topbella

Thursday, April 29, 2010

nikmat ujian


Wahai Allah,
berilah aku kesabaran..
berilah dia ketabahan.
berilah kami semua kebahagiaan.

Wahai Allah,
perjalanan hidup aku,
telah Engkau suratkan.
walau ia berat aku merelakan.

Wahai Allah,
titipkan kemanisan iman,
agar aku redha dengan segala cubaan,
merasa nikmat menelan ujian.

~salam kasihsyg

Cinta kasih bumi


Tiga hari berlalu..
hujan tak turun lagi...
bumi kering terik perit sakit,
rindunya kasih sayang langit mencurah,
agar pepohonan di bumi segar semula,
alam berbisik syukur kepada Allah.
atas kurnian nikmat dan rahmatNya.

Kenapa...
tertanya2 bumi sendiri...
mengapa ia selalu hiba menangis,
tatkala berprestasi di paksi,
bukankah semuanya telah tertulis,
cinta kasih bumi dan langit?
hanya bertemu di garisan putih.

Kenapa...
bumi itu harus sedih,
melihat awanan berarak beralih,
sekali sekala taufan juga menunjuk lagak sadis,
sedang limpahan kasih langit buat bumi terpilih.
kemarau atau hujan yang hadir
jua rahmat Yang Maha Pengasih.

Di kesempatan ini..
tatkala malam bumi kegelapan.
cahaya kekuatan kasihnya hilang..
doalah semoga esuk masih ada harapan,
fajar menyinsing menghadiahkan senyuman,
mentari kasih muncul dibalik awan.
salam cinta menyerikan alam.

Aku percaya..
janjimu wahai pencipta jiwa.
kekuatan doa bisa merubah takdir Allah,
Allah mendengar segala bisikan hambaNya,
semoga Allah khabulkan permintaan hambaNya,
temukanlah ruhi dengan cintanya.
dalam suasana yang solehah.

~salam kasih sayang.
29042010
...................................
nota kasih....
"........................................hanya air mata yang menjawab segala persoalan jiwa.....maaf andai hamba pun tak sempurna..hanyasanya hamba selalu menghantarkan khilaf dan dosa kepada Yang Empunya jiwa. Ampunilah hamba...yang berdosa...Lalu biarlah hamba berdiam diri menanti teduh hujan saban hari....terkadang diam juga berharga dan ada nilainya di sisi Allah."

Wednesday, April 28, 2010

Semoga kamu sabar..


Wahai Allah...
Engkaulah yang menjadikan kami semua,
Engkau maha sibuk dengan segala urusan permintaan hamba-hamba,
Engkau maha sempurna dengan segala penciptaannya,
Engkau maha mencipta segala rasa-rasa yang ada dalam jiwa,
Engkau maha mengetahui segala rahsia yang di bumi dan di langit sana,
Engkau telah mentakdirkan cinta kasih langit dan bumi begitu uniknya.
dan dalam pengetahuanMu jua segala hikmahnya.

Wahai Allah...
Engkau maha memberi ganjaran segala kebaikannya..
Engkau maha memberi balasan perbuatan yang Engkau larang,
Engkau telah memberi dia kesakitan demi kesakitan,
Engkau jua maha memberi penawar dan menunjukkan kami jalan keimanan,
Engkau jua maha dekat dan maha mendengar rintihan,
Maka sembuhkanlah penyakitnya dan mudahkan urusan,
maka berilah dia ketenangan..

Wahai Allah..
Engkau mencuba hamba-hambaMu dengan pelbagai ujian,
Engkau menjanjikan keampunan, rahmat dan kasih sayang..
berilah kami kekuatan dan kesabaran menempuh segala cubaan,
titipkan kami kekayaan hati agar redha dengan segala cubaan,
berilah kami kemanisan iman agar merasa nikmat dengan segala ujian,
sesungguhnya Engkaulah sebaik2 sandaran,
cukuplah padaMu kuserahkan kecintaan.

~salam kasihsayang.
.................................
nota kasih:
Wahai Allah...sungguh cubaanMu terhadapku adalah ringan sekadar kemampuan, berbanding dengan dia hambaMu yang Engkau sayang..Sungguh terkadang cubaan jua berdasarkan nama seseorang ..Sudah pasti nama itu jua suatu doa dan ujian juga berbeda-beda dan kehebatan ujian juga berdasarkan keimanan hambaNya. Sungguh Engkau menguji keimangannya. Engkau menguji kesabarannya.....Engkau mengetahui tingkat keimanan seseorang, berdasarkan ujian yang telah dilaluinya, jua Engkau mengetahui keikhalasan dan ketakwaan seseorang. Sungguh di sisiMulah..segala rahsia kebaikan dan hikmahnya ujian..Berikan kepada dia kekuatan menempuh segala ujian yang telah Engkau suratkan..berilah dia kebahagiaan dalam kehidupan, berilah dia khusyuk dan tawadduk dalam ibadatnya, agar dia dapat rukuq dan sujud kepadaMu dengan aman. Ya Allah Engkaulah yang maha tahu..maha berkuasa..dengarlah bisikan hamba. Sembuhkanlah penyakitnya...amin ya Allah.

Saturday, April 24, 2010

Akukah sahabat awak?

Kerana aku sahabat awak,
sudah semestinya aku ambil tahu pasal awak.
keadaan awak dan keluarga awak,
sihatkah awak ceriakah awak..
bukan aku penyebuk.

Kerana aku sahabat awak,
sudah semestinya aku tolong awak,
meringankan bebanan awak,
mengurangkan stress awak,
bukan aku tak de kerja.

Kerana aku sahabat awak,
awak juga perlu bertanya sekali sekala,
agar aku tahu awak suka,
agar aku tak prasangka buta,
sama2 dapat pahala.

Kerana aku sahabat awak,
aku cuba jadi terbaik buat awak,
moga aku tak cemburu kepada kawan2 awak,
aku akan cuba sedaya upaya,
gembirakan awak.

Kerana aku sahabat awak,
menjadikan kewajiban aku sesungguhnya,
agar tidak menyusahkan awak,
agar akulah sandaran awak,
tatkala awak lemah.

~salam kasih sayang.
24042010
...................................

Setitis air dan satu mesej...


SETITIS HUJAN mungkin x b'nilai bagimu,
tetapi ingat di suatu tempat ada pohon yang menunggu...
SATU SMS mungkin x b'gitu berharga di matamu,
tetapi di suatu tempat ada hati yang selalu mengingatimu.

~salam kasih sayang..

Friday, April 23, 2010

Pesanan ikhlas..

ikhlas itu cantik harus berusaha memiliki...


Kalau kita hendak menasihati orang,
Tanya hati kita terlebih dahulu tujuan kita hendak beri nasihat itu
atau hendak memberi malu pada orang....

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.
Tanya diri kita, apakah tujuan kita hendak berkongsi ilmu
atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu....

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,
Tanya diri kita dulu, kita tentu tahu niat kita hendak menunjuk kita pandai
atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu.

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.
Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi debu.
sia-sia belaka tak dapat pahala...

~slaam kasih
23042010
....................................
nota kasih
Sesungguhnya untuk beramal ibadat kena ada ilmu..tiap ibadat perlu ikhlas.kerana Allah. Kalau ikhlas, amal ibadat diterima Allah. Tetapi kalau tak ikhlas amalan itu tak diterima Allah dan .malaikat akan pulangkan kepada kita semula dengan menghempuk amalan itu ke muka kita. Itulah seringkali...dia solat tetapi solatnya tidak menjaganya daripada berbuat mungkar kepada Allah, dia beribadat tetapi tidak menampakkan peningkatan dari segi akhlak dan kebaikan dalam dirinya....semoga Allah menerima amal baik anda semua..dan semoga solat kita menjaga kita dari perkara2 salah di sisi Allah...amin

Thursday, April 22, 2010

Renungan...


~Jangan bertanya soalan… Andai kamu tiada pernah bersedia untuk menerima kenyataan… Andai jawaban tidak semahu hatimu pasti hati kecil kamu akan terasa…pasti pelbagai persoalan yang lain akan tiba… dan pasti ada bisikan syaitan menyelit bersama… ragu dan terus hilang percaya….~madah perindu.


~Kamu adalah kamu dan mereka adalah mereka… jadilah diri sendiri tiada perlu hidup dalam kepuraan…~mada perindu


~Tuhan itu adil…. tuhan itu lebih hampir… hati kamu resah? Itu kerana jiwa kamu tidak tenteram pergilah mengadu kepada pemilik ruh dan jiwa itu… dan jangan bertanya tuhan mana satu… sebab bukankah telah jelas dan nyata tuhan itu satu … tidak beranak… tidak juga diperanakkan…~madah perindu.

*nota kasih:

saya kutip dari blog perindu. Maaf kerana saya suka madah perindu..maaf kerana perindu tidak suka orang kutip mengutip. tetapi maafkan saya kerana saya telah mengutipnya..semoga ia adalah amalan soleh yang kelak akan perindu mendapat ganjarannya.Salah silap harap di maafkan...mana baik di simpan, mana yang buruk harap di buang dan dilupakan. ~ salam kasih sayang selamanya.


Wednesday, April 21, 2010

Terimalah perhambaan hamba.


Wahai Allah..
tolonglah hamba..
jangan hamba menzalimi diri,
hamba dah tak berdaya lagi..
berilah kekuatan kepada hamba,
jika bukan Engkau berikan hamba kesabaran,
tidaklah hamba dapat bertahan.
tolonglah hamba wahai Tuhan.

Wahai Allah..
berilah hamba..
kekayaan hati dan jiwa..
agar hamba tidak mengejar dunia,
dan mengharapkan kasih manusia,
jika bukan Engkau yang membantu hamba,
tidaklah hamba mendapat kekuatannya.
kuatkan iman hamba.

Wahai Allah..
amat mudah bagiMu ya Allah,
memberikan segala permintaan
membolak balikkan hati insan,
menyempurnakan hajat yang diinginkan,
tapi saat ini Engkau mahu menguji hamba,
keimanan dan ketakwaan hamba.
tetapkan hati hamba redha.

~salamkasih sayang.
21042010
.................................................
nota kasih:
Sungguh hidup ini adalah suatu keajaiban... manusia dengan rasa-rasanya, manusia dengan cintanya, manusia dengan pemikirannya. dan banyak lagi rahsia kejadian yang menjadi tandatanya dan penuh keajaibannya. Tatkala masalah datang, manusia dalam kesempitan, hati tertekan, akal kadang tidak dapat berfikir panjang, kewarasan hilang..manusia mengikut rasa..Terkadang kita ingin segala hajat kita di tunaikan segera...tetapi sebenarnya Allah lebih mengetahui kebaikan dan keburukan kepada kita yang berkaitan dengannya. Jika Allah tidak menunaikan lagi..bersabarlah...di situ Allah masih menguji melihat keimanan di hati..di tahap mana ketakwaan di jiwa. InsyaAllah semoga Allah mengkhabulkan hajat hamba..dan menenangkan hati hamba yang bergolak...wahai Allah..Engkaulah maha mengetahui sesuatu yang terbaik buatku...maka kurniakan yang terbaik itu..
" Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi antara mereka. Allah adalah maha berkuasa dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang. " ~al mumtanah ayat 7. amin ya Allah.

Tuesday, April 20, 2010

Subuh dikelantan


Sayang...
jumaat lepas aku datang..
aku hadir ke rumahmu,
tempat jatuh bangun kamu,
tenang syahdu,
subuhku.

Sayang...
walau kamu tiada,
aku selesa dan bahagia,
tempat kamu sungguh ceria,
sejuk hatiku siang,
malamnya.

Sayang...
sungguh kalau menyinta,
lihat negerinya sudah ceria,
apatah lagi melihat orangnya,
sayang kasih lagi menyinta,
penuh rahmah.

~kasih sayang

....................................................
nota kasih...
sayang tah ...kemana aku pergi awak aku bawa sekali...aku tak tinggal..di mata, di minda..kau ada ja di merata2...lihat di sana di pergunungan, di dataran, di lembah, di gunung, di bukit...di mana saja kau ada menikam kalbu ini..aku tak dapat lari...aku tak dapat buang, aku tak dapat menjauh...wahai Allah inikah ujian yang telah tertulis dalam suratan hidupku...aku menyintai orang yang tidak menyintaiku...aku menyukai orang yang tidak suka aku...aku mengasihi orang yang membenciku, aku mengasihi orang yang muak kepadaku...bagaimanalah harusku melupa ya Allah. Ia ada dalam hatiku...ia telah menjadi darah dagingku. ia telah menjadi ruhku, malah kau ada dalam tidurku dalam lenaku. Wahai Allah inikah yang telah Kau tulis dalam buku catatan hidupku. Inikah ujian dan cubaan yang telah Engkau janjikan padaku untuk menguji keimananku.Wahai Allah tetaplah aku bersabar menempuh ujian ini kerana usah aku kecewa atau cemburu kepadanya atau kepada sahabat2nya. Tolonglah ya Allah kurniakan aku kebersihan hati, kekuatan jiwa, kekayaan hati, keimanan yang tinggi agar aku tak pandang dunia . jadikan lebih cintaku kepada Allah kerana itulah hakikat cinta sebenarnya. tetaplah hamba bersyukur dan bertakwa kepadaMu sepenuh raga hamba. amin.

Monday, April 19, 2010

kasih langit dan bumi


Tiap hari...
Allah beri sinar baru pada Alam..
alam ceria dan senang..
dhuha datang beri salam
adakah kita berkesempatan.
mengambil pemberian.

Tiap hari...
Allah berikan kita nafas,
dalam kesibukan kita lupa,
betapa nikmatnya bernyawa,
seminit terhenti matilah kita.
ini semua anugerah.

Tiap hari...
mentari tidak pernah penat,
menyuluh bumi penuh sarat,
terkadang bumi menagih kasih,
titisan jernah mencurah sedih.
ini semua dalam takdir.

Tiap hari...
kita diuji kita dicubai,
semua amalan jua dicatit,
mana yang baik jua diganjari,
mana yang jahat akan dibalasi.
ini semua janji Ilahi..

Tiap hari..
kita tetap menjalani,
rentetan cerita penuh simbolik,
penuh rahsia dan trajis,
cinta kasih langit dan bumi,
abadi luhur nan cantik
.

~sahabat kasih
063519042010
.......................................
nota kasih:
wahai Allah..wahai tuhanku, Tuhan sekalian alam, tuhan yang mencipta langit dan bumi, Tuhan yang menjaga langit dan bumi dan segala makhluk yang ada didalamnya tanpa rasa susah payah..maka apalah kiranya Kau berikan kepada sahabat kasih kekuatan, kebahagiaan, ketenangan dalam menjalani hari2nya. Tinggikanlah keimanannya, jauhilah dia daripada mala petaka, tetapkan keimanannya, jauhilah dia daripada segala maksiat, hindarkanlah dia daripada segala kemungkaran, tinggikan darjatnya, rahmatilah dia, berkatilah pekerjaannya, ampuni dosa2nya.

Ya Allah..Ya Rahman....
Sesungguhnya orang beriman itu sangat menyinta sesama mereka kerana cinta kepadaMu ya Allah. Aku menyintainya kerana kecintaannya kepadaMu ya Allah, kerana keimanan serta ketakwaannya kepadaMu, kerana kebaikannya, kerana ketinggian akhlaknya menjaga maruah agamaMu ya Allah. Oleh itu ya Allah berikanlah kepadanya kekuatan untuk dia memahami agamaMu dan beramal soleh menjaga maruah agamaMu...

Ya Rahman ya Rahim...
Hentikan airmata kasihku agar ia tidak mengalir lagi kepada perkara yang tidak sepatutnya, usah aku menzalimi diriku lagi dengan menangisi pada perkara yang tidak bererti...Buangkan kesedihanku jauh dibalik awan...agar kembali ketenangan jiwa dan damai berpanjangan. Sesungguhnya kesedihan yang ku tangiskan itu adalah debu2 yang berterbangan...di sisiMu hanya kotoran demi kotoran yang ku himpunkan....

Ya Allah ya Qadir...ya qafur rurrahim..
Sesungguhnya engkau maha mengetahui betapa aku kasih dan sayang padanya...janganlah ya Allah dia di tipu daya oleh syaitan yang hanya ingin menyesatkan manusia dan sayaitan sentiasa memujuk kita untuk merasa benar apa jua kemungkaran yang kita lakukan...Syaitan juga ingin supaya manusia itu sentiasa dalam kemurkaan Allah..kerana itu adalah keinginan matlamat syaitan sebenarnya...

Wahai Allah...
Peliharalah sahabatku daripada segala kemaksiatan, terimalah taubatnya dan ampunilah segala dosanya...sesungguhnya jika dia bahagia aku jua bahagia..kerana limpahan bahagia itu adalah luas..dalam khazanahMu ya Allah..terimalah amal ibadatnya..tetapkanlah dia beramal dengan Islam dan matikan dia dalam Islam..
Tiada daya upaya aku melainkan dengan izinMu ya Allah...Amin ya rabbal alamin..


Mudah-mudahan segala doa kebaikan kepadanya, Allah berikan jua pada hamba..kerana doa kepada sahabat yang sahabatnya tidak tahu bahawa kita berdoa kepadanya akan dimakbulkan Allah. Orang yang berdoa kepada sahabatnya itu akan didoakan oleh malaikat juga....semoga Allah sentiasa mendengar permintaan hamba dan memakbulkan permintaan hamba..insyaAllah.
amin ya Allah.

Usah kecewa sayang.



Wahai kasih sayang...
orang tidak sudi...usah awak menagih kasih,
orang tidak suka...usah awak merajuk hiba,
orang tidak mahu...usah awak lagi merindu,
orang tidak kisah...usah awak menjadi resah,
orang tidak peduli...usah awak makan hati,
orang tidak sayang...usah awak terkenang.
orang tidak kasih...usah awak menangis,
orang tidak cinta...usah awak kecewa.

Biarkanlah berlalu,
memori kasih biarkan berkubur,
masa terus berlalu tidak pernah berundur,
jika awak merindu hantarkan doa tulus,
moga apa-apa yang kau doa itu,
akan kembali kepadamu..
moga bahagia dan tenang hatimu,
selamat dalam rahmat Allah selalu..
amin ya Allah.

salam kasih sayang..
sahabat kasih

...................................
nota kasih:

Sunday, April 18, 2010

Tenangkan hatiku ya Allah..


Wahai Allah,
tolonglah hamba...
bagaimana harus hamba lakukan,

Wahai Allah..
berilah aku petunjuk,
berilah aku ilham bagaimana harus aku lakukan.

Wahai Allah,
Engkau yang mencipta aku,
Engkau yang mencipta rasa-rasa di jiwaku..

Wahai Allah,
tunjuklah aku jalan yang benar,
jangan aku di sesatkan lagi dalam kebuntuan ini..

Wahai Allah,
jika aku telah melakukan kesalahan dan aku berdosa,
ampunilah aku agar hatiku tenang..

~amin..
.................................
nota kasih:
bagaimanalah harusku lakukan dalam menenangkan hati ini...di saat aku perlukan awak..awak tidak pernah memahami aku...di saat aku buntu awak tak ada di sisi aku..di saat aku perlukan kawan awak tak pernah memperduli aku..di saat aku kerinduan tiada awak untuk berbicara dengan aku...aku kesepian dan termangu sendirian..inilah nasib aku perindu di pinggiran...wahai Allah usah aku zalimi diriku lagi..dengan menyusahkan diri ini...amin.

Thursday, April 15, 2010

Madah kasih 2010


Salam...madah kasih beralun rindu...

~Wahai bayu...sampaikan rasa rinduku pada dia kasih sayang belahan jiwa...
Wahai airmata kau tahanlah usah mengalir lagi walau sebak menggulung menghentam dada,
Wahai akal sabarkan hati ini...tuntunlah hati kepada jalan yang benar,
di sini ada hakikat iman, cinta kasih sayang yang hakiki nan abadi...~tintakasihsyg

~Terkadang rindu itu dimamah dan ditelan sendirian tiada siapa yang tahu. Ya...itulah nikmat hidup sebanarnya. Ya akupun semakin matang dalam menghadapi rindu ini. Mudah-mudahan rindu-rinduan ini ada nilainya di sisi Allah kerana kesabaran itu ada nilai yang tinggi di sisi Allah. Moga ada pahala di sisi Allah kerana kesabaran kita..." ~tintakasihsyg.


Maafkanlah kasih...


salam..kasih sayang.

Hari ini entah mengapa hujan turun lagi. Syukurlah hujan jua membawa rahmat Allah, menyejukkan bumi yang gersang. Hujan turun mencurah-curah seolah-olah empangan yang bertahan begitu lama telah pecah..maka bergelimpahan air meluru...meluru keluar tanpa dapat dibendung lagi..itulah hebatnya air..kurnian Allah. Sungguh hujan yang turun itu umpama airmata langit yang tercurah lambang cinta kasih kepada bumi pasangan langit yang terpisah jauh...

Hari ini..jua menyaksikan betapa airmata itu tak pernah surut...bayu rindu yang bertiup tak pernah berakhir..kasih yang terpendam tak pernah padam, malah ia terus membara dan turut menghangatkan sebak di dada hamba...umpama tsunami dimusim tengkujuh yang datang tanpa di duga atau di jangka...

Wahai Allah, mengapa kesedihanku ini bermaharajalela ? Mengapa ia menikam-nikam dada..Aku kelemasan aku kepitaman. Aku ingin menjerit..meluahkan segala buku-buku yang tersumbat di dada...mengapa ya Allah, mengapa kesedihan ini tak mau pergi...? Apakah kerana dosa-dosaku yang lalu sehingga Engkau berikan aku ujian yang sebegini pedih tak tertahan lagi derita jiwaku ini...

Sungguh sakit jika kasih yang diberi tetapi cuka yang disimbah pada diri..pedih perit tak tertanggungi... Wahai Allah ampunilah kesalahan-kesalahan hamba yang lalu yang mungkin tidak mau peduli kasih sayang cinta orang..Mungkin hamba ketika itu dungu dan jahil...atau kerana doa hamba yang yang penuh dengan kesombongan... Ampunilah hamba kerana khilaf hamba yang lalu...mungkin telah mempermainkan sekeping hati yang suci lagi menyinta..Dia sanggup datang untuk meminang hamba tetapi hamba tolak dengan pelbagai alasan..kerana katanya hamba masih mentah dan ingin meneruskan pengajian...

Sungguh hamba ini dungu dan bodoh...hamba ini tak berdaya..hamba ini jahil dan tidak mengetahui ampunilah hamba....Maafkan saya wahai teman yang baik budi..maafkan saya..seandai awak ada di kala ini..saya ingin menyusun jari meminta maaf atas kesalahan besar saya lakukan dahulu. Hanya Allah yang tahu.....maafkanlah saya, kerana kesalahan itu saya derita sekarang ini...Allah tahu.

Sungguh dosa-dosa itu yang mengheret hamba ke lembah kesedihan yang tak bertepi, dan tak upaya hamba keluar dari telaga dalam yang gelap ini...Ya sudah lama, sudah menjangkau 5 tahun hamba di sini, dalam dasarnya yang penuh najis dan dosa.... hamba tak mampu keluar melihat dunia hamba yang terang lagi berwarna....

Dulu..mak dan abah awak datang meminang saya...tapi saya tak nak diikat2 lagi, sebab saya baru ja masuk maktab tika itu..jadi saya tak mau bertunang lagi. Saya nak habiskan kursus saya dahulu barulah bertunang.... Saya dapat rasa awak seorang yang baik, sebab awak tak penah ambil kesempatan atas kebodohan saya..awak ikhlas dan awak jujur. Awak tak nak buat cara yang tak elok...tapi saya tak faham....saya bodoh..saya tak rasa awak sakit dan kecewa...

Ketika itu saya tak rasa macam mana awak rasa...sekarang saya baru tahu macam mana rasa kalau orang tak sudi...kalau orang tak peduli..orang tak pandang sebelah mata pun kita. Sedang kita gila2 menyinta...hehehe. Kita ni umpama debu kotor dibaju yang kelak disapu hilang berlalu. Kita juga umpama daki di badan yang akan di gosok di buang tiada bekas lagi. Saya tahu awak sangat kecewa. Awak kata " nak buat macam mana orang tak sudi..." Maafkan saya..saya memang bodoh saya memang jahil saya mengikut perasaan dan sering menduga2 orang. Selepas itu saya tahu awak sangat kecewa dan awak terlibat dengan dadah..Sekarang tak tahu awak masih ada atau tidak...semoga Allah memberi kebaikan kepada awak melimpah..dan merahmati awak selalu menempatkan awak bersama orang yang soleh...insyaAllah..amin.

Setelah lama dulu..dan kini aku baru sedar rupanya apa yang berlaku hari ini ada perkaitannya dengan masa lalu kita...Kesalahan kita yang lalu Allah bayar dengan kelukaan hati kita hari ini...Allah itu maha adil Dia maha memberi balasan sejak kita di dunia lagi...kalau kita bagi orang rasa sedih...kita lukakan hari orang..suatu hari nanti kita pula yang rasa bagaimana kesedihan yang ditanggungi oleh orang lain itu kerana kesalahan dan kejahilan kita...Kerana apa...kerana kita membuat kesalahan tetapi tidak meminta maaf. Jadi kesalahan itu atau dosa itu tetap ada dan kita tidak minta maaf menyebabkan malaikat tidak memadam dosa2 itu dalam buku catatan amal kita. Lalu tunggulah saat Allah akan mengazabkan kita, dengan menyediakan balasan setimpal dengannya... Ya, saat ini dan sekarang aku sudah terima balasannya...balasan Allah sangat hebat..dan pelajaran Allah sangat berkesan di hati...Sungguh Allah itu adil dan amat teliti..sangat cepat perhitungannya di dunia ini...semoga aku sabar...menjalani ujian ini sehingga airmataku ini tak pernah berhenti sejak 5 tahun ini, ingin saja ia mengalir.....masyaAllah..

Ya Allah...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al Baqarah Ay: 286)

amin ya Allah...
~salam kasih sayang.

Saturday, April 10, 2010

Kembalilah sayang..


salam kasih..

Andai kamu telah tersesat jalan..
tak apa la...
yang penting kamu ingin kembali ke pangkal jalan..

Andai kita telah membuat kesilapan,
tak apa la...
yang penting ada kesedaran untuk memohon kemaafan.

Andai kamu telah melakukan dosa-dosa kemungkaran,
tak apa la...
yang penting kamu telah insaf dan mahu bertaubat kepada Tuhan.

Andai kita tahu Adam dan Hawa jua melakukan kesalahan,
tak apa la..
kita redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan.

Andai kita tahu semua peristiwa-peristiwa sejarah,
tak apa la...
semua itu untuk kita mengambil iktibar dan pelajaran.

~salam kasih sayang.

...................
nota kasih:
semoga kita belajar dari kesilapan...sesungguhnya kesilapan adalah guru yang paling berkesan..
oleh itu jangan menyesal jika anda membuat silap..kerana dari kesilapan kita baru belajar membuat sesuatu yang betul dalam kehidupan..hehehehe...

Saya juga telah membuat kesilapan...Ustaz marah, ustaz tegur saya dengan cara diam....hehehe. lalu saya sedar kesalahan demi kesalahan yang telah saya lakukant...dan saya jua mahu kembali ke pangkal jalan. Saya ingin menumpakah seluruh cintaku kepada Tuhan iaitu Allah yang maha penyayang. Cinta kepada Rasul Allah, banyakkan berselawat kepada baginda...membuat amal2 kebaikan dan menyucikan hati-hati yang hitam. Kebaikan itu cantik..cahaya kehidupan..sungguh tidak rugi kita berbuat baik...tidak rugi mendoakan saudara lain kerana semua kebaikan itu akan terpulang kepada kita semula..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana memberiku kesedaran...dan menghadiahkan aku teman yang baik yang tidak pernah meninggal sahabatnya semasa dalam kesusahan dan tidak menggunakan lidahnya untuk membunuh kawan. Semoga kita menghargai teguran demi teguran....insyaAllah..

Monday, April 5, 2010

Peringatan pabila bersahabat...


Assalammualaikum...

Doa ku untuk mu...

dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..



Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.


Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

- yg baik dr ALLAH S.W.T dan yg buruk dr diri sendiri , AMIN...-

()"" ' )
( ,'o' )") Al Nakhai’i
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...


~salam sayang.

.........................


Wahai malam...

Wahai malam...
kau tutup siang yang penuh kesibukan,
semua makhluk kembali ke sarang.

Wahai malam...
pintu magrib kau buka terbentang,
insan rukuq dan sujud memuji Tuhan,

Wahai malam...
mengapa resahku tak pernah lekang..
inikah hikmah inikah ujian.

Wahai malam...
selimuti aku dengan kasih dan sayang,
agar aku kuat bertahan.

Wahai malam,
tenangkan aku dengan tahajud,
agar aku kusyuk dalam sujud.

Wahai malam..
lukisan dirimu yang penuh rahsia,
penghujungmu penuh dengan cinta...

Wahai malam..
dalammu penuh dengan rahmat Allah,
titipkan munajah cinta kasih hamba.

~salam kasihamba
.....................................................
nota kasih:
"KASIH SAYANG adalah ANUGERAH ALLAH,mempunyai KASIH SAYANG adalah FITRAH ALLAH,menghargai KASIH SAYANG tanda BERSYUKUR kepada ALLAH..melahirkan KASIH SAYANG adalah PETUNJUK dan HIDAYAH ALLAH, berada dalam KASIH SAYANG umpama dalam SYURGA ALLAH..Semoga kita semua mempunyai, memiliki dan berada dalam KASIH SAYANG dan RAHMAT ALLAH.~tinta kasih.
...........................
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

"Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. dan Allah adalah Maha Kuasa. dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

(Al Mumtanah ayat:7)

Friday, April 2, 2010

Tenanglah jiwa...


salam...
mengapa ya...airmataku ini mau saja ia mengalir...
apa yang masih aku sedihkan lagi...apa yang masih mengusik...
mengapa sayu pilu selalu mengheret...mengapa aku terhimpit dan tersepit,
seperti rasa ini, ia datang tanpa aku undang dan ia tidak pernah berakhir...
wahai Allah tolonglah hamba...titipkanlah tenang di jiwa hamba...!!!
..............................................
Ingatlah kasih...

Jangan bersedih, karena kesedihan itu akan membuat rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi, dan anak-anak yang cerdas tidak ada gunanya sedikit pun.

Jangan bersedih, sebab kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit,
dan sekuntum bunga mawar yang indah tampak seperti sebongkok labu,
taman yang rimbun tampak seperti gurun pasir yang gersang, dan kehidupan dunia menjadi penjara yang gelap.

Jangan bersedih, karena anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati. Anda masih memiliki kedamaian, keamanan dan kesihatan.

Jangan bersedih, karena anda ada Tuhan yang sentiasa mendengar rintih, rumah yang anda diami, nasi yang anda makan, air yang Anda minum, pakaian yang anda pakai, dan isteri/ suami tempat anda berbagi rasa. Mengapa harus bersedih?

ya benar....
semoga datang tenangku semula..semoga singgah redha dan pasrah, semoga hatiku lapang hendaknya...semoga kesedihankan pulang dan menjauh dari hati hamba.
Wahai Allah tolonglah hamba...tenangkan hati hamba..jadikanlah aku redha dan sabar menempuh segala yang tersurat...

Sabda Rasululllah dalam sebuah hadis shahih
yang berbunyi, "Tidaklah seorang mukmin ditimpa sebuah kesedihan, kegundahan
dan kerisauan, kecuali Allah pasti akan menghapus sebagian dosa-dosanya,"

Apakah kesedihan yang bermaharajalela ini kerana dosa-dosa yang tidak ku sedarinya..
wahai Allah ampuni hamba..kerana hamba ini lemah, hamba jua tidak berdaya dan tidak mengetahui...Bimbinglah hamba kepada cinta kasihMu yang sebenar agar hamba tidak tersalah lagi mengalamatkan cinta...
amin..ya Allah.

~salam ruhid
..........................
nota kasih:
Bila anda ingin senantiasa bahagia, tuntutlah ilmu, galilah pengetahuan, dan raihlah pelbagai manfaat, niscaya semua kesedihan, kepedihan dan kecemasan itu akan sirna

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN