kesunyian...
sepi dalam keriuhan,
walau ramai merasa diri seorang,
walau dalam kebisingan hati melayang,
sepi itu...
umpama embun sejuk,
jernihnya nampak terus,
umpama nyilu,
menyucuk-nyucuk,
sepi itu...
tak pernah berakhir,
selagi airmata ruhi,
masih menitis.
dari puncak kasih.
30122008
........................
Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
No comments:
Post a Comment