Tiap hari...
Allah beri sinar baru pada Alam..
alam ceria dan senang..
dhuha datang beri salam
adakah kita berkesempatan.
mengambil pemberian.
mengambil pemberian.
Tiap hari...
Allah berikan kita nafas,
dalam kesibukan kita lupa,
betapa nikmatnya bernyawa,
seminit terhenti matilah kita.
ini semua anugerah.
ini semua anugerah.
Tiap hari...
mentari tidak pernah penat,
menyuluh bumi penuh sarat,
terkadang bumi menagih kasih,
titisan jernah mencurah sedih.
ini semua dalam takdir.
Tiap hari...
kita diuji kita dicubai,
semua amalan jua dicatit,
semua amalan jua dicatit,
mana yang baik jua diganjari,
mana yang jahat akan dibalasi.
ini semua janji Ilahi..
Tiap hari..
kita tetap menjalani,
rentetan cerita penuh simbolik,
penuh rahsia dan trajis,
cinta kasih langit dan bumi,
abadi luhur nan cantik.
abadi luhur nan cantik.
~sahabat kasih
063519042010
.......................................
nota kasih:
wahai Allah..wahai tuhanku, Tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang menjaga langit dan bumi dan segala makhluk yang ada didalamnya tanpa rasa susah payah..maka apalah kiranya Kau berikan kepada sahabat kasih kekuatan, kebahagiaan, ketenangan dalam menjalani hari2nya. Tinggikanlah keimanannya, jauhilah dia daripada mala petaka, tetapkan keimanannya, jauhilah dia daripada segala maksiat, hindarkanlah dia daripada segala kemungkaran, tinggikan darjatnya, rahmatilah dia, berkatilah pekerjaannya, ampuni dosa2nya.
Ya Allah..Ya Rahman....
Sesungguhnya orang beriman itu sangat menyinta sesama mereka kerana cinta kepadaMu ya Allah. Aku menyintainya kerana kecintaannya kepadaMu ya Allah, kerana keimanan serta ketakwaannya kepadaMu, kerana kebaikannya, kerana ketinggian akhlaknya menjaga maruah agamaMu ya Allah. Oleh itu ya Allah berikanlah kepadanya kekuatan untuk dia memahami agamaMu dan beramal soleh menjaga maruah agamaMu...
Ya Rahman ya Rahim...
Hentikan airmata kasihku agar ia tidak mengalir lagi kepada perkara yang tidak sepatutnya, usah aku menzalimi diriku lagi dengan menangisi pada perkara yang tidak bererti...Buangkan kesedihanku jauh dibalik awan...agar kembali ketenangan jiwa dan damai berpanjangan. Sesungguhnya kesedihan yang ku tangiskan itu adalah debu2 yang berterbangan...di sisiMu hanya kotoran demi kotoran yang ku himpunkan....
Ya Allah ya Qadir...ya qafur rurrahim..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui betapa aku kasih dan sayang padanya...janganlah ya Allah dia di tipu daya oleh syaitan yang hanya ingin menyesatkan manusia dan sayaitan sentiasa memujuk kita untuk merasa benar apa jua kemungkaran yang kita lakukan...Syaitan juga ingin supaya manusia itu sentiasa dalam kemurkaan Allah..kerana itu adalah keinginan matlamat syaitan sebenarnya...
Wahai Allah...
Peliharalah sahabatku daripada segala kemaksiatan, terimalah taubatnya dan ampunilah segala dosanya...sesungguhnya jika dia bahagia aku jua bahagia..kerana limpahan bahagia itu adalah luas..dalam khazanahMu ya Allah..terimalah amal ibadatnya..tetapkanlah dia beramal dengan Islam dan matikan dia dalam Islam..
Peliharalah sahabatku daripada segala kemaksiatan, terimalah taubatnya dan ampunilah segala dosanya...sesungguhnya jika dia bahagia aku jua bahagia..kerana limpahan bahagia itu adalah luas..dalam khazanahMu ya Allah..terimalah amal ibadatnya..tetapkanlah dia beramal dengan Islam dan matikan dia dalam Islam..
Tiada daya upaya aku melainkan dengan izinMu ya Allah...Amin ya rabbal alamin..
Mudah-mudahan segala doa kebaikan kepadanya, Allah berikan jua pada hamba..kerana doa kepada sahabat yang sahabatnya tidak tahu bahawa kita berdoa kepadanya akan dimakbulkan Allah. Orang yang berdoa kepada sahabatnya itu akan didoakan oleh malaikat juga....semoga Allah sentiasa mendengar permintaan hamba dan memakbulkan permintaan hamba..insyaAllah.
amin ya Allah.
No comments:
Post a Comment