assalamualaikum,
Hari ini, 14 hari dah kita berpuasa..
Fasa ke dua Ramadhan,
dalam maqfirah Allah..
limpahan keampunan Allah.
Allah hu ya ghafur
Allah Maha pengampun,
ampunilah dosaku, dosa ibu bapaku,
ampuni dosa anak-anakku, dosa suamiku.
ampunilah dosa kaum kerabatku,
ampuni dosa-dosa rakan2ku dan jiranku.
ampuni dosa kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat
yang telah meninggal dunia
atau yang masih hidup lagi di dunia.
hidupkan kami dalam islam,
matikan kami dalam iman.
sejahterakan dan bahagiakan kami dengan islam..
amin..
ruhi abiddin
13 Julai 2014
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Ruhi Kasih
Sejenak
Cahaya bulan kan terbit
Sinar hilang
Dan bila
Air mata pun telah kering
Meresap dalam jiwa
Masa lalu membelaiku
Buat ku nangis
Daun berguguran sepi
Lambaian terakhir
Merobek hatiku
Nafas pun terhenti
Ruhi nadi pun ke langit
Ku takkan kembali
Untuk memanja bersamamu
Lepaskan oh kasih
Biar aku bersemadi
Lambaian terakhir
Merobek hatiku
Nafas pun terhenti
Ruhi nadi pun ke langit
Ku takkan kembali
Untuk memanja bersamamu
Lepaskan oh kasih
Biar aku bersemadi
Dan bila
Air mata pun telah kering
Meresap dalam jiwa
Ruhi Abiddin
06.Julai 2014
................................
Nota Kasih
hari ini saja rewang di web...tadi tu saya minum kopi...ya kopi rukyah, yang menjadi kegemaran saya.. dan mata ni tak mau nak tidoq pulak...lalu aku isikan masa dengan jalan di web maya pada..
Terjumpa dengan lirik lagu ni. Terasa cantik pulak senikatanya sudi saya pastekan di sini.. Tak tahu la siapa penulis lirik lagu ni...terasa macam kena ja pada diri saya ini...hehehe. ya....teringat kenangan lama...mengusik jiwa..
ya..semoga ia abadi di sini...sebagai satu tanda kebaikan di hati...semoga hati itu ikhlas...jika hati ikhlas tiada lagi bersisa yang buruk2nya..cuma yang ada husnul zon (bersangka baik)..semoga kita mati dalam husnul khotimah...aaamin.
Andai ku telah melakukan kesalahan ..maafkan saya..Buat anda..saya telah lama memaafkan anda atas kekhilafan dan kejahilan kita.. ya semoga semuanya baik2 aja dan kita berada dalam tenang dan bahagia..
Sungguh pengalaman adalah guru yang paling baik dalam kehidupan.
.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
Assalamualaikum..
Marhaban ya ramadhan kareem
Kamu Ramadhan Tetamuku,
Silalah duduk,
menetaplah di hatiku,
limpahkan rahmatMu,
Limpahkan barkahMu,
semoga terhindar aku dari azab nerakaMu
sentiasa aku berpuasa di siang hari,
dan menghidupkan kamu di malamnya nanti..
aku rindu kamu...
rindu yang teramat rindu.
hanya Tuhan yang tahu.
salam kasih sayang
ruhi abiddin
06 Julai 2014
..,.....................
Salam Kasih Sayang
"I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."
RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu
“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”
Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..
Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!