sekarang...
sedikit sebanyak hatiku lega,
sekurang-kurangnya aku telah meluahkan rasa,
aku telah bertindak mengikut apa yang sepatutnya,
aku yang membuat pilihan,
aku berharap Allah mengizinkan,
semoga mendapat keberkatan.
semoga dalam kerahmatan.
semoga dalam ketenangan.
aku tahu...
aku bukan siapa2 padamu,
aku tiada sebesar hama pun dalam hatimu,
aku tiada makna apa2 padamu,
segala yang ku beri tiada berbekas di hatimu,
tak apa la...sekurang2nya ia bersamamu,
doa restuku bersamamu,
menjagamu ke akhir waktu,
selamat tinggal kasihku.
semoga sejahtera selalu
dari puncak kasihku.
31122008
wahai Allah,
tunjuki aku untuk melupa,
ilhamkan aku untuk berbaik sangka,
titipkan aku redha,
tetapkan aku iman di dada,
semadikan kasihMu sentiasa,
agar dapat ku berbahagia,
di dunia dan di akhirat sana.
dari puncak kasih
30122008
.....................................
untukmusyg:
Manusia tidak mungkin bebas selagi jiwa dan pemikirannya terkongkong". Al-Kindi
kesunyian...
sepi dalam keriuhan,
walau ramai merasa diri seorang,
walau dalam kebisingan hati melayang,
sepi itu...
umpama embun sejuk,
jernihnya nampak terus,
umpama nyilu,
menyucuk-nyucuk,
sepi itu...
tak pernah berakhir,
selagi airmata ruhi,
masih menitis.
dari puncak kasih.
30122008
........................
Janganlah takut untuk mengakui kesilapan. Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.
hari ini...
aku telah melangkah,
semoga Allah kuatkan hati aku,
semoga Allah beri kekuatan keapda aku,
sungguh aku ni hamba yang lemah,
sungguh aku tak betah,
aku tak tahan,
tika rindu berbisik,
aku kelemasan,
aku tenggelam,
aku terawangan,
wahai Allah aku redha ya Allah...
jika itu kebaikan buatku,
baik pada agamaku,
usahlah aku merajuk,
merintih belenggu,
tetapkan hati ini bersih
dalam rukuq dan sujud..
nisa'
30123008
jika hari ini aku meninggalkan kamu,
jika hari ini aku membuka lembaran baru,
jika hari ini aku ingin kembali,
jika hari ini aku membuat sesuatu,
sesungguhnya...
aku bukan tak waras,
aku bukan tak tahu,
aku bukan melulu,
aku akan cuba menjadi aku,..
agar tenang hidupku..
sungguh aku tidak mengganggu sesiapa,
aku cuma ingin berhijrah..
amin..
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!