinar terang di hari esok yang indah di tepi jendelamu. maka tersenyumlah!

Alihkan pandanganmu ke taman nan ceria
di esok hari nanti akan penuh dengan nyanyian
burung-burung yang berkicau

Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada diri kalian kecuali telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang sedemikian itu) supaya kalian tidak berputus asa atas apa yang luput dari kalian dan supaya kalian tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan kepada kalian. Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. (surah Al-Hadid : ayat 22-23).

Wahai Allah tempat mengadu orang yang dilanda kesedihan dan kecemasan
Engkaulah yang mempersiapkan segala sesuatu yang terjadi

Musa 'Alaihissalam berkata: "ya Tuhanku, ajarilah daku suatu doa agar aku dapat berdoa dan bermunajat kepadaMu." Allah berfirman: "hai Musa, katakanlah "Laa Ilaha Illallah" (tiada Tuhan yang berhak disembah, selain Allah). Musa berkata: "semua orang mengucapkan Laa Ilaha Illallah." Allah berfirman: "hai Musa, seandainya tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi dalam suatu sisi timbangan, sedang sisi yang lain terdapat kalimah Laa Ilaha Illallah, nescaya yang ada kalimah Laa Ilaha Illallah akan lebih berat.

Subhanallah

Aku berkata kepada diriku sendiri. lemparkanlah kedukaan itu sejauh-jauhnya.
berbahagialah sebab kedukaan itu sesungguhnya tidak pernah ada.


~ kepedihan yang selalu mendera pada saatnya nanti pasti akan pergi.
selepas kesedihan pasti akan datang ketenangan...bukankah selepas gelap malam akan datang fajar yang menandakan subuh akan menjelang. Kan pasti cerah kan datang..selepas gelap malam akan hadir siang..di sana keindahan alam maya yang dinanti-nanti. Tetapi gelap malam pun punya keindahannya yang tersendiri..apa yang penting kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri...insyaAllah alhamdulillah...usah bersedih.

~jiwa.
.......................
Nota kasih:
Aku simpan di sini sebagai kenangan..maafkan aku jika ada salah silapku yang sengaja atau tidak sengaja...yang tahu atau aku tidak tahu. Kita manusia punya salah silap dan semoga Allah mengampuni kita semua. Semoga semuanya berada dalam kebahagiaan milik masing-masing..sesungguhnya tiap peristiwa yang terjadi di atas muka bumi ini tiada satupun yang sia-sia, pasti Allah telah tulis tujuan dan hikmahnya kepada kita. Semoga kita semua redha dengan ketentuan Allah..dan prasangka baik dengan Allah..subhanallah..dan alhamdulillah...

Friday, July 9, 2010

Dari lubuk hati kasih...


~ Wahai Allah,
Tunjukilah aku ini. Usahlah aku menghubunginya lagi jika itu tiada manfaat bagiku.
Kurniakan aku orang yang menyintaiMu kerana aku ingin menyintai orang yang menyintaiMu untuk membawa aku ke syurgaMu..amin

~ Ya Allah,
aku mohon petunjukMu kepada jalan yang lurus, Jalan orang yang telah Kau berikan nikmat bukan jalan kemurkaan dan bukan jalan kesesatan...amin

~ Ya Allah,
tolonglah aku, jauhkanlah dari segala keburukan dek hawa nafsu dan runtunan syaitan.
tiada daya upaya aku melakukan sesuatu melainkan dengan izinMu,
Kuatkan keimananku janganlah aku berbuat maksiat terhadapMu, Amin ya Allah

~ Wahai Allah,
Engkaulah maha mengetahui, Peliharalah mereka dalam keimanan dan ketenangan. Sihatkanlah mereka. Kurniakan aku kekayaan jiwa agar aku tidak terluka dengan kerenah dunia. Tunjukilah aku, peliharalah aku dari segala tipu daya syaitan. Ampunilah aku ini jadikanlah aku hambaMu yang bersabar..amin ya Allah.

~ Wahai Allah,
Engkaulah yang maha mengetahui akan rasa-rasa yang ada di dalam hati ini. Engkau berilah aku keredhaan. Tetaplah aku bersabar menempuh segala cubaan. Janganlah aku terpedaya lagi dengan bisikan syaitan. Janganlah aku kecewa jika dia tidak memperdulikan aku. Janganlah aku menangis lagi berikan aku ketabahan hati. Amin ya Allah.

~ Wahai Allah,
Tuhanku yang maha pengasih lagi maha penyayang. Engkaulah yang maha mengetahui akan hati dan rasaku ini. Engkau maha mengetahui rasanya ya Allah. Bimbinglah hati ini, tuntunlah aku pada jalan kebenaranMu. Aku mengharapkan rahmat dan kasih sayangMu. Aku mohon redhaMu ya Allah, Engkau maha mengetahui keinginanku. Engkau maha mengetahui akan hajatku. Aku amat mendambakan kasih sayangnya. Lembutkanlah hatinya untuk berbaik2 dengan aku, untuk menghubungi aku, Engkaulah Tuhan yang aku sembah dan aku mohon pertolongan yang maha melembutkan hati…maha menimbulkan kasih sayang..maha memegang hati, lekatkanlah kasih sayang..Engkaulah tuhan yang aku percaya dengan kekuasaanMu, aku percaya pada kasih sayangMu, aku bermohon padaMu, dengan sesungguh hati tunjukkan kekuasaanMu ya Allah. Izinkanlah kami untuk berbaik2 di dunia..dalam kasih sayang..amin.

~ Wahai Allah,
titipkanlah aku keikhlasan hati, kurniakanlah aku kesabaran menempuh segala dugaan hidup, Kurniakan aku kekayaan hati agar tidak kecewa dengan mehnah dunia, tetaplah aku bertakwa kepadaMu wahai Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin ya Allah..

~ Wahai Allah,
kuatkanlah hatiku, usahlah aku bercita2 untuk berbuat maksiat dan kemungkaran padaMu, Pimpinlah dan bimbinglah daku. Aku hambaMu yang dungu lagi zalim. Usahlah aku menzalimi diriku lagi. Sungguh aku serahkan rasa2ku yang ada dalam dalam diriku ini padaMu, aku gantungkannya padaMu. Sungguh aku tak berdaya lagi memikulnya. Ampunilah segala dosa-dosaku.Kurniakan aku yang terbaik dalam dakapan kasihMu. Amin..ya Allah.

~ Wahai Allah,
Engkau maha mengetahui akan hatiku ini. Berikan aku ketenangan. Tunjuk aku jalan yang lurus, Jangan aku menzalimi diri aku dengan berbuat mungkar padaMu, tolonglah wahai Allah..amin.

~ Maha suci Engkau Tuhanku, yang maha pengasih lagi maha penyayang. Aku mohon Kau sembuhkan penyakit rinduku ini. Kurniakan aku penawar rindu itu. Janganlah aku tenggelam lagi dalam kesedihan itu. Berilah aku penawar bagi segala penyakit zahir dan bathinku. Engkaulah yang maha mengetahui lagi maha pengasih lagi maha penyayang…amin ya Allah.

~Koleksi doa kasihsayang
09072010
..........................
Nota kasih:
Terkadang pabila rindu menyapa..hati berbicara. kasih mengukir tinta rasa..terbingkislah doa2 dari lubuk hati kasih sayang. Rangkaian doa dari masa ke semasa yang menjadi kekuatan untuk kasih hidup di dunia. Hanya padaMu ya Allah kasih bergantung harap. Sememangnya padaMu sahaja yang patut disandarkan segala pemasalahan jiwa..semoga abadi kasih sayang ini selamanya.. Sesungguhnya tiap peristiwa yang berlaku di atas muka bumi itu tidak terjadi dengan sia-sia tetapi yang pasti ada telah tertulis tujuan dan hikmahnya..ya semoga Allah memberikan kita kesabaran dan kekuatan untuk bertakwa kepada Allah, Tuhanmu dan Tuhanku yang maha Esa..

Saturday, July 3, 2010


Muhasabah Diri...

Andai pokok yang tidak berakal tetap sujud dengan mengeluarkan oksigen untuk manusia, mengapa kita yang diberi akal tidak begitu? Mereka melakukan fotosintesis kerana itu tugas yang Allah berikan pada mereka. Maka kita yang diciptakan untuk beribadah kepadaNya, pasti tidak rugi jika melakukannya dan tidak untung jika mninggalkannya. Allah, kuatkan aku pada jalanMu. Menuntut ilmu itu ibarat aku mencariMu walau dalam matapelajaran apa sekalipun kerana setiap ilmu yang baik itu adalah dariMu dan aku pasti mahu mencari Pemilik SEBENAR ilmu itu. Allah, sampaikan aku kepadaMu sepertimana sampainya Al-Ghazali, Maliki, Syafie, Hambali, Plato, Socrates, Aristotle, Pythogoras dan para ilmuan yang mecariMu kepadaMu, Ya Allah.

Yang mencariMU

Nota kasih:

maaf kuhulurkan kepada stiap yang mengenali diriku andai ada khilaf antara kita walau dalam apa jua urusan sekalipun. Dari sekecil perkara, hingga ke sebesar-besarnya. Ilmu tidak akan tembus pada hati yang berkerak dengan dosa. Maafkan aku, andai terasa dan ketahuilah bahawa AKU MENCINTAIMU KERANA DIA, insyaAllah~

Syukurlah pada Allah..


Terkadang...
tatkala kita kedatangan hambaAllah meminta-minta,
sungguh Allah ingin memberi pahala kepada kita,
masakan kita mahu menolaknya....

Terkadang...
tatkala dia memanggil tengah malam meminta bantuan,
sungguh Allah memilih kita untuk membantu hambaNya,
masakan kita mahu menolaknya...

Terkadang...
tatkala dia memilih kita untuk meluahkan rasanya....
usahlah cemburu kalau dia punya orang lain membantunya,
masakan dia masih meminta bantuan kita..

Terkadang...
tatkala kita berlapang dada mendengar pemasalahannya.
usahlah masih prasangka kerana detik itu suatu anugerah,
lihatlah dan ambiklah hikmah disebaliknya.

Terkadang...
tatkala semua yang diingini kita miliki,
usahlah lupa banyak bersyukur dan ibadat kepada Allah,
agar Allah sentiasa meredhai kita.

insyaAllah.. amin.
kasih sayang
02072010
.................................
nota kasih:

wahai Allah...

janganlah tiada lagi kasih, kerana dosaku. Janganlah tiada lagi sayang, kerana silapku. janganlah, tiada lagi cintaMu ya Allah, kerana kelalaianku.

Pangkat mahupun harta, tiada ertinya di akhirat sana. Kerana bidadari menanti di syurga, kerana wildan menunggu di jannah, maka apa yang ditunggu, apa yang dijemu, apa yang diseru akan ada nikmatnya kelak.

Tolonglah, ya Allah. tenangkan jiwaku dengan cintaMu dan maafkan aku kerana tak sempurna mencintaiMu, tapi benar, itu cita yang terpendam sejak dahulu. MencintaiMu sepenuh hati, siang dan malam, pagi dan petang, hanya untukMu…

Engkau telah menjawab persoalanku dengan esakan tangisku dahulu dan sesalan taubatku, dengan kasih dan sayangMu. aku bersyukur segala apa yang telah Engkau rencana semuanya berhikmah...dan dalam pengetahuanMu segala yang baik padaku...kurniakan aku yang terbaik itu..

Selawat dan salam kepada junjungan besar kami Nabi Muhammad s.a.w yang sangat amanah menjalankan tanggungjawab menyampaikan risalah agamaMu...salam buat keluarga baginda, sahabat-sahabat yang bersama2menegakkan agama Islam..kaum muslimin dan muslimat yang penuh keimanan dan ketakwaan berjuang kerana Allah...semoga Allah memberi sebaik2 ganjaran kepada mereka yang beriman dahulu dan sekarang.. amin.



Allah maha mengetahui...



Ku minta kepada TUHAN setangkai bunga segar,
DiberiNya kaktus berduri,

Ku minta kepada TUHAN kupu-kupu,
DiberiNya ulat berbulu,

Aku sedih, kecewa...
Menyangka tiada harapan dan bahagia.

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah.
Ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik.

Itulah jalan TUHAN.
Indah pada masanya.

DIA tidak beri apa yang kita harapkan.
Tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan.

Walaupun kekadang sedih dan kecewa silih berganti.
Namun yakinilah, DIA sebaik-baik pengatur!

kasih4u
02072010
...........................
nota kasih:
Kata-kata di atas aku kutip dari blog ini..sungguh terasa benar apa yang dikata...
nyilu rasa di jiwa..masyaAllah...alhamdulillah..Allah huakbar...

Thursday, July 1, 2010

Hasratku


terkadang..suka juga jalan2 kat internet...hari ni...jumpa pula laman...ini...http://ovgee5642.multiply.com/journal/item/1
Suka dengan sajak2nya...terasa seolah2 terbiasa dengan puisi ini...seolah2 pernah membacanya suatu ketika dulu...oleh itu ku simpan ia di sini sebagai kenangan abadi...kasih sejati ...kasihkuabadi.

HASRATKU...

Wahai Allah,
selagi ada penglihatan ini,
anugerahi aku nikmat memandang kebesaranMu,

Wahai Allah,
selagi ada pendengaran ini,
kurniakan aku nikmat mendengar laguan ayat suciMu

Wahai Allah,
selagi ada lidah pemberianMu ini,
izinkan aku untuk berzikir memuji kehebatanMu,

Wahai Allah,
telah Kau anugerahiku kenikmatan dan kekuatan,
tetapkanlah hatiku dalam keimanan dan kesyukuran,

Wahai Allah,
sementara semuanya masih ada padaku,
sejahterakanlah ia sebelum Kau mengambilnya dariku.

aaminnn...ya Allah.

kasih4u

.......................................
notakasih:

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN