topbella

Wednesday, September 19, 2012

Terima kasih ya Allah.


Terima kasih... Ya Allah
Kami .. DI BUMI...
LANGITMU sentiasa MEMAYUNGI ....kami,
LANGITMU sentiasa MENCURAHI... air jernih
MAKHLUKMU di langit sentiasa MENDOAKAN,,,,kami,
BANYAKNYA NIKMATMU yang kami dapati,
RAHMATMU sentiasa  MELIMPAHI....kami,
namun sedikit sangat kami SYUKURI...

Terima kasih ....Ya Allah,
Kami ...DI BUMI,
HAMBAMU yang kecil lagi hina,
Selalu membuat SALAH
Selalu menghantar DOSA
MENADAH tangan MEMOHON DOA,
AMPUNILAH kami, anak-anak dan keluarga,
MUKMININ dan MUKMINAT semuanya..

semoga semuanya tenang jiwa,
untuk beribadat dan bekerja..
amin ya Allah.

~ ruhiabiddin,
19092012
...........................
nota kasih 1:

SUKA BACA LAMAN NI.http://www.sentuhanmaya.com/..yalah blog jiwa-jiwa...hehehe.
 TIBA-TIBA AIRMATA AKU MENGALIR (airmata aku ni mengalir tak bertempat..rasanya) TAH KENAPA...SEDIH DAN TERCUIT RASA AKU AGAKNYA...CINTA SEBELAH TANGAN SAJA...HEHEHEE...
NAMUN BEGITU TERIMA KASIH YA ALLAH...itulah kenangan terindah...padaMu aku sandarkan segala....alhamdulillah...ya Allah, alhamdulillah ya Rahman, Alhamdulillah ya Rahim.

nota kasih 2
.............................................
pagi tadi sewaktu nak ke sekolah..
rutin hari-hari ahad hingga khamis, sekitar kul 710 minit aku gi sekolah...Sambil memandu cam biasa...
Sambil melihat keta kat depan..Sambil menarik tali pinggang keledar ( sebab jap gi ada polis trafik jaga jalan kat simpang nak masuk ke sekolah aku....hehehe)
Aku terfikir beberapa baik ayat puisi kasih. Aku tuliskan di atas tu....sebagai cotetan puisi kasih yang telah kering..sekarang dah kurang idea nak berpuisi sebab sibuk kit dengan urusan sekolah (gb baru...semua orang jadi stress...dengan kerja yang berlambak2 dan bertangguh2..bertunda2...)

Aku pun telah stress hari tu
aku ambil MC dua hari..(aku tak pernah ambik MC sebelum ni rajin ke sekolah)
ya lah untuk aku pulun buat kerja tetapi tak siap juga...
Tambahan lagi, aku ada problema ngan che abang..
aku terus gila-gila memandu ikut hati ja..hehehe....
aku gi masjid jauhhhhhhhhhhh sana..
aku solat aku baca doa manyak2......
petang baru aku balik umah....buat muka selamba...hehehe.
pastu aku dapat idea..untuk sabar aja...(kerana aku dapat petua dari dr Robiah...dia kata...sabar itu lebih senang daripada tidak sabar...hehehe...jadi aku sabar la...)
pastu berkat kesabaran...Allah buka jalan...
lalu sekarang aku ok dah...alhamdulillah.

ya cerita sekadar untuk pengajaran buat kita.
jangan stress sangat...sabarlah..sebab sabar itu indah penawar segala masalah.

........................
 Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Monday, September 3, 2012

hargai kasih syg

salam kasih sayang..

emmm...

kadang2 kita tidak menghagai cinta...kenapa??
sebab,kita belum merasai kehilangan dia...
kadang2 kita rasai cinta dia,taip masih tak percaya,kenapa??
sebab... kita selalu fikir negatif tentang dia..
kadang2 kita tak sedar hati kita betul2 menyayangi dia,kenapa??
sebab,kita tunjuk ego tak nak mengalah..
hargailah orang yamg sayangkan kita..

sebab kita akan mencarinya bila dia sudah tiada di sisi lagi..
sesal pun sudah tiada guna...


cuma kenangan bermain di bayangan mata...

hehehe...

sekadar mencorek.
ruhiabiddin.
03092012
..............................

✔ Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR
✔ Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT
✔ Apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA
✔ Apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan..
✔ Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU...
 

emm...belajar untuk menjadi diri sendiri...
senyumlah untuk dunia anda..
kerana senyum itu adalah penawar segala penyakit dalam diri anda...tersenyumlah....senyumlah....
..........................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Sunday, September 2, 2012

hati itu raja..


‎"apabila baik hati..maka keseluruhannya baik..
apabila kotor hati..maka keseluruhannya kotor..

bile hati dah kotor...
ade mate..tp matenye MATE KERANJANG,,
ade hidung..tp hidungnye HIDUNG BELANG,,
ade lidah..tp lidahnye LIDAH BERCABANG,,
ade muke..tp mukenye MUKA BERTALAM,,

haa..nampak dak???
jadi kene bersihkn hati kitaa..^_^"

~ruhiabiddin

02092012
.........................
nota kasih.
BUKA "hati" dpt "cinte", ! ♥♥
BUKA "buku"dpt "ilmu" ! ^_^^_^
BUKA "tangan " dpt "duet" ! >_<
BUKA "facebook "dpt kwn !
BUKA "Al-Quran "dpt ketenangan!!♥ ^^

SAY~ I ♥ ALLAH............♥♥
 —
sekadar sudi mengopy dari fb...perkongsian bersama satu dakwah..amin
.....................
Salam Kasih Sayang "I like walking in the rain cause no one knows I am crying. InsyaAllah."

Madah p'rindu dari Bukit Perindu.


SALAM KASIH SAYANG...
"jangan marah kalau aku membuat sesuatu yang aku suka. Izinkan apa yang aku ambil dan aku paparkan di sini, kerana ia jua menenangkan jiwa lara.." ~ruhiabidin'09



"coretan di bawah sekadar penyeri blog, dan kesukaan hamba mengumpul kata-kata indah.." ~ruhiabidin'09

..................................



“… lihat… mentari senja yang sedang bersinar… suram… kegelapan malam kan tiba… awak.. saya tidak takutkan gelapnya malam.. unggas akan menyanyi… saya tak akan sunyi.. sungguh…” p'rindu



“… kenapa engkau masih memaksa diri… pada sunyi kenapa kau nafikan.. pada kepiluan mengapa engkau sembunyikan… kau… masih bertahan sehingga kini.. dan aku … hanya disini… hanya mampu memerhati dirimu… yang penuh kesunyian..” p'rindu



“… melihat engkau menanti sendirian dibawah pohonan rindu itu… membuat hati merasa sayu… ingin ku dekatimu dan memimpin kamu melangkah kehadapan…” p'rindu



“… masa tidak pernah menanti… tapi aku tetap dibawah pohonan ini menantikan dia kembali memimpin tangan ini… biarpun aku sedar dia tak mungkin kembali”p'rindu



“… tiada pernah aku terlupa pada perjanjian itu…”p'rindu



“… alangkah bahagianya diri… andai cintamu milikku…” p'rindu



“Terlihat bayang dicelahan pepohon… engkaukah itu yang sedang menanti cintamu?” p'rindu



“…diangin lalu kutitip rinduku … biarpun kita tiada mungkin kan bersatu…” p'rindu



“Maaf bilamana rindu yang menggila didalam hati ini seakan tidak tertahan… padaMU ku memohon redakanlah ia atas ehsanmu…”p'rindu



“…terdengar jelas di hati ini… satu tangisan kerinduan.. siapakah yang sedang merindui.. siapakah yang sedang meratap pilu lagu rindu… sungguh… seolah ia menyentuh hati ini…” Uwais Al Qarni



“dan orang-orang yang menahan amarahnya” surah Al Imran: 134

“dan apabila mereka marah mereka memberi ampun” surah Asy-Syura: 37



“Dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus” Surah Al-Hajj:54



“Dan dua orang yang saling mencinta kerana Allah, berkumpul KeranaNya dan berpisah keranaNya” Hadis Nabi



“kau harus berhenti… dari terus menyalahkan diri sendiri… kau harus bangkit… kau harus biarkan ia pergi…”



“… cuba nyatakan padaku.. sejauh mana kau mengenali diriku.. sejauh mana kau mengerti hidupku ini… dan jangan sesekali kau berbicara… andai kau tiada pernah berada dalam situasi itu… dan membuang sesuatu yang sebahagian dari hidupku? Ia umpama membunuh diri ini….” p'rindu



“… ajariku rahasia rindu itu… ajari aku bagaimanakah caranya tuk menyatakan rindu padamu…. sungguh rindu ini tiada terucap… tiada terungkap”



biarkan jasad ini melebur seperti cairnya salju musim bunga
biarkan angin meniup segalanya agar rindu kan kesampaian
agar kan berakhir sebuah pencarian agar bertemu kau pemilik kalbuku



katakan padaku telahkah sampai rindu itu
tika mentari sore terbenam tika gelap malam munculkan diri tika sunyi menyentuh rasa
katakan padaku telahkah rindu itu diketahui
telahkah rindu itu dimiliki kerna rindu yang terwujud dihati tiada tanda akan berakhir
kerna rinduku hanya untukMu rindu itu tak pernah berakhir..
ia ada dan sentiasa ada seumpama udara yang ku hela..


Sayang...mengapa rindu itu masih bertamu, mengapa rindu itu tidak pernah serik, mengapa rindu itu tidak pernah berakhir...~tintakasih.

Sayang...dalam diam aku berbisik,
wahai Allah...
andai baik bagiku, bagi keluargaku bagi agamaku..
Engkau buangkanlah rasa cinta yang bersarang di hatiku, rasa cinta yang menyala di hati ku terhadapnya.. agar aku tidak perit lagi, agar aku kembali kepada realiti hidupku yang lebih bermakna....~tintakasih.

sayang... aku lepaskan kamu untuk terbang... terbanglah ke awanan, ke mana saja mau mu, aku senang melihat kamu bahagia, aku ingin melihat kamu sihat dan selamat...

sayang... aku serahkan kamu pada PENCIPTA kamu, DIAlah Tuhan yang wajib disembah dan memohon pertolongan, Dialah yang berhak menjaga kamu, aku tak berdaya lagi,
Sungguh jika ALLAH yang menjaganya... aku tak pernah KEHILANGAN sebenarnya. Semoga kamu selamat dan tenang senantiasa,, sayang..kasihanda.. selamat tinggal selamanya...

usah fikirkan tentang aku, kerana jiwa ragaku telah ku serahkan pada TUHANku, Tuhan yang mencipta aku, ruh dan jasadku, Tuhan yang memegang hati dan membolak balikkan hatiku, Tuhan yang memberi hayat padaku dan mencabut nyawaku. ya Allah ya manan ya karim ya Allah....

Ya sayang... sesungguhnya kita... sedang membawa kematian,
kita sedang menuju kematian,
kita sedang menunggu kematian itu entah akan datang pagi atau petang. semoga kita bersedia menyambutnya dengan tenang. amin ya Allah.
salam kasih sayang daripada hamba.~tintakasih.



"


RINDU KASIH
“… sesekali kenangan datang menyapa… pada hari-hari yang telah berlalu… ada rindu disemilir lalu!” Perindu


“…dan aku harus belajar melepaskan semalam,
belajar memulakan kehidupan… bukankah diakhir ribut yang
mengganas pastikan wujud sinar membawa harapan?…”

Walaupun gelap malam tetapi aku percaya akan hadir siang,
mentari tetap menerangi.., atas RAHMAT KASIH ILAHI,
hidupan memulakan aktiviti dalam takdir Ilahi..

Pernahkah kita memikiri kita di sini pada satu tempoh dan kita semua akan kembali...persiapkanlah diri untuk
menghadapi MATI, kerana mati itu pasti, mati itu sakit,
mati itu seorang diri, mati itu sentiasa mengekori...dan mati itu
semakin hampir..!!!

About Me

My photo

" Dunia kasihsayang, dalam kasih2u, kasih4u, kasihanda,kasihdihati selamanya, kasihkuabadi"~ruhi

SALAM KASIH SAYANG

"UKHWAH yang dibina ANTARA KITA ini, biarlah seperti SEUTAS TASBIH. ADA AWAL tetapi TIADA PENGHUJUNGNYA. DICIPTA untuk MENGINGATI ALLAH. DIBAHAGI untuk CINTANYA. DIRATIB demi REDHA ALLAH..

KOLEKSI PERINDUBULAN