Wahai pohon kasih,
Tatkala aku di bawah rimbunanmu,
Aku tahu kau tidak pernah memandangmu,
Siapalah aku untuk kau perhati,
Siapalah aku untuk kau peduli,
aku, musafir kasih tidak kau kenali.
Wahai pohon kasih,
Sukanya aku katakan seikhlas hati,
Melihatmu adalah kebahagiaanku,
mendengarmu adalah kekuatanku,
membantumu adalah kasih sayangku.
Mendoakanmu adalah ketulusan hatiku.
Wahai pohon kasihku,
Tatkala aku pergi meninggalkanmu,
Doa kasih sentiasa ku seru,
Airmata kasih sentiasa mengunjungiku,
Hanya pu pinta ketenangan itu,
Milikmu walau dengan siapa kau bertamu.
amin ya Allah.
~salam kasihsayang.
....................
Entah kenapa terkadang rindu berpuput sayu, sehingga tanpa ku sedari airmata kasih berlinangan tak henti2, mengapa ya...apa yang ku sedihkan, apa yang ku fikirkan, apa yang ku harapkan?. Andai gembira itu anugerah, sedih jua suatu pemberian Allah, sedih jua suatu takdir Allah kerana mampukah manusia menghilangkan kesedihan, jika Allah tdak mengizinkan???, Tentu tidak, lalu apa yang mampu manusia buat ialah redha apa jua yang datang...sedih atau gembira, derita atau bahagia. Mereka adalah sepasang kekasih yang tak pernah lekang..mana mungkin gembira ada tanpa dukalara, bahagia kasihsayang tanpa derita membeban...hehehe.Lalu jika kita bahagia ingatlah bila2 masa sahaja derita boleh datang, tetapi jika kita derita pula, ingatlah bila2 masa sahaja bahagia boleh menjelma. Milik Allah jua apa yang ada di langit dan di bumi..Wahai Allah tuhan seluruh alam, jadkanlah aku hambaMu yang redha dan bersyukur..amin.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment